Pages

Saturday, January 19, 2013

Nota Menunggu Puteri

Assalamualaikum,

Dua hari lepas, puteri talipon.  Katanya dia dan kawannya ada kerja bersabit dengan kerja sekolah di bandar Austin pada hari Sabtu, iaitu hari inilah.  Bandar Austin tidaklah begitu jauh sangat dari rumah kami di Canyon Lake kira-kira satu jam perjalanan dengan kereta. Katanya lagi mereka akan balik menjengok Mak Long selepas kerja mereka selesai.  Hati Mak Long tentulah gembira menerima berita ini.  Alahai.... hati ibu mana yang tidak seronok bila dapat berita anaknya hendak balik ke rumah menjengok orang tua.

Pagi semalam, Mak Long pergi ke pejabat "Texas Department of Motor Vehicles" untuk memperbaharui lesen kereta puteri yang tamat hujung bulan Februari ini.  Nanti bila dia balik bolehlah Mak Long serahkan kepadanya.  Senang puteri nanti tidak perlu berulang alik untuk kerja yang sama.  Bukan dekat perjalanan dari tempat tinggalnya dengan rumah kami ini.  

Petang semalam Mak Long masak "beef stew" atau sop daging lembu.  Puteri suka makan "beef stew".  Masak sehari lebih awal sedap dimakan hari ini kerana sudah mesera masakan itu di dalam periok.  Mak Long juga tidak lupa membuat sebuku kek kesukaannya juga...."Vanilla Cake with Walnut"......Kek vanilla dengan kacang walnut.  Kek ini, orang lain janganlah harap dapat tumpang makan.  

Mak Long tidak sabar menunggu puteri pulang.  Mak Long duduk menghadap tingkap supaya nampak kereta puteri sampai nanti.

"Ya Allah lindungi dan selamatkan perjalanan anakku balik dan sampai ke pangkuanku..
 Ya Allah Ya Rabbi permudahkanlah urusan kami hari ini......aminn"



Puteri









NOTA:  


Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya tiada mengenal penghujungnya........hingga ke akhir hayat.






5 comments:

  1. mesti Kek vanilla dengan kacang walnut ni sedap kan....boleh kongsi resepi kak long??? hehe

    ReplyDelete
  2. Insya Allah nanti turunkan resepinya esok. Resepi mudah sahaja tidak guna tepong.

    ReplyDelete
  3. beef stew? share la resipi k.misah. Wana pun memasak cincai2 sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. Insya Allah Wana, nanti turunkan resepinya sedikit masa lagi.

    ReplyDelete