Hari ini ialah Ahad bersamaan 7hb Oktober, 2012.......tiupan angin sejuk dari kutub utara sudah pun sampai ke tempat kami hari ini. Malam tadi Mak Long kesejukan kesaorangan tanpa Pak Long di sisi. Biasanya waktu-waktu begini dia akan bangun lebih awal menghidupkan hawa panas supaya bila Mak Long bangun pagi untuk mengambil wuduk suhu dalam rumah tidak sejuk bagi Mak Long. Mak Long berdoa supaya cepat-cepatlah Pak Long balik dari negara Saudi Arabia yang panas dan kering itu. Mak Long faham dia ke sana kerana mencari rezeki untuk kami jua jadi Mak Long mestilah bersabar dan berdoa agar dia sentiasa sihat begitulah Mak Long memujuk hati sendiri. Semuga Allah sentiasa memberi rahmat dan hidayah serta lembutkan hati kami supaya mudah dan dapat menerima semua ajaran dan petunjukNya.
Hari ini Mak Long munafaat dengan mendengar ceramah ini. Kepada anda yang membaca jurnal ini silalah bersama dengar ini. Mudah-mudahan dapat iktibar baik dalam hidup kita sebelum kita diambilNya kembali. Wallahuwalam..
Taubat dan Doa
NOTA:
Di bumi mana kita berpijak sekali pun, kaya atau miskin, berdarjat atau tiada dekatkan diri kepada penciptaNYA. Allah akan bersama dan mendengar doa serta rintihan kesalan dosa kita walau di mana pun. Taubatlah bila berdosa. Berdoalah mendekatkan diri kepadaNYA.
No comments:
Post a Comment