Malam semalam sambil duduk makan berbuka puasa Mak Long teringatkan zaman kanak-kanan waktu musim bulan puasa dahulu di kampung belum ada kemudahan tenaga leterik. Kami guna pelita atau lampu pam guna minyak tanah untuk mendapatkan cahaya waktu malam. Bila tenaga letrik sudah ada pun tidak ada orang kampung yang mampu untuk membeli "ice box" (peti sejuk). Kalau ada pun satu, dua keluarga sahaja yang mampu. Keluarga Mak Long tidak mampu mempunyai ice box. Bahan daging, ikan basah semua dibeli tiap-tiap hari dari kedai orang China atau dari apek jual ikan dengan berkayuh basikal sahaja. Motorsikal orang kampung belum ramai yang memiliknya. Semua main kayuh basikal. Waktu petang apabila hampir beberapa jam sebelum berbuka adalah dua tiga budak-budak muda berkayuh basikal menjual air batu ketul yang berbalutkan habuk papan. Air batu itu dipotong besar kira-kira dua belas inci persegi lebihkurang saisnya. Kemudian dibalut dengan habuk halus papan supaya tahan lama dari menjadi cair. Bertong-tong ketul air batu mereka bawak. Kasihan juga tengok mereka tolak basikal sarat dengan air batu. Mencari rezeki yang halal kan.....
Kling! Kling! Kling! locing basikal mereka...".air batu, air batu, air batu"...Mak Long akan kelang kabut belari merengik minta duit dengan Emak. Kadang-kadang kalau Emak ada duit lebih dapatlah Mak Long beli air batu ketul itu. Kadang-kadang selalunya hampa sahaja. Emak kata "cukup-cuckuplah tu..tak baik minum air batu selalu... dapat batok nanti!!." Kita budak-budak manalah reti dan faham..tahu ada aje. Bila dapat beli air batu itu sungguh gembira sibuklah merendam biji selasih kegemaran kami sekeluarga kemudian campurkan air berperisa oren dan air batu dalam besen besar. Air batu itu sebelum digunakan mesti dicuci dengan air bersih dahulu baru boleh diminum. Air itulah yang mula-mula Mak Long terkam walaupun Emak kata jangan minum banyak-banyak nanti badan akan rasa letih dan perut kembong. Mak Long masa kecil-kecil puasa tau. Bukan puasa "yang-yok" Mula-mula belajar puasa setengah hari sahaja. Aduuuh hendak sampaikan waktu berbuka punyalah seksa, baring salah, duduk pun salah....adui kelaparan macam sudah hendak separuh mati rasanya.... Kempis habis perut Mak Long, bibir pun pucat lesi, hendak angkat tangan pun sudah tidak larat. Teruk Mak Long ni kan!!
Kanak-kanaklah yang paling gembira dalam bulan Ramadhan. Tiap-tiap malam bila kaum bapa pergi ke masjid mengerjakan solat sunat Terawih ramailah budak-budak kampung ikut sama ke masjid. Bukannya ikut bersolat tetapi bersuka-suka "main galah" dan "kok-nai" sukan traditional lama. Rioh rendah hingga kena tegur kerana menganggu orang bersolat. Selepas habis solat Terawih biasanya adalah jamuan juadah yang disediakan. Lazimnya juadah ini berupa bubur kacang hijau, bubur lambuk, dan lain-lain lagi. Penduduk kampung bergilir-gilir dan berkongsi dua atau tiga orang menyediakan juadah mengikut pilihan sendiri. Satu masa Wak pernah berkongsi dengan Pak Ngah Usop masak bubur kacang hijau campur pisang dan bijiran sagu liap. Kerja memasak dilakukan di rumah Pak Ngah kerana berdekatan dengan Masjid. Ketika itu rumah lama Pak Ngah Usop di sebelah rumah Atok Cik Asim di Sungai Budu. Lampu-lampu kecil mula dipasang di tepi jalan masuk ke rumah masing-masing. Terang benderang keliling kampung dan budak-budak lelaki pula mula bermain meriam buluh. Seronok dan meriah tau. Emak-emak pula semua sibuk membuat kuih raya...bahulu cermai, kuih bangkit, wajik dan lain-lain jenis kuih lama terutama dodol mesti ada. Emak biasanya buat ala kadar sahaja. Tetapi ketupat mesti ada. Wak dan Emak akan sibuk kejar ayam untuk disembelih hendak masak kari. Emak pandai anyam berbagai jenis ketupat daun kelapa muda. Mak Long ambil peluang belajar anyam ketupat... ketupat satey, ketupat bawang, ketupat sara dan ketupat ayam jantan semua Mak Long boleh anyam dan tidak pernah lupa hingga ke hari ini. Apek Bak Hor (tokey kedai roncit di kampung) selalu bagi tiga, empat tong air lemoned (air bergas) berbagai perisa. Paling Mak Long suka ialah air jenjal skerim soda (air bergas perisa ice cream soda). He he he nama pelik-pelik kan...orang kampung ler..... Orang Muar, bahasa percakapan lain sikit!
Bila hari raya sudah hampir, ramai ibu bapa sibuk membeli belah untuk baru raya. Emak dan Wak jarang beli baju raya untuk kami sekeluarga. Pakai mana yang masih ada asalkan tidak koyak. Mak Long tidak kesah ada baju baru ke atau tidak raya tetap raya. Makan sepanjang hari sampai bentak! Pergi setiap rumah saudara mara mesti makan punya tidak pernah tolak! Bila malam terbongkah kekenyangan. Memang tidak senonoh punya peranai.....

Gambar hiasan di kampung suatu hari raya
No comments:
Post a Comment