Mak Long sangat suka internet hubungan alam maya. Banyak faedah dan kebaikan maklumat yang boleh diperolehi dari internet, semua ada..baik atau tidak baik. Kalau ingin mengetahui sesuatu keterangan lebih lanjut buka sahaja internet dan layari sepuasnya hingga semua pengetahuan diperolihi. Internet juga berupaya merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara insan-insan yang berjauhan di antara satu dengan lain. Tetapi ada banyak juga keburukan dan bahaya berinternet. Pendek kata semua ini adalah teknologi moden yang paling canggih dapat dicipta oleh manusia masakini... Tentunya dengan izin dari yang Maha Esa.....
Hari ini di suatu halaman yang kerap Mak Long jengok yang memaparkan satu kumpulan menarik mengenai perkhawinan campur dari rakyat tanah air Malaysia dengan bangsa-bangsa asing di seluruh dunia. Sungguh ramai rakyat Malaysia..Melayu, Cina dan India mendapat pasangan dari negara asing. Salah satu dari tujuan kumpulan ini ditubuhkan ialah untuk kenal suai antara satu dengan lain yang semuanya mempunyai latar belakang hidup adat resam yang berlainan. Sudah pasti pasangan-pasangan ini akan mengalami beberapa masaalah serta cabaran yang dihadapi ketika saat-saat "transition period" mengubah suai keadaan hidup, cuaca, makanan, ugama dan masyarakat yang berlainan. Tidak ketinggalan Mak Long sendiri punya banyak penggelaman pahit maung tinggal di negeri orang yang rakyatnya rata-rata berbagai bangsa, ugama dan adat resam. Kami berpeluang berbincang bersama apabila seseorang dari kumpulan ini menghadapi masaalah dan membantu di mana yang boleh dari segi memberi sokongan, nasihat dan apa-apa lagilah. Tentu sekali kumpulan ini mampu memberikan menafaat yang baik.
Tetapi itulah kita hanya sebagai manusia biasa tidak lepas dari kehilapan. Alangkan lidah lagi tergigit ini kan pun hubungan sesama insan. Seorang dari kumpulan dipercayai menerima cemuhan yang melukai hati dan perasaan dari pihak kumpulan yang sama juga membawa berita angin dan bermuka-muka. Mulanya hanyalah berupa perkara kacil. Tetapi oleh sebab segala pertuturan dilisankan di internet secara publik membolehkan ramai yang dapat membaca dan memberi komen-komen setengahnya mengalakan lagi api yang sedang membakar. Orang-orang seperti ini nyata tidak selidik terlebih dahulu dan tidak membaca ke semua tulisan asal dan komen-komen terdahulu. Akhirnya kedua insan yang berselisih faham bertambah tertekan. Itulah kalau tidak tahu menahu sebab-sebab sesuatu usahlah menjadi batu ronson yang sangat merugikan kita.
Hendaklah kita selalu beranggapan baik sesama insan.
Hendaklah berlaku sopan dan hormat di antara satu sama lain.
Hendaklah menghormati fikiran dan keputusan seseorang
Hendaklah kurang berkata-kata daripada banyak cakap.
Hendaklah meneliti semua yang hendak ditulis dan dikatakan (jaga mulut)
Hendaklah fahami segala yang didengar dan dibaca sebelum memberi komen.
Hendaklah tidak menokok tambah pada perkara yang asal
Hendaklah jaga perasaan sendiri supaya tidak cepat melatah
Jangan sekali-kali membuat fitnah
Jangan sekali-kali memburukkan seseorang
Kalau kita jaga dengan baik akan kesederhanaan penampilan diri insyaAllah di mana dan kemana juga kita berada Allah akan lindungi dan selamat.

No comments:
Post a Comment