Dua hari lepas puteri Mak Long talipon, katanya dia hendak balik beraya pada hari Khamis ini. Hati Mak Long bukan main gembira menerima berita baik ini. Tidak sedah air mata meleleh di pipi yang muda berkerepot pun. Mak Long sentiasa merindui puteri buah hati kesayangan. Anak bungsu, manja dan menambat hati yang sepi. Mak Long juga sentiasa rindu dan terkenang kepada anak-anak yang jauh beribu batu....sihat ke, makan ke, ada duit belanja ke .... ah macam-macam bermain di kepala ini.
Semalam ialah hari Khamis. Puteri talipon lagi dia akan sampai lambat sedikit kerana ada hal sedikit hendak menolong kawan katanya. Tidak mengapalah asal puteri Mak Long pulang. Setiap lepas solat Mak Long berdoa supaya Allah selamatkan perjalanan puteri sampai ke rumah. Sebaiknya selepas Mak Long Solat Asar puteri pun sampai. Alhamdulillah..Mak Long ucapkan kesyukuran. Puteri Mak Long sudah sampai!!
Kami berbuka kuetiaw goreng makan dengan sambal kacang Mak Long masak seperiok. Rendam air selasih baru ingat ada tersimpan di rak simpan bahan makanan kering. Ada buah kesukaan tembikai lagi yang dibeli ketika Mak Long bertandang di Alvin berjumpa doktor pakar jantung Dr Salim Dabaghi. Sedap dan berselera sungguh Mak Long makan dengan puteri. Oh ye Mak Long jumpa doktor untuk pemeriksaan tahunan dan menyambung prescription ubat kolestrol. Alhamdulillah cecair yang membaluti jantung sudah tiada lagi. Mak Long hanya perlu jaga permakanan yang sihat dan bersenam. Tidak ada masaalah kerana Mak Long pun memang jaga permakanan dan rajin bersenam, kayuh basikal dan berjalan setempat di atas Noditrac. Mak Long hendak jaga kesihatan. Mintal sentiasa sihat hingga ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment