Assalamualaikum,
Puas hati Mak Long dapat melawat Grand Canyon satu daripada tujuh keajiapan semulajadi di dunia. Kini sampailah masa untuk perjalanan balik ke Deming, New Mexico dengan mengikuti arah Sedona, Phoenix dan Tucson.
Bandar pertama yang kami lalui ialah Sedona. Sedona adalah sebuah bandaraya yang mempunyai penduduk lebih kurang 10,031 (mengikut bancian 2010). Sedona terkenal dengan banjaran pergunungan berbatu merah ("Red sandstone") atau juga dikenali dengan nama "the Red Rocks of Sedona". Perbentukannya menimbulkan warna yang menyerlah begitu ketara merah dan jingga apabila disinari oleh cahaya matahari pagi dan petang. Berbagai aktiviti seperti hiking, kayuh basikal dan lain-lain lagi.
|
Red Rock, Sedona, Arizona |
Sedona dinamakan sempena Puan Sedona Arbelle Miller Schnebly isteri kepada Theodore Schneby, ketua pejabat post di situ. Wanita ini dikenali dengan kerja-kerja amalnya serta sebagai seorang wanita yang gigih berusaha.
Kami berhenti di sini untuk makan tengahari serta melepaskan penat seketika. Cuaca di sini panas iaitu panas desert.
|
Bell Rock di Sedona, Arizona |
|
Sedona, Arizona |
No comments:
Post a Comment