Pages

Tuesday, February 5, 2013

Nota Berita Dari Jauh

Assalamualaikum,


Lama juga rasanya Mak Long tidak berceloteh atau omong kata orang Jawa di sini.  Haaa sibuk sikit tetapi tidak tahu pula apa yang Mak Long sibukan.  

Pagi ini Mak Long menerima berita sedih dari seorang sahabat karib "T" di Malaysia.  Beliau kehilangan seorang dari puteri kembarnya yang dikasihi.  Innalillahiwainnaillaihirajioon dan Al-Fatihah bagi arwah yang telah pergi, semuga arwah puteri "A" ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh....  Setiap yang bernyawa pastinya akan kembali kepada Nya jua.

Mak Long dapat rasakan kesugulan dan gundah hati seorang ibu seperti "T" atas kehilangan anak yang disayang.  Mak Long juga turut sama bersedih dengan pemergian arwah.  Sudah lama kami tidak bertemu, mungkin hampir berbelas tahun lamanya.  Hubungan Mak Long dengan "T" sekeluarga sangat rapat.  Kami sering bertukar-tukar lauk pauk hampir setiap hari makan tengahari atau petang.  Arwah puteri "A" pandai memasak walaupun usianya ketika itu masih terlalu muda berbanding dengan kakaknya yang lebih tua.  Arwah puteri "A" kembar dua, lelaki dan perempuan.  Semasa hayatnya arwah seorang yang patuh kepada ibunya dan kepada adik beradik arwah yang lain juga, baik budi bahasa, sangat bersopan santun dan berhemah tinggi apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja terutama kepada yang lebih tua darinya.  Mak Long bergilir-gilir dengan "T" menghantar dan mengambil arwah pergi belajar kelas tambahan waktu malam bersama-sama dengan anak-anak Mak Long.

Kami tinggal berjiran beberapa tahun lalu di pantai timur.  Rumah kami di tepi pantai indah menghadapi Laut China Selatan yang luas saujana yang tidak nampak tepinya.  Di kala waktu lapang terutama hari-hari cuti Mak Long dan "T" biasa berjalan menyusur pantai menikmati tiupan angin laut yang bersih lagi nyaman.  Mak Long suka punggut kulit siput untuk dibuat berbagai hiasan atau sebagai sumba kerjatangan.  Biasa kami tengok nelayan pulang dari mencari tangkapan mereka di laut dalam.  Ada kala kami beli hasil tangkapan mereka yang masih segar, masih hidup meletik-letik bila dipegang dengan harga yang murah dari harga di pasar.  Bila leka menikmati angin pantai terutama waktu petang tanpa disedari kaki kami melangkah hingga berbatu jauhnya berjalan sambil bercerita, berborak atau berbincang perkara-perkara biasa atau penting.  "T" baik orangnya kalau sudah mengenali hati budinya.  Bila kami balik biasanya Mak Long singgah ke rumahnya dahulu sebelum balik ke rumah.  Arwah "A" sudah sedia dengan minuman untuk kami walaupun segelas air kosong.  Betapa hati Mak Long rindu seperti dipanggil-panggil untuk kembali ke pantai timur menemui "T" dan keluarga juga adik angkat Mak Long.  Mak Long ingin menikmati makanan orang pantai timur yang sudah lama tidak menjamah, duduk di tepi pantai ............ Mak Long sedang membayangkan suasana di sana........



Perahu Nelayan Di Pantai Timur













Note:

Allah maha berkuasa.  Hidup dan mati kita sesungguhnya di tangan Allah.  

3 comments:

  1. As promised here I am. In a relatively short time, well under a year, you have written quite a lot, quite an achievement. One inpression I like is the language you choose. Your comments in my blog were in English. Here you use pure Malay, unmixed. How I detest a mixed language in a single csentence! Many bloggers do that and I feel sad especially when that comes from those who claim to be teachers. I suppose my visitors do write properly. Of course there are times we fall back to local accents, as a joke.

    I will continue to comment in English as long as I know I can be understood. I do it in my poor Malay if I have to. We must excuse people who try their level best in any language. It is that 'rojak' done on purpose is that I cannot tolerate.

    I had an earlier impression that you were in the Middle East. I must have got it from your story of an earlier days. To date I cannot form a clear picture of you as a family. Perhaps, reading more of what you have written would give a new visitor like me a better understanding of you.

    I should have written this in a email but your contact is not found. For this reason I have chosen to post this in an earlier entry - less noticable!

    As you see on my profile page, my email is almanar@pd.jaring.my - giving any reader to communicate privately.

    Gambar perahu pantai timur itu tidak lah asing kepada saya yang mremang sudah mrenetap disini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Mak Long. Dua sebab mengapa Mak Long memilih bahasa Melayu dalam penulisan blog ini. Pertama, menyedari dan kuatir akan kehilangan segala keindahan bahasa kita kerana rosaknya bahasa ibunda kita yang dicampur aduk dengan bahasa-bahasa lain menjadi bahasa 'rojak'. Kerosakan ini bukan sahaja dari pertuturan harian tapi juga dalam penulisan. Kita tidak perlu mengambil perkataan bahasa lain dimelayukan kerana bahasa kita ada perkataan yang sesuai. Tidak dinafikan sesetengahnya ada perlunya juga mengguna bahasa asing. Sungguh menghampakan bahasa yang indah dirosakkan dengan sengaja.

      Kedua, sudah banyak tahun Mak Long hidup merantau jauh di Texas mengikut suami. Bahasa yang diguna harian ialah bahasa Inggeris. Mak Long rindu dengan bahasa ibunda kita. Bahasa ni kalau tidak kita guna walaupun itu bahasa ibunda dari mula asal kita belajar bercakap dikuatiri akan hilang dari ingatan.

      Saya suka membaca blog Pak Cik. Bahasa Inggerisnya sungguh bagus. Mak Long harap usaha ini diteruskan. Ketika kami tinggal di Trengganu dulu pernah terdengar dari anak-anak tempatan nama Almanar tetapi Mak Long tidak berkesempatan mengenal lebih dekat. Ini alamat e-mail Mak Long: misacamyshah@gmail.com. Gambar di atas itu tidak jauh dari rumah kami dahulu di tepi pantai Paka.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete