Pages

Showing posts with label Special Posts. Show all posts
Showing posts with label Special Posts. Show all posts

Wednesday, August 19, 2020

Salam Maal Hijrah 1442 H



Assalamualaikum,




Muga tahun baru 1442H 
Allah cucuri kita dengan rahmat 
Allah berkati hidup kita dunia dan akhirat
Allah teguhkan hati kita dengan iman
Agar kita sentiasa taqua kepada
ALLAH SWT




Friday, June 19, 2020

Hari Bapa

Assalamualaikum,

Selamat Hari Bapa .... Jasa mu sungguh besar...











































Friday, March 2, 2018

Many Happy Returns of The Day

Assalamualaikum,





Many Happy Returns of The Day
May you have much happiness and success
May each day be filled with delight
May you have many more birthdays to come
May Allah bless you













Sunday, December 31, 2017

Happy New Year 2018

Assalamualaikum,

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Mari melangkah ke hadapan dengan azam
Memperbaiki diri dalam
Keimanan, Kesabaran Dan Kesihatan
Serta usaha terus maju ke hadapan

Amiin



Most of us look at the New Year as a time for new beginnings. 
It’s when we renew our commitment to ourselves 
and make changes that improve our lives 
and most importantly revive our health

HAPPY NEW YEAR 2018
Everyone












Thursday, November 16, 2017

Ayoh... !!

Assalamualaikum,







Hujan lagi ... gerimis
Dari malam ...... ke malam
Cukup untuk membasahi bumi
Bumi dipijak melecahi kaki
Mendung menyelubungi alam
Sejuk menyentuh tulang som-som
Apakah keadaan sebegini .....
Elah diri bertapa di rumah?
Usah indahkan keadaan!
Ayoh!  
Atur kaki melangkah.....
Langkah deras-deras
Sampai keringat meleleh
Mindar Segar
Badan sihat










Saturday, June 24, 2017

Selamat Hari Raya 'Idilfitri 1438H

Assalamualaikum,








Istimewa kepada muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia tanah air tercinta terutama ahli keluarga, tidak kira di mana juga berada di bumi Allah; juga tidak dilupakan kepada sahabat handai muslimin dan muslimat yang berada di perantau.  Sempena menyambut hari yang mulia dan bahagia di bulan Shawal 1438H, kami sekeluarga di perantauan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA 'IDILFITRI.

Salam dihulur memohon maaf zahir dan batin.  Semuga segala kekhilapan dan ketelanjuran bahasa dalam kata-kata dan penulisan dimaafkan.

Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu kenderaan agar selamat sampai kepangkuan keluarga.  Biarlah lewat sedikit asalkan selamat dan dapat bergembira bersama keluarga tersayang.


Salam Eid Mubaraq,
Mak Long sekeluarga
Canyon Lake
Texas












Monday, December 5, 2016

Selamat Ulang Tahun, Icah


Assalamualaikum






6hb December, 2016
Di tanggal ini kamu dilahirkan
Usia mu bertambah setahun lagi
Pantasnya masa berlalu

Kamu dewasa di hadapan mata
Penawar hati bonda
Umpama mimpi yang nyata
Pantasnya masa berlalu

Doa bonda sepanjang hayat
Agar iman mu kuat menghadap dugaan
Agar hati mu sentiasa mengucap syukur
Agar jiwa mu ingat asal dan usul
Agar usaha mu gigih mengejar cita
Agar kesihatan mu sihat sejahtera
Agar hidup mu dilimpahi nikmat dan rahmat
Agar hidup mu dilimpahi rezeki melimpah ruah
Agar hidup mu berjaya dunia dan akhirat
Agar hidup mu penuh bermakna
Agar hidup mu bahagia

Icah,

SELAMAT HARIJADI, SAYANG
Muga menjadi insan solehah
Muga sentiasa dalam perlindungan dan kasih Allah











Friday, September 23, 2016

Bahasa Melayu Bahasa Ibunda

Assalamualaikum,

Setiap hari FB (Facebook) tanya "What is on your mind?".  Jadi inilah yang bermain di minda setiap hari.

Bahasa Melayu atau disebut Bahasa Malaysia adalah bahasa resmi kita di Malaysia.  Mak Long bangga jadi rakyat Malaysia dan terlalu bangga serta sayang dengan bahasa ibunda kita yang menjadi pengirat sillarturrahim rakyat Malaysia.  Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil memang tidak asing lagi bagi kita 1 Malaysia.

Mak Long dengar orang Cina dan orang India bertutur dalam bahasa Melayu sangat fasih dengan loghatnya sekali.... Syabas!!  Sering kali bila mereka bertutur dalam bahasa mereka sendiri, kemudian mereka selitkan dengan bahasa Melayu terutama perkataan "lah" di hujung ayat mereka.  Terasa keiratan di antara kita 1Malaysia.

Tetapi Mak Long rasa ralat, orang Melayu "TIDAK" fasih berbahasa ibunda sendiri. Bahasa Melayu yang cantik dan bernilai itu sudah dirosakkan dengan menggunakan/menukar perkataan dari bahasa yang diceduk dari bahasa-bahasa asing seperti Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab amnya.  Bila orang Melayu bertutur, banyak perkataan "ceduk" digunakan.  Mithalnya, "Today I makan fried rice with sambal prawn".  Di mana-mana sahaja terdengar bahasa Melayu campur seperti itu digunakan seolah-olah itulah bahasa Melayu asli.  Malah di kaca TV atau di radio juga bahasa Melayu campur ceduk digunakan.

Melalui penggelaman dengar sendiri dalam pembicaraan anak-anak muda kita tidak tahu adanya perkataan Bahasa Melayu khusus dan tepat untuk digunakan kerana mereka sudah biasa menggunakan bahasa ceduk.

Sayangilah bahasa ibunda kita.  Jika tidak bahasa ibunda kita akan hilang dari muka bumi ini.

Mak Long bangga sebagai orang Melayu dan jadi rakyat Malaysia serta sangat bangga menggunakan Bahasa Melayu.






Nota:

Kerana masa tidak membenarkan Mak Long untuk lebih kerap mencoretkan sesuatu di blog dalam bulan ini walau pun dari mata kasar mempunyai waktu terluang.  Mak Long menumpukan sepenuh masa memberi perhatian kepada Emak yang terlalu uzur.  Mak Long tidak dapat peluang keemasan ini setiap hari bila sudah pulang ke perantauan.










Sunday, April 20, 2014

Nota Happy Anniversary Miss "K"

Assalamualaikum,








He calls me Miss "K"
He always says with his gentle smile …..
What Miss "K" wants, Miss "K" gets

The green eyes twinkle with amusement
A pack of loving kisses landed on my forehead 
But then…..
It makes me sound like I am a spoilt demanding kind of woman
It makes me sound like I am an arrogant kind of little brown woman
It makes me sound like I am kind of a self centered old woman
I do sometimes wonder what he is up to……???
But then….
I expect nothing of no good
Thing is …....I feel good about it
Truth is …..
 Miss "K" gets all the attention she wants….
Because I feel …. I get his attention
Because I feel …. I am cared
Because I feel … I am loved 
Because I feel … I am loved
For that I feel so blessed and grateful to HIM Ya Allah subhanallah..

Happy Anniversary to us
20th April, 2014







Saturday, October 19, 2013

Nota Bingkisan Kecil

Assalamualaikum,

Semenjak akhir-akhir ini tiap-tiap hari Pak Long membuka peti surat mengutip surat-surat kami.  Kadang-kadang beliau mahu Mak Long menemannya ke peti surat.  Bukannya jauh pun, hanya kira-kira 500 meter sahaja dari rumah.

Hari ini, balik dari kedai terdekat kami berhenti di peti surat.  Ada beberapa surat sampai.  Di antara surat-surat itu ada dua sampul surat agak kecil dan unik dari yang lain.  Dialamatkan satu untuk Pak Long dan satu lagi untuk Mak Long.  Rasa-rasa kenal pula tulisan di sampul surat itu tetapi tidak dapat pastikan dari siapa.  Sekarang semua alamat di sampul surat ditaip sahaja jarang benar ditulis tangan.  Sampai di rumah (masih dalam kereta) kami tidak sabar hendak buka surat misteri itu.  Kami buka serentak, macam telatah bebudak pula.  Pak Long membaca bingkisannya senyap-senyap.  






Lama juga Mak Long renung bingkisan yang dialamatkan kepada Mak Long, ... lama kemudian barulah membacanya.  Kandungan persuratan itu mudah seperti bahasa pertuturan sahaja tetapi ia terlalu menyentuh hati.  Ia membuat sebak rasa hati, .... Tanpa disedari bingkisan sekecil itu membuat air mata berderai di pangkuan.  Bertaut rasa kasih ibu kepada permata hatinya.






Memang tabi'at Puteri gemar melukis.  Tengoklah bingkisan sekecil tapak tangan ini pun ada diselitkan lukisannya.   Seperti Mak Long semua anak-anak minat melukis, satu kebolehan semula jadi yang dianugerahi Allah.  








Pak Long pula setelah habis membaca bahagiannya menghulurkan bingkisannya untuk Mak Long baca.  Kami berkongsi membaca kedua-dua bingkisan bersama.  "That is so sweet........" Pak Long memecah kesunyian seketika.  Mak Long hanya mampu senyum sambil menyapu air mata  dengan tangan.  



  







Hati ibu mana yang tidak terusik dan berlinang air mata apabila menerima berita yang mengembirakan hatinya.... air mata gembira!  Apatah lagi kalau menerima berita yang menyedihkan, sudah tentu banjir hujan lebat....



"Allah hu Akbar,  aku bersyukur pada Mu..."















Thursday, September 12, 2013

Nota Pencuit Hati

Assalamualaikum,

Si kecil comel, keletah dan bijak bercakap hampir dua tahun umurnya diberi nama Anna telah berjaya mencuri, memikat  dan menambat hati Mak Long.  Bilakah dapat berjumpa kembali?  Masih ingatkah dia nanti apabila bertemu di sisi kembali?  


































Friday, May 17, 2013

Nota Puteri Terima Ijazah (2013)

Assalamualaikum,

Puteri S adalah puteri bungsu Mak Long.  Selama setahun di tadika taman didikan kanan-kanak, enam tahun di bangku sekolah kebangsaan di Pantai Timur dan di Kuala Lumpur, dua tahun di Sekolah Menengah Taman Melawati, Selangor. Kemudian turut berhijrah ke bumi Amerika dan meneruskan pendidikan hinggalah berjaya memanjat ke mercu menara gading.  Puteri S sentiasa berkerja keras dan menjadi seorang anak yang bertanggung-jawab dalam serba serbi.  Mak Long sebagai ibu hanya memerhatikannya dan membantu di mana-mana yang perlu.    

Mak Long sangat bangga atas pencapaiannya dalam bidang akademi. Sejak ia menjejakkan kakinya di persekolahan di Amerika, Puteri S telah berjaya mencapai dan terpilih sebagai seorang pelajar terbaik dalam beberapa bidang terutama ilmu kira-kira (sekarang disebut ilmu matematik kalau tidak salah Mak Long) dan lukisan.  Ternyata curriculam pembelajaran dari Malaysia sangat tinggi kualiti dan nilainya setanding dengan sistem pembelajaran dari negara asing.  Mengapa Mak Long berkata bergitu?  Dalam mata pelajaran kira-kira umpamanya  Puteri S telah pun belajar dan mendahului dari pelajar-pelajar seumur dalam sedarjahnya di Sekolah Tinggi di Amerika.  Begitu juga mata pelajaran sains dan ilmu alam.  Pun begitu Puteri S perlu memperdalamkan pengetahuan dalam ilmu sejarah Amerika sebagai salah satu mata pelajaran penting.  Rakyat Malaysia patut berbangga dengan kebolehan pencapaian sistem pelajaran Malaysia.  Malah Mak Long tidak nampak perlunya menghantar anak-anak Malaysia belajar keluar negara lagi.  Kerana Malaysia Boleh!  Mak Long tidak nafikan juga masih ada beberapa bidang yang kita perlu hantar pelajar keluar negara.  Keluarga orang 'berada' lazimnya menghantar anak-anak mereka belajar keluar negara mungkin kerana mahukan nama dan taraf.  Tetapi itu bukankah satu pembasiran terutama dari segi kewangan kerana universiti-universiti di Malaysia mampu menyediakan sistem pelajaran yang setanding dengan universiti di luar negara. 

Puteri S telah menerima ijazahnya pada malam 10hb Mei, 2013 diraikan bersama beberapa keluarga yang turut hadir ke majlis penerimaan ijazahnya.  Mak Long sungguh bersyukur dan bangga dengan kejayaan Puteri S.  Bermakna sudah tammat satu perenggan tanggung-jawab Mak Long sebagai ibu memberi pendidikan utama dalam hidupnya.  Namun tanggung-jawab sebagai ibu akan berterusan hingga ke akhir hayat.  Mak Long bangga menjadi seorang ibu dan tiada penyesalan malah amat bersyukur kerana diberi Nya peluang untuk menikmati anugerah Nya.
















Nota:   Pengetahun ilmu itu adalah ibarat lampu penyuluh hidup......







Saturday, March 2, 2013

Nota Mengimbas Masa Dulu-dulu (IV)

Assalamualaikum,


Mak Long tidak ingat tarikh mendaftar diri di pejabat guru besar Sekolah Tun Fatimah,  Durian Daun, Melaka.  Tahun sahaja yang ingat iaitu tahun 1963.  Sudah berpuluh tahun berlalu tetapi keadaan dan suasana ketika pendaftaran masih jelas dalam ingatan.  Hanya Wak, Emak dan adik Mak Long arwah Mak Ngah sahaja menghantar dengan menaiki taxi arwah Uda Man.  Kami sesat beberapa kali kerana tidak tahu jalan ke sekolah itu.  Tidak macam sekarang sudah ada kemudahan GPS senang, taip sahaja alamat, lainnya GPS akan tunjuk arah.  Akhirnya kami sampai juga setelah bertanya dengan beberapa orang di situ.  

Ketika sampai di situ hati Mak Long mulai rasa berbelah bagi.  Susah hati kerana Mak Long tidak ada kenalan pun tambahan Wak, Emak dan adik akan meninggalkan Mak Long sendirian di tempat asing.  Gembira kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki di sebuah sekolah yang menjadi impian ramai pelajar perempuan.  Selepas pendaftaran Mak Long telah dibawa oleh seorang kakak iaitu pengawas sekolah ke bilik asrama.  Wak dan Uda Man tidak dibenarkan ikut sama kerana orang lelaki tidak dibenarkan masuk kawasan asrama... kawasan larangan!  Emak dan adik sahaja yang ikut.   

Mak Long ditempatkan di Asrama Teratai. Ada dua buah bangunan asrama lagi yang berhampiran dan Asrama Teratai terletak di antara kedua-dua asrama itu.  Semua bangunan asrama ada dua tingkat disambung ketiga-tiga bangunan itu dengan kaki lima beratap dan berpagar besi.  Mak Long dapat di tingkat bawah.  Kemudian kami dibawa ke bahagian bangunan dewan makan.  Banyak meja makan dan kerusi teratur kemas di situ.  Bahagian belakangnya ialah dapur menyediakan makanan untuk pelajar.  Emak sempat menjengok ke dapur tengok makcik-makcik sedang sibuk memasak.  

Bangunan pejabat guru besar kecil sahaja tidak besar mana berkongsi dengan pejabat guru-guru.  Bendera Malaya (belum Malaysia lagi) dan bendera Negeri Melaka berkibar di kedua penjuru bangunan pejabat dengan megahnya.  Di hadapan pintu pejabat kena memanjat beberapa anak mata tangga batu.  Di sekeliling kawasan banyak berbagai jenis pokok bunga subur ditanam dan dijaga rapi.  Pendapat Mak Long ketika itu "wahh cantik benar sekolah ni". Guru besar ketika itu ialah Miss Lim seorang wanita tionghua.  Genit dan serious orangnya, rambut kerenting pendek; sering berpakaian chongsam belah kiri dan kanan pehanya dengan berkasut tumit tinggi.  

Masih ingat lagi, Mak Long nangis sedih waktu berpisah dengan keluarga tersayang.  Emak pun nangis, maklumlah kami tidak pernah berpisah jauh sebelum ini.  Sampai jauh taxi itu berlalu Mak Long perhatikan dari pandangan.  Seorang kawan dari asrama temankan Mak Long.  Mungkin dia faham perasaan Mak Long ketika itu sambil memujuk dan pimpin tangan Mak Long berjalan balik ke asrama.  

Di asrama Mak Long diperkenalkan dengan penghuni asrama.  Mereka yang lebih tua dikehendaki dipanggil kakak.  Mereka semua anak bangsa Melayu dari luar bandar datang daripada perbagai cerok daerah dan negeri di Malaya.  Seorang kakak tolong mengemaskan pakaian Mak Long dalam locker dan memberitahu apa yang perlu dilakukan setiap hari.  Dialah menunjukkan di mana bilik mandi, tempat mencuci kain baju dan lain-lain.  Di dalam asrama Teratai mengandungi kira-kira 40 - 45 buah katil bujang dari besi teratus kemas dan bersih.  Setiap buah katil disediakan tilam, sebiji bantal berserta sampul bantal, kain cadar warna putih, kain selimut tebal dan alas katil warna biru.  Semua sama.  Di hadapan katil pula ialah almari kecil (locker) tempat simpan pakaian dan sebagai.  Bagi Mak Long semua itu satu kemewahan sungguh istimewa.  Di rumah kami tidur atas leca (tilam) lama dialas dengan tikar sahaja.  Setiap malam guru bertugas akan membuat lawatan secara senyap-senyap memastikkan pelajar semua berada di katil masing-masing dan tidur!

Mulai petang itu maka bermulalah penghidupan baru sebagai pelajar berasrama penuh selama enam tahun.  Zaman pembesaran waktu remaja dan kematangan cara hidup peribadi Mak Long diolah terbentuk oleh antara kawan-kawan dan aturan sekolah.  Jadual waktu kami sungguh padat dan teratur rapi daripada bangun tidur hinggalah masuk tidur semula.  Aktiviti siang sebegitu membuat Mak Long leka tidak berfikit tentang keluarga.  Tetapi waktu malam sungguh menyiksakan.  Mak Long sering menangis rindukan Wak dan Emak.  Kekadang menangis sampai tertidur ... esoknya mata bengkak!  Malu pulak dengan kawan-kawan. Mak Long terpaksa melawan perasan supaya tidak menangis lagi dengan menumpukan pada pelajaran dan banyakkan membaca buku.

Semua aktiviti mengikut jadual.  Waktu makan semua mesti berada di dewan makan besar, tidak dibenarkan duduk dan makan selagi seorang pengawas yang bertugas belum membaca bismillah dan doa.  Kami tidak dibenarkan makan menggunakan tangan.  Semua mesti menggunakan sudu, gerpu dan pisau...... ikut adat cara orang putih makan... Hahaha sudu dan gerpu Mak Long sering terpelanting jatuh sebab tidak pandai guna .. orang kampung ler...  Kami dibesarkan dengan makan nasi dan lauk kawah.  Kadang-kadang dalam nasi dan lauk terjumpa ulat mati keras... Ya benar!  Dalam sehari kami diberi makan empat kali iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.  Dalam bulan Ramadan kami dikejutkan dengan locing di dinding berbunyi pekak telinga membangunkan kami pergi untuk makan sahor di dewan makan.

Tahun 1963 sekitar kawasan sekolah dan Maktab Perguruan Perempuan Melaka (Sekolah Tun Fatimah ketika itu menumpang bangunan dan kawasan Maktab Perguruan di situ) menghadapi musim kemarau teruk.  Berhari-hari kami tidak dapat bekalan air kalau ada pun warna dan bau yang meloyakan.  Kalau dapat mandi pun main lap-lap sahaja.  Ramai jadi kambing tidak mandi.  Sebuah perigi telah digali berhampiran asrama untuk mendapatkan sumba air mengatasi masaalah air.   


Semasa Membuat Lawatan Ke Cathay Kris Film Production, Singapura
Mak Long berdiri No. 3 dari kanan



Lencana STF
Kena pakai lencana ini di baju seragam sekolah








Nota:  Berlumba-lumbalah menimba ilmu untuk tingkatkan taraf hidup dunia dan akhirat.