Ogos 29, 2011
Perjalanan kami sampai di bandar Jackson Hole. Bandar ini terletak di lembah yang dikelilingi oleh gunung-ganang dalam negeri Wyoming. Sebatang sungai dipanggil "Snake River" bengkang-bengkok mengalir dari Yellowstone ke lembah ini menghasilkan beberapa cabang anak-anak sungai dan tasik-tasik kecil yang cantik dan sesuai untuk beraktiviti sukan dan perkelahan. Banjaran pergunungan Teton dengan gah dan tingginya tegak bersebelahan bandar Jackson Hole. Grand Teton adalah puncak gunung tertinggi di banjaran pergunungan itu setinggi 13,772 kaki dari aras laut. Walau pun baharu akhir bulan Ogos cuaca di sini sejuk terutama di waktu malam. Bandar Jackson Hole ialah sebuah pusat peranginan dan pelancungan di pergunungnan menyediakan banyak hotel, aktiviti sukan musim sejuk dan musim panas. Sewa bilik hotel juga agak tinggi. Pak Long telah membuat tempahan bilik awal-awal lagi sebelum kami sampai untuk menyewa sebuah bilik selama dua malam, manalah tahu ada masaalah untuk mendapatkan tempat bermalam pula.
Grand Teton National Park adalah kawasan perindustrian pelancungan meliputi keseluruhan pergunungan Teton dan lembah bandar Jackson Hole yang menjadi pintu masuk antara Grand Teton National Park dan Yellowstone National Park. Banyak jenis binatang liar terdapat di sini seperti elk, moose, pronghorn, black bear, bioson (sejenis kerbau) dan lain-lain lagi.
Setelah berihat sebentar di bilik hotel, kami berjalan kaki merayau dan melihat-lihat keadaan bandar. Tidaklah besar bandar ini tetapi ramai pengunjung berkunjung bandar ini setiap masa rupanya. Difahamkan musim yang paling sibuk sekali ialah musim panas terutama dalam bulan Julai dan Ogos di mana pengunjung-pengunjuk dapat menikmati cuaca yang baik antara 70-90 degrees F. Aktiviti popular dalam musim panas seperti traking di pergunungan, mengail di "Snake River", camping, main rakit, menunggang kuda dan banyak lagi jenis aktiviti sukan manakala dalam musim sejuk pula sukan yang digemari sekali ialah selonsor salji dan ski.
Hari kedua di Jackson Hole pagi-pagi lagi kami sudah sarapan minum jus apple, kopi panas dan dua keping roti bakar yang disediakan oleh pihak hotel. Amboi sejuknya pagi-pagi mujur bawak baju panas. Pak Long hendak bawak Mak Long naik kereta cable pergi ke pergunungan Gunung Teton. Nasib tidak berapa menyebelahi kami kerana cuaca hari itu mendung tetapi tidak menghalang kami daripada menikmati suasana di pergunungan.
Sungguh indah di atas gunung Teton ini. Di sini ada disediakan beberapa hotel dan cabin-cabin untuk mengunjung di situ dan harganya pun lebih tinggi dari di Jackson Hole. Bagi pengunjung yang tidak pandai bermain ski atau gelongsor jangan gusar kerana di sini disediakan juga khidmat mengajar main ski atau gelongsor. Sebuah mall menyediakan banyak bahan keperluan di musim sejuk seperti pakaian tebal, kasut, alat-alat sukan gelonsur, ski serta tidak ketinggalan berbagai cenderamata untuk pengunjung-pengunjung. Mak Long beli sehelai baju sweater hoodie untuk kenangan, Pak Long yang pilihkan.

Bandar Jackson Hole
Perhotelan di lembah Jackson Hole
Banjaran Pergunungan Teton
Gunung Teton
Puncak The Grand Teton
Hari kedua di Jackson Hole pagi-pagi lagi kami sudah sarapan minum jus apple, kopi panas dan dua keping roti bakar yang disediakan oleh pihak hotel. Amboi sejuknya pagi-pagi mujur bawak baju panas. Pak Long hendak bawak Mak Long naik kereta cable pergi ke pergunungan Gunung Teton. Nasib tidak berapa menyebelahi kami kerana cuaca hari itu mendung tetapi tidak menghalang kami daripada menikmati suasana di pergunungan.
Sungguh indah di atas gunung Teton ini. Di sini ada disediakan beberapa hotel dan cabin-cabin untuk mengunjung di situ dan harganya pun lebih tinggi dari di Jackson Hole. Bagi pengunjung yang tidak pandai bermain ski atau gelongsor jangan gusar kerana di sini disediakan juga khidmat mengajar main ski atau gelongsor. Sebuah mall menyediakan banyak bahan keperluan di musim sejuk seperti pakaian tebal, kasut, alat-alat sukan gelonsur, ski serta tidak ketinggalan berbagai cenderamata untuk pengunjung-pengunjung. Mak Long beli sehelai baju sweater hoodie untuk kenangan, Pak Long yang pilihkan.
Pelantar kereta cable ke Puncak Grand Teton
Lorong pemain ski di Gunung Teton apabila salji tebal
No comments:
Post a Comment