Pages

Showing posts with label Texas Dari Kaca Mata Mak Long. Show all posts
Showing posts with label Texas Dari Kaca Mata Mak Long. Show all posts

Wednesday, May 24, 2017

Laredo, Texas

Assalamualaikum,

24hb Mei, 2017

Hari ini kami berada di Bandar Laredo letaknya di Tenggara Texas.  Bandar ini juga berhampiran dengan sempadan Texas dan Mexico.  Jadi tidak hairanlah penduduk di sini lebih ramai orang berbangsa Mexican.  Pekerja di hotel tempat kami menginap pun 99% orang Mexican.  Cuaca di sini panas tetapi masih boleh tahan lagilah kalau hendak keluar ke mana-mana.  

Perkara yang hendak Mak Long kongsi penggelaman hari ini ialah ketika kami sampai di Bandar Laredo.  Ketika itu waktu zohor masih ada lagi dan Mak Long bergegas untuk menunaikan kewajiban diri.  Memang kebiasaan apabila berpergian jauh dari rumah Mak Long bawa sebuah kompas untuk memastikan arah kiblat yang tepat selain dari kompas sedia ada di talipon bimbit.  Anihnya kali ini ketika Mak Long buka kompas, jarum kompas menunjukkan tidka tentu hala.  Ingatkan mungkin kedudukan kompas dekat dengan TV sebab itu jarum kompas goyang menghala ke TV.  Bila aleh kedudukan kompas ke tempat lain jarumnya begitu juga berpusing hala lain pulak.  Biasanya jarum kompas tidak ada masaalah.  Pak Long guna kompas talipon bimbit, pun begitu juga jarumnya tidak tetap.  Dibacakan ayat kursi.. alhamdulillah...   Gangguan sementara hahaha...














Saturday, March 4, 2017

McDonald Obsevatory

Assalamualaikum,

Dari catatan:



Lebih seminggu Pak Long mula berangan hendak memanjangkan langkah.  Hampir setiap hari masa lapang mengadap komputer tengok peta Texas... mencari dan mengkaji tempat-tempat yang belum pernah kami sampai lagi.  Musim sejuk, aktiviti luar agak lembab disebabkan cuaca buruk (angin kuat dan hujan) walau pun tahun ini boleh dianggap musim sejuk sederhana tidak melibatkan salji turun.  Tapak kaki Pak Long mulalah gatal hendak berjalan jauh. Cadangannya kami ke Fort Davis di Barat Texas, perjalanan tidak berapa jauh, tidak mengambil berjam-jam hendak keluar dari Texas dan tidak pula terlalu sejuk.    Mak Long anggok sahaja.  Maka hari Khamis baru-baru ini kami pun bertolaklah.  Pukul sembilan pagi baru kami bertolak dari rumah.  Brenda, jiran kami, pagi-pagi lagi sudah ketuk pintu bertanya kalau kami perlu bantuannya sepanjang pemergian kami.  Begitulah biasanya dia sentiasa bermurah hati untuk memberi bantuan tanpa diminta.  Alhamdulillah dapat jiran yang baik dan bertimbang rasa.

Kami menyusur jalanraya daerah bandar-bandar kecil seperti Rockspring bahagian South/Western Texas di mana kedudukannya hampir sempadan dua negara antara Texas dan Mexico.  Penduduk di situ rata-rata orang Mexican rakyat America.  Terdapat banyak "ranch" (ladang ternak) yang luas di mana ternakan utama ialah lembu, kambing, kambing biri-biri, dan binatang-binatang eksotik seperti rusa dan scimitar-horned oryx sebagai sumba ekonomi di situ.  Mana kala ternakan rusa eksotik dan binatang eksotik lain pula, mereka jadikan ladang ternakan sebagai taman lipur tempat memburu binatang (exotic animals game).  Kami berhenti di salah satu ladang ternakan  Hyde Lazy H Ranch.  Di situ beberapa jenis ternakan ada.





Dalam gambar di bawah adalah ternakan yang kami lihat, iaitu lembu, kambing biri-biri dan scimitar oryx sejenis haiwan besar sedikit dari sais kambing dan rusa biasa tetapi ia mempunyai tanduk panjang melengkong ke belakang.  Cantik rupanya.  Mak Long google tentang binatang ini kerana nama dan rupa unik mereka.  Rupanya haiwan ini banyak di Afrika dan negara-negara berhawa padang pasir.  Sayangnya di Afrika haiwan ini hampir pupus.  Menurut google dagingnya sangat enak dan tidak ada dijual di pasar-pasar.  Usaha untuk mengembalikan bilangannya, Texas telah menyahut cabaran itu.  Haiwan ini termasuk dalam senarai haiwan eksotik iaitu haiwan bukan asli di sesuatu tempat.  Di Texas haiwan ini dijadikan sebagai binatang buruan yang mengaut bayaran dan keuntungan yang lumaian.   




Antara bandar yang dilalui adalah Bandar Del Rio.  Jalanraya Daerah Del Rio terdapat perhentian pemeriksaan imigresen "Boarder Control" menjalani tugas mereka.  Setiap kenderaan dan pejalan kaki diperiksa ketat.  Khidmat anjing polis (K-9) turut digunakan.  Banyak kamera mengawasi di setiap sudut kawasan itu, jadi tidak ada peluang hendak buat hal yang tidak baik.  Adalah penting setiap orang membawa kad pengenalan diri untuk mengelakan sebarang masaalah, terutama keadaan isu pendatang haram masuk dalam negeri terkini.







Kami diberitahu, tuan-tuan punya ladang ternak di daerah-daerah berhampiran dengan sempadan sering menghadapi masaalah dan bahaya dari pendatang haram dari Mexico.  Mereka berani mati berjalan kaki meredah cuaca panas gurun ke daerah ladang ternakan demi mengejar kehidupan yang lebih senang.  Apabila keadaan terdesak mereka sering mengganggu peladang, mengetuk pintu rumah meminta sesuatu atau sengaja melakukan jenayah.  Pihak polis pula tidak dapat membantu segera kerana tempat-tempat itu nun terlalu jauh dari rada kawalan pihak berkuasa.  Sebuah tasik iaitu Lake Amistate berkongsi sempadan antara Texas dan Mexico.  Di situ jugalah banyak penjenayaan berlaku.

Dulu-dulu Mak Long belas kasihan kepada pendatang-pendatang yang berkurban hendak masuk ke negara kita Malaysia mahu pun ke dalam negara "angkat" yang Mak Long hidup kini untuk mencari kesenangan hidup di dunia (?).  Tetapi tidak lagi!  Kalau kita hendak masuk ke satu-satu negara biarlah mengikut cara yang betul dan sah, serta hendaklah menghormati undang-undang negara kita atau negara mereka.  Terlalu banyak penjenayahan yang mereka lakukan.  Di negara kita dulu terutama di kampung-kampung jarang berlaku penjenayahan pecah rumah, kecurian, pembunuhan, kini keadaan begitu sudah jadi suatu perkara biasa.  Malah Malaysia kini telah dinobatkan antara negara yang paling banyak penjenayahan di dunia.


Tasik Amistad, sebelah Texas

Sebelum sampai ke tempat dituju kami singgah di sebuah tempat bersejarah Justice Roy Bean buat kali kedua.  Menurut lagenda seorang hakim sewel bernama Judge Roy Bean menjalani urusan pengadilan mahkamah di dewan minum arak (gambar di bawah) yang juga dewan tempat bermain bola 'tonjol' (billiard).  Beliau memanggil dirinya "The Law West of the Pecos"


Dewan minum arak


Manakala gambar di bawah ini ialah rumah kediaman beliau.  Kelihatan sahaja rumah itu besar.  Sebenarnya tidaklah begitu.  Ada satu bilik kecil dengan sebuah katil besi bujang kecil, bantal lembek lusuh dan kain cadar kapas keras.  Itu sahaja.





Rumah kediaman Judge Roy Bean

Kami sampai di Bandar Alpine lebih kurang pukul tiga setengah petang.  Di bandar ini kami jadikan tempat tinggal sementara selama dua hari, mudah hendak bergerak ke Fort Davis, Marfa dan Big Bend iaitu kawasan lawatan kami kali ini.  Petang itu kami merayau-rayau sekitar Bandar Alpine.  Bandar Alpine adalah sebuah bandar cowboy lama, berhabuk, bagunan lama dan tidak kelihatan bangunan baru dan moden.  Dalam keadaan begitu jangan haraplah ada menjual makanan halal.  Mujur kami bawa bekalan!    

Sebelah petang pula selepas Maghrib, kami ke Marfa sebuah daerah bersebelahan dengan Daerah Alpine.  Kononnya hendak menyaksikan cahaya ajaib berbentuk bebola menjelema waktu malam di tengah-tengah kawasan gurun di Marfa.  Menurut cerita, cahaya itu menjelema dengan pelbagai warna putih, biru, kuning, merah dan lain-lain.  Orang Red Indian dan beberapa penduduk tempatan mengesahkan perkara itu ada.  Lama juga kami di situ, tunggu kalau benar cerita mereka .... tidak ada apa-apa pun.  Maka baliklah kami ke hotel, buat sejuk tulang aja..



Marfa


Jumaat - 10hb Januari

Agenda selepas sarapan kami bertolak ke Big Bend Ranch State Park.  Kami belum pernah ke situ.  Big Bend terbahagi kepada dua taman gurun iaitu Big Bend National Park dan Big Bend Ranch State Park.

Pak Long sudah siap pasang minah GPS penunjuk-rah kami ... hahahaha.  Terlalu sangat kami bergantung kepada minah GPS!  Sebelum ini pun beliau sudah google terlebih dahulu jalan menuju ke situ.  Manalah tahu si minah GPS buat hal pula.  Terdapat beberapa arah sahih ke situ.  Dengan penuh semangat kami mulakan perjalanan mendengar setiap perkataan arahan minah GPS... belok kiri, belok kanan, teruskan jalan dan lain-lain.  Kami juga berasa yakin memang tidak sesatnya.  Perjalanan dari hotel jalanrayanya besar, pemandangan di kiri kanan padang gurun atau "desert" dalam bahasa Inggeris pun cantik.


Jalanraya lurus, saujana mata memandang

Perjalanan kami semakin jauh pendalaman, masuk dalam kawasan gurun dan jalanraya cantik bertar tadi sudah bertukar menjadi jalan berpasir bercampur tanah debu halus.  Berkepul-kepul debu tebal berterbangan di belakang kami, kereta pun apa lagi, bergelumang jadi macam kuih tepung gomang.


Jalanraya tanah pasir berdebu


Pemandangan, masya Allah indahnya ciptaan Allah yang esa tidak terkata. Tumbuhan di situ berbeza jenis dan rupa dari tumbuhan di lembah subur.  Di gurun tanahnya gersang kering kontang oleh cuaca terlalu panas serta berbatu.  Yang mampu tumbuh hanyalah tumbuhan berjenis cactus dan tumbuhan yang tidak memerlukan air sangat.  Namun suasana tetap menawan ditambah dengan hidupan binatang liar seperti singa gunung, kambing gurun, arnab berliaran dan ungas-ungas berterbangan.  Rahsia Allah yang tiada siapa mengetahui, kita dapat menikmati kekayaan Nya dengan izin Nya jua.

Jalanraya tanah berlorong dua yang kami lalui semakin kecil menjadi lorong satu lorong sempit, muat-muat untuk sebuah kenderaan lalu.  Tetapi hati kami masih ingin mengetahui apakah yang ada di hujung sana?  Kenapa minah GPS tidak mengubah hala perjalanan kami?  Suasana lenggang tiada satu pun kenderaan lain lalu di situ.  Pelik jugak!  Tetapi kami tetap hendak tahu apakah di hadapan sana?  Akhirnya kami sampai suatu tempat dan berhenti di hadapan sebuah papan tanda seperti di dalam gambar di bawah ini...



Posted - No Trespassing!

Tidak masuk akal betul, jalan yang kami lalui ialah jalanraya kerajaan cuma tidak sempurna.  Hairan benar, tetapi kami teruskan juga ke hadapan sebab hendak tahu kesudahannya.   Tidak berapa jauh sampai di satu simpang jalan, kami berhenti di situ.. tidak ada papan tanda arah jalan.  Jalan mana satu yang hendak kami lalui.  Habislah!!  Pak Long pandang Mak Long "what do you think?  Which way?"  Hahaha Mak Long pun sama bingong!  "Let's take the right one...". Oookkkk...  Kami masuk jalan itu.  Pak Long berhentikan kereta, alamak jalan mati!  Kah kah kah..... Apa dah jadi?  Terpaksalah pusing balik semula ke persimpangan tadi.  Kami masuk jalan sebelah kiri pula!  Pelan-pelan dan berhati-hati Pak Long memandu ..aduhai teruknya jalan, melambong-lambong kami!  Tanpa ikatan tali pinggang keledar mungkin pasti kami sudah melambung terkeluar kereta!  Tidak sampai sebatu jauhnya kami tidak boleh teruskan perjalanan lagi.  Aduh pening kepala Mak Long hahaha....  Papan tanda sebesar-besar papan tanda memberitahu "Big Bend Ranch State Park".  Biar betul!  Hah!  Gate kunci be!  Rantai besi diikat pada mangga kunci besar.  Siap ada papan tanda lagi dengan arahan dan amaran ketika berada di taman lipur gurun itu.  Kelakar betul!  Nak tahu?  Rupa-rupanya kami berada di bahagian belakang taman lipur gurun itu... aduiiii mak!

Kami pusing baliklah lalui semula jalanraya yang boleh mencabut urat perut, goyang memulas.  Tiada satu pun kenderaan lain lalu lalang melain sebuah truck buruk menarik trailer lembu.  Akhirnya kami sampai di Bandar Marfa di padang gurun Barat Texas.  Badan terasa letih sangat setelah dilambong dalam kereta dengan keadaan jalanraya yang teruk.  Pak Long nampak bimbang melihat Mak Long begitu.  Baru sahaja sebulan melalui pembedahan pundi hempedu.  Kami berihat beberapa jam hingga berasa segar kembali.  Kami tidak berasa serik dengan pengelaman itu malah seronok pula dapat menikmati keindahan gurun.




Truck bawa trailer lembu

Tepat pukul empat petang, kami sudah berada di atas jalan semula menuju ke pergunungan Fort Davis untuk melawat Pusat McDonald Observatory.  Kami sampai awal dan masih ada banyak masa untuk melihat di sekitar pusat tersebut.  Jalanraya memanjat gunung bengkang bengkok seperti ular kena palu.  





Banyak papan tanda memberitahu pelawat supaya tidak menggunakan lampu besar kenderaan masing-masing di pergunungan tersebut bagi memastikan kawasan sentiasa tidak mendapat cahaya terang berlebihan.


Pusat McDonald Observatory terletak di banjaran Davis Mountains, iaitu sebelah Barat Texas.  Pusat ini mempunyai beberapa bangunan teleskop seperti dalam gambar di bawah ini.  Semua bangunan di situ dibina khusus untuk kerja-kerja mencerap falak di mana setiap bangunan itu dilengkapi dengan alat optik,  teleskop inframerah canggih untuk melihat dan menkaji ilmu falak (astronomi) tentang bintang, matahari, bulan dan planet.  Di situ juga adalah tempat pelajar-pelajar dari University of Texas di Austin menimba ilmu dalam bidang astronomi.


Kiri: Otto Struve Telescope
Kanan: Harlan J. Smith Telescope
Terletak di Mt Locke

Puncak Davis Mountains adalah banjaran pergunungan tertinggi, gersang dan tandus.  Suasana sunyi, jauh serta tiada cahaya terang dari kawasan bandar menjadikan kawasan tersebut gelap gelita pada waktu malam sesuai untuk kerja-kerja khusus astronomi.

Gambar di bawah ini adalah Harlan J. Smith Telescope terletak di gunung Mt Locke siap pembinaan dalam tahun 1968.


Harlan J. Smith Telescope


Dalam gambar di bawah ialah Otto Struve Telescope dibina sejak tahun 1939.  Ia adalah bangunan teleskop terbesar pertama dibina di Pusat McDonald Observatory dan terletak di gunung Mt Locke.


Otto Struve Telescope

Bangunan dalam gambar di bawah ini pula ialah Hobby-Eberly Telescope siap binaan di akhir 1997.  Ia terletak di atas gunung Mt Fowlkes.


Hobby-Eberly Telescope
Sundial:

Sundial

Sundial adalah alat digunakan untuk menentukan waktu yang tepat mengikut bayang-bayang pergerakan matahari setiap hari.



Bulan purnama mengambang muncul di balik bangunan
Hobby-Eberly Telescope

Jam enam petang kami diundang masuk ke sebuah dewan sederhana besarnya.  Penuh juga perserta lain di dewan itu.  Di situ kami diberi taklimat tentang bulan yang kebetulan malam itu pula bulan purnama mengambang penuh.  Seronok mendengar keterangan tentang bulan disertai dengan gambar-gambar bulan dan funsinya sekali.

Selepas itu kami dibawa keluar dari dewan ke suatu padang luas di mana ada banyak teleskop.  Kami diberi penerangan lagi tentang bintang dan gugusannya.  Kali ini kami dapat melihat sendiri melalui teleskop gergasi bagaimana rupa bintang, bulan dan lain-lain.  Melalu teleskop rupa bulan dan bintang jelas kelihatan.  Mak Long pula teringat tentang satu kesah di mana dengan kuasa Allah, Nabi Muhammad SAW memisahkan bulan menjadi dua yang pernah dengar dulu-dulu.  Hampir satu jam lebih kami di situ.


Pemandangan indah dari Mt Locke

















Thursday, April 24, 2014

Nota Kemah Boardwalk, Texas

Assalamualaikum,

Pada 9h hb April kami ke Alvin iaitu sebuah daerah kecil di Selatan Bandaraya Houston melawat sahabat kami yang mengidap barah usus peringkat akhir.  Kami bermalam di Pulau Galveston dan singgah ke Kemah Boardwalk.  Dulu-dulu ketika kami tinggal di Freeport, Texas, selalu juga kami ke sana mengambil angin petang.  Kali ini kami berkunjung semula ke Kemah Boardwalk dengan tujuan sama mengambil angin bersih dari Teluk Galvelton.

Kemah Boardwalk ialah sebuah pusat hiburan terletak di daerah Kemah, Texas iaitu kira-kira 30 batu dari timur-selatan Bandaraya Houston, iaitu di sepanjang pantai Galveston Bay dan Clear Lake.  Boardwalk ini dimiliki oleh Syarikat Landry yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk dewasa dan kanak-kanak.  Di antaranya aktiviti berkapal layar, boat laju dan lain-lain dan sebuah pangkalan marina khas mampu menempatkan beribu buah kapal layar, yacht dan berbagai jenis boat berlabuh.  Beberapa buah restauran besar pula menyediakan bermacam-macam jenis makanan laut seperti di Red Flying Dutchman Restaurant terletak di pinggir boardwalk, serta Fisherman's Wharf Restauran dan Landry Restauran, kedua-dua restauran ini adalah milik Syarikat Landry sendiri.  Begitu juga beberapa buah hotel besar dengan deretan kedai-kedai menyediakan pelbagai barangan lama antik dan baru menjadi tarikan kepada pelancung dari luar dan dalam negeri.  Pelanggan akan dapat merasakan kenikmatan tiupan angin sepui dari Telok Galveston.  Kemah Boardwalk dianggap sebagai salah satu dari boardwalk tempat hiburan terbesar di Amerika.




Pelbagai jenis boat (kapal layar, kapal menangkap udang, kapal menangkap ikan dan sebagainya keluar masuk di muara Galveston Bay dan Clear Lake.













Gambar ini ialah salah satu dari pintu masuk ke boardwalk.  Masuk ke Kemah Boardwark adalah percuma.  Tiket dikenakan hanyaklah untuk tempat hiburan seperti naik keretapi mengelilingi Kemah Boardwalk, "merry-go-round" dan dan lain-lain.









Kemah Boardwalk tempat tumpuan pelancung tempatan dan luar negeri.














Alat teropong melihat jauh di air disediakan di beberapa tempat di sepanjang boardwalk.







Deretan hotel mewah juga ada di sepanjang tepian Kemah Boardwalk.

Boat menangkap udang (shrimp boat) pulang dari tangkapan.  Di belakang kapal beratus ekor dan jenis burung bekerumun terbang merebut sisa-sisa udang dan ikan yang terselit terlekat pada jaring.  

Selepas peperangan di Vietnam tamat ramai rakyat negara tersebut berhijrah ke Amerika mencara rezeki dan memulakan hidup baru dalam pelbagai bidang.  Sekarang rata-rata perusahaan menangkap udang dan ikan sudah dikuasai oleh orang-orang Vietnam.


The Flying Dutchman Restaurant
Mak Long pernah ke restauran ini atas permintaan sahabat Mak Long ketika sihatnya untuk menyambut harijadinya.  Kami makan hidangan 'fish-po-boy' dan 'shrimp-po-boy' .  Makanan  Amerika ini hanyalah sejenis sandwich sahaja.  Ikan dan udang digoreng dengan tepong diletak di antara dua keping roti panjang dengan salad dan sos tartar.


Nampak tak paku-paku tajam di atas tangkai lampu?  Paku-paku itu gunanya untuk menghalau burung dari hinggap bertenggek di atasnya.  Kalau tidak ramai penggunjung yang kurang bernasib baik mendapat "drop off" (tahi burung) di atas kepala!







Penggunjung di sini dibenarkan menabur makanan yang boleh dibeli dari tabong makanan burung yang disediakan di situ.  Itik jantan lebih cantik dari itik betina.  Kesihankan .. yang jantan pulak lebih cantik..






Kemah Boardwalk
Burung Seagull



















Sunday, April 6, 2014

Manusia Merancang, Allah Menentukan

Assalamualaikum,

Sudah banyak hari Mak Long dengar perbincangan hendak pergi ke Big Bend di bahagian barat sempadan Texas dan Mexico antara Pak Long dengan sahabat baiknya Barry Strickland.  Tarikh bertolak ialah pada hari Jumaat  4 haribulan April.  Berjam-jam bercakap di talipon!  Namun begitu Pak Long masih belum memberi kata putus mahu ikut serta atau tidak dalam rombongan empat orang sahabat iaitu Pak Long, Barry Strickland, Tom Callaghan dan Terri Wills.  Pak Long ajak Mak Long bersama pergi, tetapi Mak Long tidak berminat berjalan jauh menunggang motorsikal walau pun Mak Long hanya duduk memboncing di belakang.  Buat penat dan sakit pinggang saja…  Tambahan Mak Long sudah beberapa kali melawat Big Bend…. empat kali dah!

Hari Rabu lepas akhirnya Pak Long buat keputusan mahu pergi bersama mereka.  Pagi Khamis Barry awal lagi sudah sampai ke rumah tunggu kami buka pintu.  Motorsikal Fat Boy Harley Davidson warna merahnya sudah diturunkan dari "trailer" yang ditunda dengan truck Toyotanya.  Barry biasa datang dan bermalam di rumah kami terutama hari-hari hujung minggu.  Kadang-kadang berturut minggu dia datang berkunjung ke rumah kami.  Katanya suasana di kawasan tempat tinggal kami tenang, damai dan paling digemarinya tidur atas katil bertilam tebal dan kukuh (firm mattress) di bilik atas.  Kasihan, baru-baru ini Barry telah disahkan pendapat penyakit kencing manis.  Doktor menasihatkan agar dia mengubah kepada cara makan permakanan sihat, turunkan berat badan disamping menelan pelbagai ubat.  

Memahami keadaan Barry, Mak Long melayari sesawang untuk memahami lebih lanjut tentang kencing manis dan mencari resepi mudah sebagai hidangan yang boleh kami nikmati bersama.  Tidaklah susah sangat untuk mencarinya.  Tambahan semua bahan ada dalam peti sejuk dan pantry.  Maka jadilah satu resepi baru yang enak lagi mudah dimasak, semua dapat menikmatinya.  Sop sayuran dicampur tomato dalam tin, barley dan daging ayam dimakan dengan 'biscuit' (roti atau bun).  Boleh tahan juga sedapnya!  Hahaha Mak Long puji masakan sendiri...

Malam itu Pak Long dan Barry sibuk mengatur dan berbincang jalan raya yang hendak dilalui serta membuat tempahan awal untuk bilik tempat bermalam di hotel di Bandar Del Rio.  Nampak gayanya mereka berdua sahaja yang sibuk mengatur perjalanan itu.  Tom dan Terri akan datang ke rumah kami esoknya pada hari Jumaat di mana mereka akan bertolak bersama.  Satu sahaja masaalahnya….cuaca!  Cuaca diramalkan hujan dan ribut angin pada hari Jumaat seterusnya di hujung minggu hingga hari Rabu hadapan.  Cuaca terlalu sejuk di Big Bend akan mencecah di bawah 30 degree F menyukarkan penunggang  menunggang motorsikal.  Ada kalanya ramalan cuaca yang dibuat tidak juga menepati, itulah harapan Pak Long dan Barry.  

Pada pagi hari Jumaat, cuaca masih tidak menyebelahi malah lebih sejuk dari yang diramalkan.  Angin pula bertiup kuat memangnya tidak selamat untuk penunggang motorsikal.  Kerana untuk keselamatan dan keselesaan Pak Long dan Barry terpaksa mengambil keputusan tidak meneruskan perjalanan dan memberi tahu Tom dan Terri keputusan itu.  Mereka yang berdua lagi itu setuju sahaja walau pun berasa terkilan.  Itulah dikatakan manusia hanya mengatur dan berusaha tetapi Allah jua yang menentukan.

TetapiTerri tetap hendak datang juga ke rumah kami dengan motorsikal Diana Glyde Harley Davidson warna hitam.  Dia berpakaian lengkap menahan dari kesejukan untuk menunggang motorsikal.  Katanya ingin kenal tempat kediaman kami.  Terry belum pernah datang ke rumah kami dan Mak Long tidak pernah bertemu dengannya sebelum ini.  Sudah berumor juga orangnya, sudah mencecah tujuh puluhan tahun.  Masih sihat dan kuat lagi.  Pak Long dan Barry kata Terri ni seorang hartawan memiliki tiga buah kapal terbang, berberapa buah kereta mewah, berumah besar di Cedar Park, dan ladang di Utara Texas.  Orangnya peramah dan tidak sombong.  Apabila Terri sampai, yang lain semua duduk berborak macam-macam mengelilingi meja tempat Mak Long buat kerja dapur.  Dia mengundang kami datang dan bermalam di rumahnya bertemu dengan Babara isterinya.  "I will take you take you on the plane ……" katanya mesera.
  
Apabila matahari sudah tinggi, angin bertiup pun sudah berhenti dan cuaca mulai panas sedikit mereka bertiga sahabat keluar menonggang/merempit motorsikal masing-masing menikmati suasana keindahan "Texas Hill Country".   Tidak jadi pergi ke Big Bend pun tidak mengapalah, boleh juga berjalan lihat-lihat kawasan berdekatan dengan rumah.







Pak Long sudah siap dengan pakaian untuk merempit dengan Barry dan Terri.







Mak Long masih pobia dengan kapal terbang.  Takut hendak naik kapal terbang tambahan lagi selepas nahas kapal terbang Malaysia MH370 baru-baru ini.  Mak Long senyum sahaja dengan pelawaan Terri dan mengucapkan terima kasih.  

Malam itu Barry bermalam lagi di rumah kami.  Pagi-pagi lagi esok harinya selepas sarapan pagi dia bertolak balik ke rumahnya di Alvin, Texas kira-kira 250 batu dari rumah kami.





Pak Long bantu Barry menaikkan motorsikalnya ke atas trailer.














Sedang menaikkan motorsikal ke atas trailer.  Pak Long jadi mandor….











Sudah naik atas trailer.  Pak Long jadi mandor…











Barry memastikan trailer di ikat kukuk pada belakang truck kemudiannya mengikat kiri dan kanan motorsikal dengan tali khas supaya motorsikal tidak mengelonsor turun bila trailer ditunda dengan truck nanti.











Sudah siap sedia untuk bertolak.  Bye Barry...



























Thursday, March 27, 2014

Nota Dallas Aboretum

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas (March 21 hingga 23, 2014) kami ke Dallas menjengok Puteri SH.  Dia baharu sahaja pindah ke sebuah apartment lain.  Sebuah apartment lama yang kecil berbilik sebuah.  Letaknya di antara kawasan beberapa bangunan-bangunan lama bersejarah.  Alat pemanas masih menggunakan pemanas gas lama.  Selesa juga dan sesuai untuk tinggal seorang.  Sudah dua minggu Mak Long tidak jumpa, hati ibu memang sentiasa merindui setiap orang anak-anaknya.  

Minggu lepas diistiharkan mulanya musim bunga bagi tahun ini.  Namun kesejukan masih terasa membalut diri.  Masih perlu memakai pakaian tebal terutama di Dallas.  Pada hari Sabtu, Puteri SH membawa kami ke Dallas Aboretum iaitu sebuah taman botanical yang besar dijaga rapi oleh pihak persendirian.  Ini adalah kali kedua Mak Long ke situ.  Lawatan pertama ialah dalam musim panas tahun 2012 ketika pamiran karya gelas diadakan.  Tetapi sayangnya semua gelas-gelas yang dipamirkan itu telah habis pecah kerana ditimpa hujan air batu yang berlaku tahun lalu.  Cantik dan damai si situ.  Bunga kegemaran Mak Long ialah tulip yang berbagai warna dan jenis.

Tiga daripada gambar pertama di bawah ialah karya gelas (blow glass) dalam musim panas 2012.


Kaca-kaca ini dibentuk berbagai rupa, kemudian ditanamankan dalam kawasan taman.













Bermacam-macam rupa bentuk dan warna bebola dari kaca diatur cantik dalam sebuah perahu kecil dan ditempatkan dalam kolam kecil yang berhampiran kira-kira beberapa kaki sahaja di tepi Tasik Putih.













Naa lihatlah gambar-gambar di bawah, betapa cantiknya bunga-bunga taman itu.  Pemandangan dan lanskap setiap tahun sangat berbeza bertukar ganti mengikut musim.


Bunga tulip ditanam begitu rapat di antara satu sama lain, bila mengeluarkan bunga tampak seperti hamparan berwarna-warni yang begitu menarik dan menawan.




Chinese Snowball
Ini sejenis pokok yang tidak begitu besar dan tinggi.  Mak Long baca papan tanda ia dinamakan Chinese Snowball.  Bunga-bunga kecil berwarna hijau bila mula kembang bertukar warna putih.  Bunganya menrupai bunga tiga bulan, bezanya bunga Chinese Snowball lebih kecil sedikit.