Di samping menjalani ibadah berpuasa bulan Ramadhan bersamaan bulan Ogos 2012 tahun ini adalah bulan yang sibuk bagi kami. Beberapa aktiviti dan temujanji dengan doktor sebagainya memenuhi jadual harian kami.
Pertama sekali suami Mak Long menerima tawaran untuk suatu tugas di Negara Saudi Arabia dalam perindusterian carigali minyak dan gas. Dalam hati Mak Long rasa gusar juga ...eh bukankah kita sudah berbincang dahulu dia akan bersara? Mak Long khuatir umurnya sudah lebih enam puluh empat tahun, memang sudah patut bersara pun. Tetapi pujuknya pada Mak Long .."Maybe it is a good idea I accept this job... besides helping our friend in need of cash, we will have a comfortable cursion for our financial side......." Hmmm betul juga, rezeki Allah beri. Kita mesti terima dengan kesyukuran.
Setelah sepakat bersetuju suami menerima tawaran tugas itu kami mula membuat persedian. Suami perlukan beberapa perkara sebelum bertolak ke Saudi Arabia. Pertama sekali membuat temujanji dengan doktor kami di Angleton untuk membakar beberapa tanda merah dan tahu lalat di muka dan di ulu lengannya dikhuatiri tanda barah kulit. Kebetulan Mak Long pun ada temujanji dengan doktor pakar jantung di Angleton juga pada hari yang sama. Langkah baik sekali. Pada tiga belas haribulan Ogos kami ke Bandar Alvin sehari lebih awal kerana perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang empat jam lebih. Kami bermalam di rumah sahabat baik Mike dan Elaine Raymer. Sebenarnya malas Mak Long hendak bermalam di rumah mereka. Bukan Mak Long sombong atau memilih kerana rumah mereka rumah "trailer" sahaja. Tetapi bermasaalah untuk Mak Long hendak menunaikan solat dan sebagainya. Mereka bela anjing dalam rumah, Mak Long tidak selesa tambahan di bulan puasa ini ....
Rawatan kami berjalan dengan baik. Suami menerima bakaran hydrogen enam tempat...empat di muka dan dua di ulu tangannya. Dari keputusan rawatan EKG dan ultra sound Dr Salim Dabaghi yang merawat Mak Long memberitahu air/lendir yang membaluti jantung sudah pun kering dan pulih kembali. Alhamdulillah lega hati! Nasihatnya agar Mak Long teruskan memakan makanan sihat dan senaman. Satu lagi ia mahukan Mak Long menjalani ujian darah supaya boleh ditentukan dos perubatan kolestrol.

Mak Long memikirkan rawatan mata masih belum lagi selesai. Buat masa terdekat ini masih lagi berulang alik ke kelinik rawatan mata untuk rawatan seterusnya. Kalau dia sudah jauh di negara asing masaalah juga bagi Mak Long hendak berulang alik memandu kereta. Buat ketika ini kedua-dua belah mata walau pun berupaya melihat tetapi masih tidak jelas dan Mak Long bermasaalah untuk membaca jauh dan dekat. Dia minta bantuan dari sahabat rapat kami agar datang membantu Mak Long apabila perlukan pergi ke kelinik. Elaine bersetuju. Tetapi masaalahnya dia ini mahu ambil kesempatan pula. Apabila kami bertemu, dia berkata.."sebelum rawatan lasik awak..kita boleh sewa bilik hotel di River Walk dan enjoy..lepas itu saya hantar awak ke kelinik dan bila beres kita boleh enjoy lagi di tempat lain.." Tentu sahaja dimaksudkan saya menanggung perbelanjaan. Hey mangkok ini cantik muka!! Tidak sedar diri betul! Tidak ingatkah dia bahawa kami berdua sentiasa membantunya sekeluarga tidak pernah mengira waktu dan tidak meminta balasan sedikit pun. Kami bantu dengan keikhlasan baik dari segi tenaga mahu pun kewangan. Sedih rasa hati Mak Long..... Hari ini Mak Long perlu bantuan kerana kesihatan diri tetapi orang lain mahu ambil kesempatan untuk kesenagan sendiri. Entahlah macam-macam manusia ni ye....
Sebaliknya dari Alvin, esoknya pula Mak Long ada temujanji dengan pakar doktor mata Dr Burn. Rawatan ini untuk menguji tahap pengelihatan mata bagi persedian rawatan lasik yang akan ditetapkan tarikh dan masanya nanti.
Suami pula membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kaca mata keselamatan bila bertugas nanti. Kemudian ke kelinik gigi yang berhampiran dengan rumah kami. Hee hehehe service gigi ddaaa..
Hari ini pula adalah hari terakhir mengerjakan ibadah berpuasa. Esok menyambut Syawal pertama..Eid Mubarak!!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRY!!!!!

No comments:
Post a Comment