Assalamualaikum,
Cerita ini sudah lama zaman Mak Long kanak-kanak dahulu. Tidak pula ingat tahun berapa. Zaman itu pusat beli belah tidak ujut lagi walau pun di Kuala Lumpur. Di bandar Muar, tanah tumpah darah Mak Long yang ada ketika itu hanyalah deretan kedai China dan India yang menjual kain baju dan barangan lain-lain. Tidak macam sekarang barang pasar di tempat lain dan barang pakaian di tempat lain. Emak Mak Long kalau hendak pergi ke bandar sebulan sekali pun susah, pengangkutan yang ada hanyalah bas yang lalu tiga atau empat kali sehari. Itu pun ikut rasa pemandu bas. Kalau dia malas atau ada kerja lain sekali sahajalah dia lalu masuk kampung. Pukul lima petang bas sudah tutup kedai. Teksi hanya ada dua atau tiga buah sahaja itu pun kadang-kadang tidak ada lalu langsong. Zaman itu motosikal memang tidak ada. Arwah Wak Mak Long hanya ada basikal tua yang dibasuh dan digilap setiap kali ada habok hinggap pada basikalnya. Bekilat basikal itu dijaganya seperti basikal baru beli. Hmm cermat betul arwah dengan hartanya walau pun hanya sebuah basikal tua. Basikal tua inilah yang menghantar dan menjemput Mak Long pergi dan balik ke sekolah rendah kampung; hinggalah Wak dan Emak ada rezeki lebih membelikan kami sebuah lagi basikal. Mak Long tidak tahu pulak bila arwah membeli basikal itu, seingat Mak Long basikal itu sentiasa ada di rumah. Bila malam atau kalau arwah tidak pergi ke mana-mana, basikal itu duduk dalam rumah siap diselimutkan lagi supaya habuk tidak hinggap.
Suatu masa musim hendak raya menyambut Syawal, emak berhasrat membeli baju raya untuk Mak Long dan arwah Mak Ngah. Hendak ke bandar memang tidak ada peluanglah sebab hendak bercermat tidak hendak bayar tambang bas. Waktu itu tambang bas hanyalah dua puluh atau dua puluh lima sen sekali jalan. Kanak-kanak bawah umur dua belas tahun naik bas percuma sahaja tidak perlu bayar tambang. Tetapi kalau orang ramai dalam bas itu, kanak-kanak tersebut mesti duduk atas pangku. Jangan ketawa.... Mak Long pun pernah alami begitu! Tingkap bas tidak pernah tutup melainkan hari hujan, itu pun kalau tingkap itu tidak jam. Bila tingkap tidak boleh tutup hai... nasib basah kuyuplah jawabnya. Habis jambol semua roboh kena tiup angin. Sebab itulah pada masa itu orang lelaki suka guna minyak rambut warna hijau cap bunga melekit-lekit supaya kekal tidak ditiup angin dalam bas. Bau minyak rambut itu masya Allah bukan main lagi penuh hidung semerbak baunya. Rasa terbayang-bayang baunya. Arwah Wak pun sama. Biasanya bila sudah hendak dekat-dekat perayaan adalah dua tiga orang China atau India penjual kain dengan berkayoh basikal. Penuh dan sarat basikal dengan bungkusan kain besar tinggi mengatasi kepala bila dia duduk atas basikal. Bungkusan besar ini diikat di atas para basikal yang lebar. Kadang terlalu berat penjual itu akan minta tolong pegangkan bahagian depan basikal supaya dia boleh naik dan turun serta mengimbankan berat bungkusannya. Penjual kain berbasikal ini orang kampung Mak Long panggil "China kelentong kain" atau "Keling Bai jual kain". Untuk menarik perhatian orang kampung yang dia berada di sekitaran, penjual ini akan membunyikan kelentongnya sambil mengayoh basikal atau pun berteriak, "kain! kain!.....Kaiiiin". Tahukah apa itu kelentong? Ia adalah sejenis alat bunyian seperti gendang kecil yang ada tempat pemegang panjang. Di keliling gendang ini ada beberapa gundil diikat padanya. Bila digoyangkan ia akan mengeluarkan bunyi. Biasanya penjual orang China menggunakan alat ini untuk menarik pelanggan.
Setiap hari Khamis Bai jual kain akan datang ke kampung. Emak dengan dua, tiga orang jiran sudah sedia menunggu Keling Bai datang. Sampai sahaja di depan rumah Keling Bai pun masuk singgah. Tetapi dia bermasaalah hendak berhenti melencong arah rumah melalui titi parit depan rumah..... Dia tidak dapat mengawal basikalnya! Terhuyung hayang dia dengan basikalnya,........ "Aiyooo ama, ama toloooonglah......!" Belum sempat apa-apa dia dan basikalnya, sekali dengan bungkusan sudah tersungkur tepi parit. Koyak kain pelekat yang dipakainya.. kesihan tengok dia. Nasib baik tidak masok dalam parit terus atau patah tulang. Ada jugalah dapat cendawan kukur di lengan dan kakinya. Mungkin lebam pun dapat gamaknya. Emak dan jiran bingkas mambantu penjual kain itu. Tersipu-sipu Keling itu bila menyedari kain pelekatnya sudah koyak panjang. Hari itu Emak dan jiran dapat rezeki baik. Dapatlah beli kain kurang sedikit harganya kerana menolong Keling Bai ketika dia jatuh.
Nota:
Kita hendaklah bersyukur dan menghargai harta yang dilimpahi Allah serta menjaga harta itu sebaik mungkin.

Basikal Tua Hiasan Sahaja |
Nota:
Kita hendaklah bersyukur dan menghargai harta yang dilimpahi Allah serta menjaga harta itu sebaik mungkin.
SALAM MAK LONG
ReplyDeleteTERINGAT KISAH LAMA SEWAKTU SAYA DI MUAR PADA ZAMAN 60AN//70AN .BILA DAPAT GAJI SAYA IKUT ALMARHUM AYAH DAN IBU AMBIL GAJI DI MAY BANK MUAR,LEPAS TU PERGI BELI BARANG DAPOR DIKEDAI CINA DAN BELI IKAN DURI 4 EKOR RM 1 DI PASAR MUAR.,BARANG -BARANG PUNGAH DALAM BECA
SEBELUM NAIK FERI DAN BAS KE BKT.GAMBIR.ZAMAN SEKARANG JUAL KAIN DI KG DIAMBIL ALIH OLEH ORG BANGLA DAN PAKISTAN.SERONOK DAN PILU BILA INGAT KISAH SUKA/DUKA DI KG.
Waalaikumsalam,
ReplyDeleteMak Long juga ingat perkhidmatan feri menyeberang Sungai Muar. Mak Long biasa bersama Emak dan Wak balik kampug naik bas hingga sampai ke Pekan Bkt Gambir. Dari situ jalan kaki ke Sg Bilah. Kalau bernasib baik dapat tumpang basikal orang kampung.