Pages

Saturday, October 20, 2012

NOTA MEMMOTH HOT SPRINGS

OGOS 31, 2011

Hari itu adalah hari terakhir kami berada di Yellowstone National Park.  Rasanya semua tempat di kawasan itu telah kami jelajah.  Tempat terakhir kami hendak pergi ialah Memmoth Hot Spring Park.  Semalamnya cuaca tidak baik hujan dan sejuk sepanjang hari di sini.

Kawasan Memmoth Hot Spring

Mammoth Hot Sprrings menempatkan banyak lereng-lereng gunung dan bukit yang bertengkat saperti Opal Terrace, Minerva Terrace, Cleopatra Terrace, Jupiter Terrace, Canary Sprin dan banyak lagi.

Opal Terraces

Opal Terraces cantik.  Penurut penjaga di situ warnanya sering berubah mengikut keadaan cuaca. Opal Terrace sentiasa membesar dan merebak kejadiannya sejak tahunn 1926.  Dianggarkan melahirkan lebih kurang satu kaki (0.3m) "travertine" setahun.




Minerava Spring

Minerva Spring - cantik kerana keindahan warna warni  keputihan cerah oleh terjadinya "travertine formations" (batu berwarna putih atau warna lembut bercampur dengan bahan mineral di bumi). 


Palette Spring

Palette Spring boleh kelihatan dari jauh lagi. Air mengalir dari kawasan atasnya ke bawah yang curam, menjadikan dinding dataran bukit tinggi ini berwarna warni hijau, cokolat dan orin.


Cleopara Terrace

Liberty Cap (tidak aktif lagi)

Jupiter Terrace

Canary Spring

Binatang liar seperti elk berkeliaran dalam 
pekan dan sekeliling rumah

Kelainaan reka bentuk rumah seperti ini mempunyai 
banyak chimney 

 Puas hati melawat di kawasan Memmoth Hot Springs yang luas.  Ada juga kedai menjual barang cenderamata unduk dibawa pulang.  Mak Long beli sebotol kecil Wild Huckleberry Syrup yang banyak terdapat di Wyoming. Mak Long ingin datang lagi di Yellowstone National Park kalau ada umur panjang kerana banyak yang masih belum ditengok dan jelajah lagi.  





No comments:

Post a Comment