Kali ini Mak Long hendak bercerita tentang rombongan orang kampung Jorak ke Johor Bahru. Penganjur rombongan tidak lain dan tidak bukan lagi atok saudara Mak Long Atok Cik Asim. Pada 8hb May 1959, melalui siaran radio rakyat Negeri Johor telah dikejutkan dengan berita sedih atas kemangkatan Sulatan Ibrahim Al Masyhur ibni Sultan Abu Bakar mangkat di Britain. Baginda adalah sultan Negeri Johore (1873 - 1959) sultan yang paling lama memerintah Negeri Johor. Sultan Ibrahim semasa hayat dan pemerintahannya mempunyai ramai isteri dan hanya empat orang isteri sebagai isteri yang sah. Isteri sah baginda yang pertama ialah Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid. Dari perkahwinan ini mereka dikurniakan putera lelaki bernama Sultan Ismail (1894 - 1981) yang menaiki tahta selepas mangkanya ayahndanya. Baginda pernah beristerikan seorang wanita bangsa Inggeris yang kemudiannya becerai. Isteri ke empat dan yang terakhir juga berbangsa Inggeris bernama Lady Marcella. Sultana Ibrahim juga dikenali sebagai salah seorang dari yang terkaya di dunia ketika hayatnya. Dari perkahwinan ini mereka dikurniakan seorang puteri bernama Tungku Mariam. Sultan Ibrahim mengemari kehidupan adat resam Inggeris di Britain dan lebih suka tinggal di Eropa terutama di Britain. Baginda semakin tidak disukai rakyat amnya seluruh rakyat Malaya ketika itu apabila baginda tidak mahu menyokong kemerdekaan Malaya dari kerajaan Inggeris. Selepas Malaya merdeka pada 31hb Ogos 1958, baginda sultan lebih banyak menghabiskan hidupnya di Britain bersama-sama isterinya Lady Marcella.
Rakyat diumumkan iaitu jenazah baginda akan dibawa balik dari Britain ke Johor Bahru dengan kapal laut. Pelayaran mengambil masa satu bulan baharulah sampai di Johor pada bulan June. Sesampai di Johore Bahru jenazah baginda dibawa ke istana di mana selama lebih kurang tiga hari rakyat negeri Johor dibenarkan melawat sebelum dikebumikan.
Dalam masa sebulan pelayaran jenazah itu ke Johor Bahru itu memberi peluang baik pada Atok Cik Asim untuk merancang membuat rombongan ke Johor Bahru melawat jenazah sultan. Ramai juga yang menyahut rancangannya termasuklah Wak dan Emak. Hanya orang dewasa sahaja yang pergi, anak-anak tidak dibenarkan ikut rombongan itu. Emak telah berurus untuk menumpangkan Mak Ngah di rumah saudara (tidak ingat siapa) semasa memergiannya ke Johor. Mak Long dikehendaki tinggal di rumah Atok Cik Asim bersama dua orang anak mereka Kak Melah dan Mat Takong menemani Tok Sitam (emak kepada Atol Cik Asim). Sedih juga tak dapat ikut! Dalam hati berkata cepat ler beso boleh aku pergi rombongan!
Pada 6 haribulan June, 1959 maka tibalah hari rombongan bertolak ke Johore Bahru. Penumpang semua sudah berkumpul di satu tempat. Ketika itu Mak Long, Kak Melah dan Mat Takong sedang berlongok hendak sarapan. Mandi pun belum lagi cuma salin baju biasa sahaja. Tiba-tiba kami dengar bising-bising di luar panggil nama kaki. Emak dan Tok Cik Asim rupanya. Tok Cik kata "Cepat! mari ko orang boleh ikut" Owhaa sukanya hati kami rasa nak rabak senyum lebar sampai ke telinga! Kak Melah dan Mat Takong. dia orang nasib baik boleh capai jer pakaian yang ada dan bersih....Mak Long?! Tak bawak baju pun selain dari yang sedang dipakai. Emak kata tidak sempat hendak balik kerumah ambil baju Mak Long dan rumah pula sudah dikunci sedangkan bas sudah hendak bertolak. Pakai sahajalah yang sudah di badan! Adoi! Kesihannya Mak Long, kasut pun tidak ada selain dari selipar jepun buruk.... Heh heh tidak mengapalah asal dapat ikut rombongan!! Maka Mak Long pun dapat ikut..seronok habis...
Sampai di Johor Bahru beratus bas rombongan sudah berdirit sampai. Ramai sungguh rakyat Negneri Johor datang memberi penghormatan terakhir kepada Sultan Ibrahim. Rakyat jelata dikehendaki berkabong selema beberapa bulan tidak ingat Mak Long berapa bulan sebenarnya. Orang lelaki Islam dimestikan memakai songkong hitam dililit dengan kain putih kelilingnya dan wanita memakai baju putih. Mak Long tidak berkabong! Kami berjalan kaki jauh menuju ke istana besar..Mak Long dengan selipar buruknya..kecepek! kecepek! bunyi selipar! Sampai di pintu besar istana kami berbaris masuk ke ruang dalam istana di mana keranda dan jenazah diletakkan. Cantik dalam istana, semua dihiasi dengan warna kuning, warna diraja. Pengawal berdiri setiap pintu dan pengawal khas berdiri di empat penjuru pentas petarakna di mana jenazah diletakan. Permaidani indah di seluruh lantai istana. Mak Long belum pernah tengok permaidani apatah lagi menjejakkan kaki di atasnya. Hari itu Mak Long dapat mencecahkan kaki di permaidani, Lembut dan tengelam rasa kaki (Mak Long buka selipar ler!) di atas permaidani. Nyamannya udara dingin dalam istana tidak panas macam di luar sana. Hati Mak Long juga berkata-kata ...."alangkan bagusnya jadi raja.....dan kaya pulak tu". Kami tidak dibenarkan lama-lama di situ dan diarahkan keluar segera memberi peluang kepada pelawat-pelawat yang lain.
Selepas selesai lawatan itu kami beredar dan pergi ke tepi pantai untuk menekmati bekalan yang masing-masing bawa.

No comments:
Post a Comment