Assalamualaikum,
Beef stew dalam bahasa Melayu ialah sop daging lembu. Terdapat sedikit perbezaan cara memasak antara sop orang Melayu dan sop orang Amerika. Walaupun berlainan cara, rasa semua jenis sop sedap dimakan. Sop orang Melayu, lazimnya menggunakan bahan rempah ratus yang dibungkus bonjot direbus sekali dalam daging atau tulang dengan air biasa atau air kosong sehingga daging lembut. Kemudian dicampurkan atau ditumis dengan bahan-bahan tumbuk temasuk bawang, bawang putih, halia atau guna rempah penumis mengikut selera pemasak.
Orang Amerika pula kelainannya, mereka lebih mengemari menggunakan daging pejal tanpa lemak untuk buat sop. Mereka gemar menggunakaan "stock" atau "broth" iaitu air rebusan dari tulang, makanan laut atau sayuran sebagai kuah dalam sop. Air rebusan ini banyak dijual di mana-mana pasaraya di sini. Mak Long buat air rebusan sendiri menggunakan sayuran atau tulang kaki ayam sahaja. Kadang-kadang kalau malas, Mak Long guna air paip sahaja, lebih cepat dan mudah. Sop mereka pekat dengan campuran sedikit tepung gandum. Kalau sop sayur biasanya diblend hancur seperti makanan bayi pun ada. "Beef stew" lebih sedap dimakan sehari selepas dimasak kerana semua bahan sudah mesera dalam periok. Oh ya, Mak Long tambah sedikit halia lagi sedap rasanya. Kalau tidak ada sos Worcesteshire, Mak Long gantikan dengan sedikit air asam jawa. Makannya pula bersama roti bakar atau "corn bread" (roti dibuat dari tepung jagong kasar). Mak Long suka makan panas-panas begitu sahaja.

Ini resepi "beef stew":
Bahan:
2 1/2 lb daging lembu tanpa lemak dipotong dadu kira-kira 1 1/2"x1 1/2". Basuh dan toskan
1/3 cawan tepung gandum
3-4 cawan air rebusan atau air paip
1/2 cawan minyak masak
1 bawang besar dipotong kecil
2 bawang putih diketuk sahaja
3 ketul kiub pati lembu
1 camca teh sos Worcestershire
1 camca teh serbuk lada hitam (black pepper)
5 ubi kentang dipotong serdahana besar
5 batang carrot dipotong besar kira-kira 1-1 1/2"
1 cawan kacang pea (kalau suka)
1 cawan kacang pea (kalau suka)
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan daging dengan tepung gandung. Jangan habiskan tepung itu, tinggalkan sedikit dan letak tepi.
2. Panaskan periok besar dan masukkan minyak. Kemudian masukkan daging sedikit-sedikit dan golek-golekkan hingga kekuningan, keluarkan dari periok dan ulang buat seperti itu pada daging selebihnya hingga habis semua.
3. Dalam periok yang sama, masukkan bawang, bawang putih dan goring seketika hingga bawang lembut. Kemudian masukkan tepung gandung lebih tadi dan kacau. Kecilkan api supaya tepung tidak hangus.
4. Pelahan-lahan masukkan air, lada hitam, sos Worcestershire, pati lembu dan garam. Kacau pelahan-lahan hingga kuah itu nampak pekat sedikit.
5. Masukkan daging dan masak hingga mendidih dan kacau selalu supaya tidak berkerak di bontot periok. Kecilkan api, tutup periok dan renih selama 2 jam.
6. Masukkan kentang dan carrot serta besarkan api sedikit. Masak hingga mendidih semula hingga daging, kentang dan carrot lembut.
Selamat mencupa kepada yang berminat buat dan makan sop daging lembu...."beef stew".
NOTA:
Selamat mencupa kepada yang berminat buat dan makan sop daging lembu...."beef stew".
Beef Stew |
NOTA:
Makan kerana hendak hidup.... atau
Hidup kerana hendak makan...
Terima kasih k.misah. Wana sekarang ni masak kat rumah though hubby kata tak payah. Anak no. 2 tu kuat makan, yg lain semua kurang. Husband wana sekarang takes oat pagi dan malam. Nanti wana updatekan gambar bila dah masak nanti. Thanks again!
ReplyDeleteSama-sama kasih Wana. Suami Wana mengamalkan "Healthy living". Sangat baik diamalkan dan menjimatkan.
DeleteSALAM MAK LONG,NAMPAK MACAM SEDAP RESEPI TU ,SAYA AKAN CUBA NANTI.SELALUNYA SAYA MAKAN SOP KAMBING DAN URAT DI KEDAI MAMAK SAMBIL LEPAK DENGAN FAMILI TENGOK BOLA.JIKA MAK LONG BALIK KE M SIA,SINGGAH DI BANDAR MUAR SARAPAN PAGI DENGAN SATE BABAT DEPAN BUS STAND PAGOH,KALAU MAK LONG ADA MASA SAYA NAK MINTA RESEPI STEAK DAGING ALA USA DARI MAK LONG
ReplyDeleteTHANKS -SHAROL JB
Waalaikumsalam,
DeleteMak Long pun suka makan sop. Tetapi sejak sudah berumur dan untuk menjaga kesihatan, Mak Long jarang makan sop yang berminyak atau berlemak banyak. Sop sayuran masakan cara Melayu atau Thai jadi pilihan. In shaa Allah tidak ada masaalah menurunkan resepi steak dalam masa terdekat nanti.