Panas hari ini hampir mencecah 99 degrees F. Berpinar-pinar rasa mata Mak Long tidak tahan dengan cahaya matahari. Duduk di luar belakang rumah pasang kipas angin laju pun tidak terasa anginnya. Masuk dalam rumah sejuk pulak dengan hawa dingin. Semua suhu tidak secucuk pada Mak Long hari ini! Sebab sudah tua ke apa semua tidak kena? Baring-baring terlena pulak......
Hampir satu jam Mak Long terlena... di luar sudah tidak berapa panas lagi. Angin petang pun sudah ada sepui-sepui. Baru selesa dan dapat melayari internet. Pak Long datang ajak kalau Mak Long hendak ikut jalan-jalan dengan motosikal barunya. Mak Long suka memboncing di belakang, seronok rasa perasan macam orang muda hehehehe.. Bukan orang muda sahaja hendak rasa seronok. Di Texas ini penunggang dan pemboncing motosikal dibenarkan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Tetapi Mak Long tetap pakai topi keledar untuk keselamatan ...mana tahu malang tidak berbau!
Brooooomm.... Pak Long tekan minyak...kuat bunyi broooooom dan lajulah motosikal nih sedikit put tidak gegar duduk di belakang memboncing. Setelah lama di jalan kami singgah di Sonic restauran (fast food restaurant) ... tekak kami rasa haus. Sonic restauran sangat popular di Texas dengan jualan berbagai makanan dari burger hingga ke minuman. Sonic tidak menyediakan kerusi meja tempat makan di dalam restauran seperti retauran biasa. Tetapi ada juga bebebrapa kerusi meja besi di luar bangunan disediakan kalau pelanggan suka duduk dan makan di situ. Di luar sekeliling bangunan restauran disediakan beberapa tiang lengkap dengan menu dan butang pesanan di papan tanda pada tiang-tiang. Kalau hendak bayar dengan kad kredit pun boleh ada disediakan khas di papan yang sama. Pesan sahaja apa hendak dari dalam kenderaan. Pak Long tekan butang untuk membuat pesanan. Suara seorang lelaki menjawab dari corong membesar suara.
Suara: Yes...may I help you?
Suara: Yes sir, vanilla diet coke easy ice and strawberry ice tea no sugar. anything else sir?
Pak Long: That's all..
Suara: That will be $3.55 sir... will be right there..
Sebentar kemudian pesanan kami sampai. Teh perisa strawberry Mak Long ok sahaja. Pak Long punya coke ... aisayman... icenya padat hingga ke tutup cawan plastik itu. Hendak cucuk straw pun tidak boleh masuk.. Tadi pesan "easy ice".. Pak Long minum jugalah dua tiga tegok coke sudah kering tinggal ice sahaja. Tiba-tiba Pak Long bangun dengan cawannya menuju ke bahagian pembekal restauran. Dia tunjuk cawan pada pekeja..
Pak Long: Is this easy ice?
Pekerja : Oh! my worker must have heard for extra ice!
Pak Long : No! you repeated my order! (Mesti orang itu sudah ketengee)
Pak Long balik semula di kerusi. Sebentar datang pelayan bawa minuman Pak Long semula. Hai! lain macam sahaja orang tua nih. Kedua-dua siku bertongkat di atas meja sambil kedua belah tangan pegang kepala sambil tunduk. Selalu kalau Pak Long buat perangai macam itu adalah yang tidak kena. Hmmm...
Mak Long: Kenapa...
Pak Long : Lain macam rasa...
Mak LongL Dia orang bagi Dr Pepper ke?
Pak Long : Rasa nih...
Laaa dia orang bagi Pak Long Dr Pepper...... Pak Long marah tetapi tidak berkata apa-apa cuma bangun sambil mencampakkan minuman itu ke tong sampah dengan perasaan hambar....
Harley Davison: Softtail convertible 2012
No comments:
Post a Comment