Assalamualaikum........ pagi-pagi hari ini sejuk tetapi kuatkan juga keluar rumah ke pondok belakang tabur rusa-rusa itu jagong. Ada lebih dua belas ekor rusa hari ini, si Lucy pun ada. Kasut Mak Long habis basah kena air embun pagi. Dah sampai masa untuk potong rumput yang panjang. Tunggulah petang nanti bila tidak berapa sejuk lagi nanti. Sebenarnya banyak kerja di luar rumah yang perlu dibuat sebelum cuaca betul-betul sejuk.
Selepas Zohor Mak Long sudah siap untuk berkebun. Aah... boot berkebun sudah lusuh sangat ada lubang dan koyak pulak di kiri kanannya. Pakai jugalah untuk keselamatan supaya tidak terpijak batu tajam. Di kawasan rumah kami ada banyak batu tajam, kalau tidak pakai kasut dan kalau terpijak aduhaai macam hendak pengsan sakitnya.
Berfikir juga apa kerja yang hendak dibuat dahulu ya? Banyak kerja! Petik cili dululah sebab sudah banyak yang tua dan merah-merah lagi. Nanti kalau tunggu lama-lama tidak merasa pulak dimakan si rusa lapar. Itu dia dapat satu besin besar cili pedas sudah dipetik. Alhamdulillah, kalau kita berbudi kepada bumi nanti bumi memberi hasilnya dengan rezeki yang baik. Lagi pun puas hati makan tanaman sendiri. Kerja ini pun sudah selesai.
Oh ya semalam Mak Long pergi ke Lowes di San Marcus beli dua biji pasu besar bentuk barrel untuk tanam pokok serai dan lengkuas besar sebagai persediaan/penyelamatan pokok tropika di musim sejuk. Hmmmm masaalah pulak pasu-pasu ini tiada lubang untuk air mengalir... hendak kena buat beberapa lubang baru boleh tarok tanah dalamnya. Aiisayman.... masaalah nih...! kalau Pak Long ada tentu dialah yang tolong buatkan lubang. Puas Mak Long cari alat yang selalu Pak Long guna untuk buat lubang di dalam garage. Semua alat ada... macam-macam ada...! Tapi macam mana nih? Mak Long hendak pasang batteri pun tidak boleh menjadi..... berat pulak tu. Berjam-jam dalam garage cari cara lain supaya boleh Mak Long tebok lubang pasu. Heh heh jumpa tukul besi dan screw driver....bolehlah! Taarrdaa ...... jadi sudah lubang pasu. Pertama sekali Mak Long kutip batu-batu kecil dari depan rumah. Kemudian dibasuh supaya tidak ada sisa-sisa penyakit seperti kulat pokok dan sebagai. Siapa-siapa hendak ketawakan cara Mak Long berkebun nih ketawakanlah! Selepas itu batu-batu itu diatur bahagian bawa sekali dan seterusnya letakkan tanah dan akhirnya sekali campurkan tanah hitam yang bercampur baja dibeli di Lowes juga. Kemudian baharulah Mak Long tanam lengkuas besar dan serai. Kedua-dua pasu ini Mak Long letakkan di hadapan pintu garage supaya bila cuaca buruk dan bersalji nanti senang hendak disorong masukkan ke dalam garage.
Selain dari itu Mak Long tanam semula sayur horse radish yang diberi percuma semasa Mak Long menghadiri ucapan cara-cara dan jenis menaman sayur di musim luruh dan musim sejuk. Pokok jeremin pula sudah merebak dan ini pun ditanam semula.
Wah! Banyak yang dapat dibuat hari ini..... seronok berkebun. Esok kalau tidak ada angin kuat Mak Long cadang hendak potong rumput pula..

Hasil tanaman cili Mak Long

Pokok serai
Pokok lengkuas besar
Selain dari itu Mak Long tanam semula sayur horse radish yang diberi percuma semasa Mak Long menghadiri ucapan cara-cara dan jenis menaman sayur di musim luruh dan musim sejuk. Pokok jeremin pula sudah merebak dan ini pun ditanam semula.
Wah! Banyak yang dapat dibuat hari ini..... seronok berkebun. Esok kalau tidak ada angin kuat Mak Long cadang hendak potong rumput pula..
No comments:
Post a Comment