Assalamualaikum,
Baru perasan hari ini sudah 31hb Januari, 2013. Wahai, cepatnya masa berlalu tanpa disedari. Pak Long sudah mengira hari kepulangannya. Baguslah begitu. Memang pun janjinya dahulu mahu pencen terusan.
Sebentar tadi, Mak Long dikejutkan dengan satu bunyian di dapur. Tidak dapat dipastikan apakah bunyi itu. Berasa curiga juga, maklum tinggal seorang di rumah. Mak Long jalan terjengkit-jengkit intai apatah bendanya. Tidak ada apa pun! Heyy ...Berbunyi lagi! Laaa peti sejuk rupanya sedang keluarkan air batu kedalam bekasnya.
Sudah seminggu lebih keadaan sungguh berangin menambahkan lagi kesejukan yang sedia terasa. Angin yang bertiup laju meninggalkan bunyi yang menakutkan membuat Mak Long selalu terjaga waktu malam. Mak Long tidak sabar menunggu musim bunga yang akan datang tidak berapa lama lagi...Insha Allah..
Hari ini Mak Long bersihkan tabong dan penuhkan makanan burung dan tupai dengan bijian dan jagong. Rusa pula sudah beberapa hari tidak kelihatan. Seronok dan terhibur melihat tupai dan ungas datang makan rezeki yang disediakan untuk mereka. Terutama waktu pagi-pagi berbagai jenis burung datang makan dan menyanyi kegembiraan. Indahnya ciptaan Illahi.......
Mr Holis sorok jagong bawah pokok rosemary |
Mr Holis |
No comments:
Post a Comment