Pages

Monday, October 22, 2012

NOTA MOUNT RUSHMORE NATIONAL MEMORIAL

September 2, 2011




Selepas puas melawat Crazy Horse Memorial kami teruskan perjalanan ke satu lagi warisan ukiran arca di Mount Rushmore.  Gunung Rushmore tidak begitu jauh dari Crazy Horse Memorial.  Gunung Rushmore atau juga dikenali sebagai Memorial Kebangsaan Gunung Rushmore merupakan sebuah gunung yang unik dan terkenal yang terletak di Keystone, Banjaran Black Hills, Dakota Selatan.  Di situ terdapat ukiran kepala patung di bahagian permukaan batu granit pada gunung itu.  Diukir oleh Gutzon Borglum dan anaknya Lincoln Borglum.  Ukiran sepanjang 60 kaki itu memaparkan kepala kepada empat orang bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt dan AbrahamLincoln.  




Dari kiri ke kanan ialah
George Washington, Thomas Jefferson, 
Theodore Rosevelt dan Abraham Lincoln






Kami masuk melihat-lihat di bahagian restauran.  Di situ ada bendera dari setiap buah negara di dunia.  Mak Long nampak bendera Malaysia tau ada di situ.  Di bahagian menjual cenderamata pula Mak Long membeli sebentuk cincin berbatu turquoise berwarna kebiruan untuk puteri sulung yang sangat dirindui.  Pak Long pula membeli dua biji cawan yang dilukis dengan gambar kepala bekas presiden itu untuk dihadiahkan kepada jiran kami yang menjaga dan jengok-jengok rumah ketika kami tiada.


Sturgis tempat perhimpunan penunggang motosikal 
Harley Davidson

Selepas keluar dari kawasan Gunung Rushmore, Pak Long ingin hendak ke Sturgis tempat perhimpunan penunggang-penunggang motosikal Harley Davidson yang tersohor di Amerika Syarikat.  Setiap tahun mereka mengadakan perhimpunan tahunan secara besar-besaran biasanya dalam bulan Ogos.  Bukan orang-orang Amerika sahaja yang datang malah dari seluruh dunia juga.  

Kami menyangkakan Sturgis  suatu bandar atau daerah yang besar.  Sangkaan kami meleset sekali, yang ada hanyalah sebuah bangunan motorsikal Harley Davidson lama.  Di dalam bangunan itu pun tidak banyak terdapat motorsikal seperti di tempat-tempat Harley Davidson yang lain.  Hmmm....indah kabar dari rupa !!!


**************
*******

Prairie coneflower merah

Prairie coneflower kuning (gambar kiri terdekat sekali)



NOTA:

Untuk pengetahuan sahaja: ...... Puak orang-orang Red Indian mengunakan prairie coneflower untuk menghilangkan sakit kepala dan membuat bahan warna kuning.  Bunga ini kembang di Mt Rushmore dari akhir June hingga September.


No comments:

Post a Comment