Pages

Sunday, October 21, 2012

NOTA DEADWOOD, SOUTH DAKOTA

September 1, 2011


Perjalanan diteruskan ke South Dakota.  Kami sampai di Deadwood sudah hampir senja.  Perjalanan yang jauh dan lama sangat memenatkan.  Kami penat... Pak Long lagilah penat kerana dia memandu kereta sepanjang hari.  Kami terus ke Hampton Inn yang sudah ditempah lebih awal.  Hotel ini letaknya di tengah-tengah bandar Deadwood.  Kami memerlukan khidmat penjaga letak kereta di sini memandangkan terlalu sibuk tempatnya.




Deadwood ialah sebuah bandar tua yang penuh dengan sejarah keganasan dalam perebutan galian emas "West's wildest Gold Rush" di barat Amerika dalam tahun 1874.  Bandar ini terletak di lurah yang dalam di antara dua bukit tinggi Black Hills dan berhampiran dengan Rapid City di mana lubuk emas ditemui.  Dalam masa setahun sahaja selepas  penemuan lubuk emas, Deadwood didatangi lebih enam ribu orang "gold digger" mata duitan termasuklah perompak,  perampuk, penipu, pelacuran, perjudian dan sebagainya.  Bandar ini menjadi tempat penjenayahan number satu ketika itu.  Deadwood hampir menjadi "Old West ghost town" selepas zaman gemilangnya.  Dalam tahun 1989 akta perjudian diluluskan di sini dan Deadwood membangun semula. Semua bangunan lama masih baik dan dijaga seperti keadaan ketika zaman silamnya.  Purata perjudian adalah urusniaga yang paling utama di sini.  




Setelah berihat sebentar kami turun dari hotel dan berjalan-jalan di bandar Deadwood. Lampu jalanan pun malap sahaja membuatkan keadaan seperti suram.  Bagi Mak Long Deadwood bukan tempat kami berada.  Sesetengah tempat terlalu gelap, suram dan seram.  Mungkin keadaan seperti itulah yang sengaja diujutkan sebagai satu tarikan bagi pelawat-pelawat yang berkunjung.









No comments:

Post a Comment