Assalamualaikum......
Wahai sejuknya hari ini. Ambil masa beberapa minit tunggu air paip suam untuk berwuduk. Oleh kerana terlalu sejuk Mak Long tidak dapat menolak desakan hati berlengkar semula dalam selimut selepas menunaikan subuh sambil melayari internet. Bangun hanya bila Pak Long talipon. Itu pun liat rasanya hendak keluar dari selimut.
Pak Long mengingatkan supaya pergi ke pejabat "Social Security" di Seguin hari ini berurusan tentang pencennya. Mak Long tersesat jalan! Alamak...si "Minah GPS" ini agaknya sudah sampai masa dilemparkan ke dalam Sungai Guadalupe. Dia sudah terlalu tua tidak pandai tunjuk jalan lagi! Walau pun begitu alhamdulillah sampai juga ke pejabat itu. Bila Mak Long masuk ke ruang sambut tamu, pegawai yang bertugas menyuroh Mak Long ambil number dari komputer sambil dia tolong menekan butang komputer dalam bahasa Spanish. Dia fikir Mak Long orang Mexican tidak boleh cakap Inggeris! Selepas itu Mak Long duduk di kerusi diam-diam tunggu giliran number dipanggil. Seorang wanita berbangsa Mexican yang tadinya duduk di hujung jauh sibuk membelek fail yang dibawanya tiba-tiba menghampiri Mak Long dan bercakap dalam Spainish!! Laa.... apa hal agaknya ni, dua orang pagi ini fikir Mak Long ini orang Mexican. Teruja juga hendak pergi ke bilik air tengok muka Mak Long ini betulkah ada rupa orang Mexican!!!! Apa entah yang wanita itu cakap?? Mak Long terangkan tidak pandai berbahasa Spanish. Dia meminta maaf lalu menerangkan kepada Mak Long yang dia sedang mencari seseorang untuk membantunya di pusat anak yatim. Dia bertanya kalau Mak Long berminat. Hmmmm.. Mak Long suka memberi bantuan terutama membantu anak-anak yatim tetapi biarlah dia mencari orang lain yang lebih kuat dan bersedia.
Selepas habis urusan, tambahan hari pun masih awal lagi Mak Long fikir baiklah singgah sekejap di pusat outlet untuk intai-intai kalau ada yang menarik. Lagi pun Mak Long ingin mencari sepasang boots untuk pakai musim sejuk. Banyak berlambak tetapi satu pun tidak berkenan. Pendekkan cerita Mak Long singgah di satu kedai dan berkenanlah dengan sehelai baju-T berlengan panjang. Bila hendak bayar, jurujual itu cakap Spanish dengan Mak Long. Spanish lagi! Apalah sudah kenanya hari ini. Tiga orang fikir Mak Long orang Mexican! Dahsyat! "Si habla ispanyol?"... jangan tanya apa maknanya!
NOTA:
Banyak faedahnya kalau mampu berbahasa asing seperti bahasa Spanish selain dari bahasa ibunda sendiri dan Inggeris.
Mencari Kehangatan Di Musim Sejuk |
NOTA:
Banyak faedahnya kalau mampu berbahasa asing seperti bahasa Spanish selain dari bahasa ibunda sendiri dan Inggeris.
No comments:
Post a Comment