Pages

Tuesday, October 2, 2012

NOTA SALT LAKE CITY, UTAH -2011

Ogos 26, 2011


Kami bertolak dari melawat Flaming Gorge dan empanganya sudah lewat juga.  Leka melihat keindahan di sekeliling di situ yang tidak jemu-jemu mata memandang.   Kami teruskan perjalanan arah ke Salt Lake City, Utah pula.  Jauh jugalah memandu dan lutut pun sudah berasa sengal kerana duduk semanjangan sudah rasa hendak kejang kaki.  Pak Long nampaknya seronok memandu kerana tidak banyak kenderaan di jalanraya di luar bandar.  Kami menyusur jalan di Green River keluar masuk sempadan Wyoming dan Utah.  Hendak teruskan perjalanan ke Salt Lake City masih jauh dan hari pula sudah mulai gelap tambahan Pak Long setelah begitu lama dan jauh memandu nampaknya sudah bersedia untuk beristirehat untuk hari itu.  Kami mencari Hampton Inn di sekeitar Green River, Wyoming.  Hampton Inn biasanya mereka menyediakan khidmat yang baik dan bilik mereka bersih serta selesa.  Sajian untuk sarapan pun bagus.
  

  Cup Cake Rock (Mak Long bagi nama)  
Pemandangan dari bilik kami di Hampton Inn


Ogos 27, 2011



Kami meninggalkan Hampton Inn, Green River selepas sarapan pagi yang sangat memuaskan.  Brrrrrrr sejuk benar pagi itu, 55-59 degree. Pihak hotel bekalkan dua "brown bag" (bag mengandungi buah, air botol, muffin) untuk kudapan semasa perjalanan.  

Tempat perhentian di Wyoming

Yeeyyy kami sudah sampai....Utah!


Sepanjangan jalanraya diapit dengan gunung-gunung batu-batan.  Walaupun begitu keindahan semula jadi tetap terserlah hingga sedutan dari kamera pun tidak dapat merakamkan keindahan ciptaan Tuhan.

Temple Square, Salt Lake City

Temple Square menempatkan kumpulan bangunan kuil-kuil antaranya Salt Lake Temple, Salt Lake Tabernacle, Salt Lake Assembly Hall dan Seagul Monument terletak atas keluasan sepuluh ekar tanah.  Temple Square berperanan menyediakan berbagai perlembagaan untuk mengiratkan hubungan silaturahim keluarga mereka ketika masa hidup kini dan di alam akhirat.  Selain dari itu meyediakan kemudahan upacara sembahayang, upacara perkahwinan dan melakukan segala adap dan resam berkenaan dengan keugamaan Kristian mahzab Mormon.  Semua ini dimiliki oleh "The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints".  


Bahagian hadapan Salt Lake Temple

Salt Lake Temple:

Bangunan ini ialah icon utama kumpulan The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints sedunia.  Pembinaan menyiapkan bangunan ini memakan masa selama empat tahun (1853-1893) dan dibina oleh printis-perintis yang datang dan menduduki di sini sebagai pengabdian diri dengan mengorbankan masa, kebendaan dan tenaga mereka kepada agama.  Hanya ahli gereja sahaja yang dibenarkan masuk bahagian dalam bangunan kuil ini tetapi membenarkan bagi pelawat-pelawat yang datang melihat sekitar bahagian luar.  Ketulan besar-besar batu granite telah diguna dalam pembinaan bangunan yang diheret sejauh dua puluh tiga batu dengan kereta lembu (ox-drawn wagons) dari Little Cottonwood Canyon ke tempat pembinaan.

Salt Lake Tabernacle

Salt Lake Tabernacle:   Bangunan Tubernacle ini popular sebagai rumah "choir" pengikut Mormon Tabernacle Choir.  Pembinaannya yang paling unik dan ajaib alam.  Sebuah organ terletak di hadapan Taberncle alat musik yang mengandungi 11,623 paip membuatkan ia yang terbesar dan alunan bunyi terindah di dunia.  Tabernacle ini kalau sebatang jarum jatuh ke lantai di hadapan pun boleh didengar di bahagian belakang.  Ia dibuka untuk pelawat setiap hari dan dibenarkan untuk mengikut sama menyanyi (choir) dalam latihan mereka.


Salt Lake Assembly Hall

Salt Lake Assembly Hall:   Dewan ini cantik pembinaannya mengikut reka bentuk "Gothic-style".  Di dalamnya mempunyai tingkap-tingkap cermin berpahat (stained-glass windows) yang cantik.  Bangunan ini telah dibina di antara tahun 1877 hingga 1882.

Pemandangan dalam Assembly Hall

Seagul Monument:   Seagul Monument terletak di hadapan Salt Lake Assembly Hall.  Ia dibina sebagai tugu peringatan ahli gereja dinamakan "Miracle of the Gulls".  Menurut ceritanya pada tahun 1848 perintis-perintis Mormon menanam bijian sumba makanan bagi musim bunga tahun pertama mereka merintis di Utah.  Malangnya semua tanaman dimusnahkan oleh serangga sejenis belalang, hanya sedikit dapat diselamatkan oleh burung seagull dengan memakan serangga-serangga itu.  Mereka namakan kejadian tersebut "Miracle of the Gulls". 

Mormons:   Bandaraya Utah adalah pusat bagi pengikut-pengikut Mormons dan mereka mengiktirapkan diri sebagai penganut Kristian, walaupun kepercayaan mereka berlainan dari agama Kristian asal.  Mereka percaya dalam kitab Injil dan kitab-kitab lain amnya "Book of Mormon" yang diturunkan oleh Joseph Smith yang dipercayai oleh mereka telah menerima wahyu dari tuhan dan Jesus Christ.  Mereka juga percaya bahawa manusia adalah roh anak-anak tuhan dan perlukan menlalui dan mempunyai ciri-ciri tertentu untuk kembali kepada tuhan semula dengan mengikuti gaya dan cara hidup Jesus Christ.

Mereka mengamalkan perkahwinan lebih daripada seorang isteri dengan mempunyai undang-undang ketat tidak membenarkan pasangan membuat hubungan sex sebelum perkahwinan yang dipanggil "law of chastity".   Begitulah serba sedikit tentang Mormons.  



Bandaraya Salt Lake

Bandaraya Salt Lake ialah ibu negeri Utah dengan penduduk yang ramai terutama pengikut-pengikut Mormon.  Salt Lake City telah dibuka pada tahun 1849 oleh Brigham Young dan pengikut-pengikut Mormon yang berusaha membangunkan menjadikan tempat kediaman di lembah tanah yang gersang dan tandus.  Sebelum kedatangan Mormon tempat ini didiami oleh Red Indian puak Shoshone, Ute dan Palute beberapa ribu tahun lamanya.  Brigham Young membawa pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai bagi mereka mengamalkan ibadah agama mereka dengan melarikan dan menjauhikan diri dari peperangan, kekerasan dan undang-undang yang dikenakan ke atas ketua-ketua mereka.  Beliau telah menetapkan tapak pembinaan Temple Square di Salt Lake City yang kini tersohor sebagai pusat utama Mormon.






No comments:

Post a Comment