Pages

Wednesday, October 24, 2012

NOTA MESEN RUMPUT

Assalamualaikum...... Semalam pagi-pagi Mak Long pergi ke pondok belakang hendak memberi rusa-rusa makan jagong.  Kasut Mak Long habis lencun basah kerana air embun pagi.  Aaahhhh .... rumput sudah panjang sampai atas buku lali!  Aaiii!!!  ada sarang semut pulak di bawah rumput-rumput panjang itu, nasib baik tidak terpijak.  Kalau tidak alangkan buruknya akibat kalau tersepak sarangnya.  Semut di sini sangat beracun bila mengetip, rasa gatal, sakit dan bengkak kulit.  Ini kena tabur racun semut pulak tetapi di mana Pak Long letak racun semut itu ya?  Tidak nampak pulak dalam pondok belakang....

Jadi selepas Zohor dan makan tengahari, Mak Long berehat sekejap serohkan bubur nasi dalam perut.  Mak Long terasa hendak makan bubur nasi makan dengan kupang goreng pedas buat macam goreng sambal lada hiris.  Berselera sungguh makan, tidak ingat diri!   Dahsyat orang tua nih!!  Kemudian baharulah ke pondok belakang semula keluarkan mesen potong rumput dan minyak gasalin (betulkah ejaannya?..hentam sahajalah).  Mak Long isi penoh gasalin supaya senang boleh sorong mesen itu lama sedikit.  Kena tekan satu punat butang di hadapan mesen sebanyak dua puluh lima kali dengan jari supaya minyak dapat disalurkan mengeluarkan kuasa.  Lepas itu senang engin hidup bila ditarik tali pengerek mesen itu.  Pheww... tarik tiga, empat kali baru boleh hidup engin mesen ... haa barulah boleh mesen rumput.  Nasib baik mesen ini boleh bergerak sendiri kalau tidak jenoh dan terok juga Mak Long nak tolak.  Panas terik dan cahaya matahari menyilaukan mata tetapi Mak Long sudah bersedia pakai topi, cermin mata hitam dan baju lengan panjang.  Di kampung agaknya, kalau orang tengok cara Mak Long berpakaian macam hendak pergi ke pantai mesti kena ketawakaan.  Mak Long rasa selesa macam ini buat kerja di luar kawasan rumah.  Selama satu jam memesen rumput, luas juga dapat Mak Long potong rumput di keliling belakang garage hinggalah di pinggir tanah.  Di bahagian hadapan rumah masih banyak dan luas lagi yang hendak dipotong rumput.  Tetapi Mak Long sudah rasa penat tidak larat lagi.  Berhenti sahajalah dahulu, esok atau lusa Mak Long boleh sambong semula.

Adoiiiiii panasnya bukan main.  Duduk di bawah kipas angin laju pun tidak rasa.  Minum air sejuk satu gelas tinggi habis tidak cukup, tambah lagi satu gelas....  Mak Long betul-betul berasa penat dan letih.  Pengabisnya masuk rumah duduk dalam hawa dingin habis cerita.  Mesen rumput satu jam...berihat tiga jam!  Mak ooiiii... baru sedar kita ini sudah tua..


Rumput selepas dimesen
rusa pun senang hendak kutip jagong


Di hadapan rumah pun sudah ok



No comments:

Post a Comment