Mak Long seronok menjadi cucu perempuan pertama dalam keluarga kami. Apa-apa semua dapat lebih dari yang lain. Atok Salleh dan Tok Keti adalah datok sebelah Wak. Atok Salleh menoreh getah sebelah pagi dan sebelah petang pula beliau suka pergi ke sungai pasang lukah tangkap udang galah dan ikan. Kadang-kadang duduk di rumah memotong dan meraut buluh dan rotan untuk membuat jerat, lukah dan bobo udang galah dan ikan. Bila jerat dan lukah mengena tidak perlulah Atok pergi ke pekan Jorak membeli ikan atau lauk lain. Kekadang Atok senang duduk berborak-borak dengan orang-orang kampung sambil minum kopi di kedai kopi di pekan Jorak. Bila musim durian dan duku Atok Salleh sibuk menjaga tupai dan keluang di kedua-dua dusunnya. Kalau tidak ke mana-mana atau tidak membuat kerja lain Atok suka duduk di rumah sahaja bersama-sama Tok Keti. Kalau sudah mula berborak, mereka berdua ini rioh rendah bunyinya macam ada ramai orang di situ. Atok Sitam emak tiri kepada Tok Keti sering bertandang tidur di rumah Atok, lagilah porak bunyinya mereka bersembang, sungguh mesera perhubungan mereka.
Atok Salleh murah rezekinya. Selalu juga beliau berjalan makan-makan angin membawa keluarga pergi ke beberapa tempat. Satu daripadanya ialah pergi ke Singapura. Singapura adalaha nama lama sebelum ditukar kepada Singapore. Setiap kali bila hendak pergi ke mana-mana Atok menggunakan khidmat Uda Man iaitu anak saudaranya yang menjadi pemandu teksi. Atok selalu membawa Mak Long kalau pergi makan angin. Sukalah Mak Long dapat ikut berjalan. Penuh juga kereta Uda Man perjalanan kali ini...enam orang Atok Salleh, Atok Keti, Busu Peaah, Pak Cik Rahim, Mak Long dan termasuk Uda Man. Sarat penuh kereta! Sampai di Johor Bahru kami singgah di rumah adik ipar Uda Man. Mak Long tidak ingat sangat di mana di Johor ni. Mak Long ingat Busu Peaah menangis sebab tidak dapat beli gula-gula yang dia hendak. Masam muka dan muncung mulut merajuk. Di Singapura kami tinggal di sebuah hotel sewa satu bilik. Uda Man balik ke Johor Bahru tidur di rumah iparnya. Keadaan hotel di zaman itu jauh bezanya dari hotel-hotel zaman sekarang. Kunci pintu guna kunci asli tidak ada kunci plastik digital. Bilik air berasingan dan dikungsi dengan penyewa-penyewa bilik hotel lain. Tidak ada air panas untuk mandi pagi-pagi. Kalau hendak melepas pun kenalah turun hotel di bawah nun..... Hawa dingin tiada juga hanya guna kipas angin. Susah hendak dibandingkan dengan kemewahan hotel-hotel sekarang. Tetapi walau apa pun Mak Long tetap seronok!
Esoknya Uda Man datang ambil kami berjalan-jalan keliling kota Singapura. Amboiii besar dan cantik bandar Singapura (ini kenangan dalam ingatan Mak Long ketika di umur semuda itu).. ada beca, bas, kereta ... Salah satu tempat yang betul-betul Mak Long ingat kami singgah adalah Taman Haw Par Villa. Taman ini juga di panggil The Tiger Balm Garden, masih ujud hingga sekarang mungkin sudah banyak kali diperbaiki untuk mengekalkan keasliannya. Di taman ini mengandungi lebih dari seribu patong-patong berukiran menjunjukkan ajaran-ajaran Kongfusi. Di situ juga ada sebuah tempat khas ditunjukan yang dipanggil "Ten Courts of Hell". Di sini patong-patong menunjukkan ..kalau hidup berbuat baik dibalas baik dan kalau hidup berhati dengki dan jahat dibalas dengan hidup neraka yang buruk. Bila balik dari tengok semua patong-patong ngeri itu Mak Long rasa takut pula dan berazam hendak jadi manusia yang baik den bagus berbudi pekerti.

Gambar Anjang Hassan dan Busu Peaah
No comments:
Post a Comment