Pages

Monday, October 1, 2012

NOTA FLAMING GORGE, UTAH - 2011

Ogos 26, 2011

Kami berbincang ke mana hala hendak kami tuju keesokan hari.  Di atas katil penuh dengan berbagai risalah-risalah, peta perjalanan dan lain-lain.  Satu persatu kami tatap dan baca.  Banyak tempat-tempat menarik perhatian kami dan tidak dapat hendak mengambil keputusan yang mana satu tempat yang lebih baik.  Akhirnya Pak Long cakap pergi sahaja ke Flaming Gorge, Utah.  Oklah Mak Long pun setuju ... sudah bengang kepala!  Itulah kalau sudah terlalu banyak pilihan kan!

Cuaca terlalu sejuk waktu pagi.  Kami berlengah-lengah dan mengambil masa untuk bersiap-siap meninggalkan hotel.  Kami sedang makan angin kan hendak buat apa tergesa-gesa.  Take it slow and easy man and enjoy the moment ... hahaha.  Ok ucap sayonara pada Quray, Colorado; hello Flaming Gorge... here we come!

Tempat-tempat indah yang kami lalui sepanjang perjalanan ke Flaming Gorge, Utah ialah Rock Spring, Rangely, Dinasour, Vernal dan lain-lain bandar-bandar kecil Mak Long tidak berapa ingat dah. Negeri Utah dan Wyoming bergunung ganang yang tinggi dan menghijau tidak seperti gunung ganang di New Mexico atau Texas panas dan tandus.  Perjalanan yang jauh mudah meletihkan Mak Long tetapi hati tetap gemar hendak melihat keindahan ciptaan Illahi.  Umur dah lewat ke petang!

Gandum menguning di kaki pergunangan The Rocky Mountains



Flaming Gorge, Utah ... Akhirnya kami sampai ke Flaming Gorge setelah beratus-ratus batu jauhnya perjalanan.  Menurut sejarah dalam tahun 1869 Major John Wesley Powell bersama sepasukannya mudik di Sungai Green dan sampai di bahagian pergunungan curam (cliffts) yang amat tinggi berwarna kemerah-merahan.  Sempena warna merah terang dan keadaan di situ maka dinamakan Flaming Gorge.

Kejadian juram Flaming Gorge bermula apabila berlaku gegaran gempa bumi  pergunungan Uinta  telah naik tinggi lebih 70 million tahun dahulu.  Arus laju Sungai Green juga memainkan peranan penting menghakis batu batan lama itu menjadikan pemandangan yang terindah yang kita lihat kini.


Flaming Gorge


Jambatan menuju ke Flaming Gorge

Di Flaming Gorge ada sebuah empangan pengeluar jana kuasa elektrik. Kami berpeluang masuk ke dalambya dan dapat melihat Sungan Green dari dekat.  Sungai Green sangat dalam dan deras arusnya.  Suhu airnya sangat sejuk.  Oleh kerana keadaan sungai ini berdindingkan juram batu batan ia mengujudkan lubuk bahan makanan yang baik dan banyak bagi ikan di sungai.

Pemandangan dari atas Dam

Lubuk ikan Lunkers ..  Ketika kami berdiri di tebing kaki lima empangan bahagian bawah dan melihat ke dalam air sungai ada beribu-ribu ekor ikan trout berlegar-legar di situ.  Pemandu pelawat kami memberikan sedikit makanan untuk dicampakan kepada ikan-ikan tersebut.  Aduhai banyaknya ikan!  Ikan trout mempunyai beberapa jenis seperti " lunkers, browns, rainbows, brook dan cutthroat".  Di antara banyak jenis trout, lunkers adalah jenis ikan trout yang paling terbesar sekali yang menjadi idaman penajor dan pengail.

Ikan trout timbul berebutkan makanan yang dicampak


 Pemandangan dari bawah Empangan Flaming Gorge

 Empangan Flaming Gorge


No comments:

Post a Comment