Pages

Monday, January 21, 2013

Nota Kek Vanilla Wafer Walnut Memaw

Assalamualaikum....

Atas permintaan adik Mak Long untuk menurunkan resepi kek Vanilla Wafer Walnut kesukaan puteri.  Puteri suka makan kek ini.  Biasanya bila dia balik Mak Long buatkan untuk dibawa pulang.  Katanya dia akan makan setiap serpih dan habuk yang tinggal!!  Mudah sahaja membuatnya dan bahannya pula senang didapati.

Bahan dalam kek ini sangat manis dan lemak.  Tidak bagus kalau makan selalu.   Mak Long kurangkan gula kalau menggunakan gula putih dengan mengurangkan setengah cawan dari resepi atau menggunakan setengah gula putih dan setengah gula merah (gula tebu).  Kali ini Mak Long guna gula tebu sahaja kurang manis dengan memampatkan gula merah itu dalam cawan ukuran.  Kelapa parut di USA dijual dari dalam paket yang sudah dimaniskan, sebab itu juga Mak Long kurangkan gula.  Boleh guna kelapa parut yang dibuang kulit arinya mungkin lebih baik.  Tidak tahulah Mak Long belum cuba lagi buat begitu.  Vanilla wafer ialah sejenis biskot manis.  Zaman Mak Long budak-budak dahulu biskot ini biskot koman aja, dijual dan ditimbang pakai kati.  Rupa, sais dan bentuknya seperti jering rebus.  Biasa Emak Mak Long beli untuk sarapan pagi cicah dengan air kopi atau jamu tetamu datang ke rumah Emak.

Resepi ini resepi lama sudah berpuluh tahun lamanya kepunyaan keluarga Memaw minah saleh, emak angkat Mak Long.  Dia sudah pun mati dua minggu lepas.  


Bahan:


1 kotak 12oz = (340gm) vanilla wafer (kalau tidak ada vanilla wafer boleh gunakan biskut mary asal beratnya sama
2 ketul butter (8 oz = 226.8gm) lembut (at room temperature)
2 cawan gula  pasir
6 biji telur
1/2 cawan susu segar (boleh guna susu cair, susu soya, susu almond)
7 oz = (198gm)  kelapa parut manis 
1 cawan walnut dicencang kasar (kalau tiada boleh guna pecan atau badam)
1 camca kecil esen vanilla
1 camca baking powder

Cara bancuhan:


  • Panaskan oven 350 degree F. (ikut petunjuk kepanasan oven masing-masing untuk membakar kek).  
  • Biskut vanilla wafer diketuk-ketuk hancur tetapi tidak terlalu halus and campurkan baking powder, letak tepi dahulu.
  • Kacang walnut yang sudah dicencang kasar dicampurkan dengan kelapa, letak tepi dahulu.
  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang kemudian masukkan telur satu demi satu.  Dipukul setiap kali telur dimasukkan sampai bersatu.
  • Masukkan dan kacau serbuk biskut sedikit-sedikit berselang-seli dengan susu hingga habis.  Masukkan esen vanilla.
  • Masukkan kelapa bercampur kacang walnut kedalam bancuhan.  Jangan kacau terlalu lama atau banyak kali nanti kek jadi mampat.
Masukkan bancuhan ke dalam cetak pembakar dan bakar selama 50 minit atau bila cucuk dengan lidi tidak melekat dilidi.  Mak Long guna cetak kek dipanggil "bundt" seperti dalam gambar.  Sapu minyak rata-rata pada cetak itu kemudian taburkan dengan tepung gandung dalam cetak kek kemudian tengkorkan keluar tepung itu supaya kek yang dibakar itu longkah bila hendak dikeluarkan.



Bahan Kek Vanilla Wafer Walnut Memaw



Adunan yang sedia untuk dibakar

Sedia untuk dinikmati






Nota:


Makan makanan yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan badan.  Kurangkan pengambilan manisan, lemak dan memakan tidak berlebihan.  Ikutlah sunnah Nabi cara dan bila makan.



4 comments:

  1. Assalamulaikum kak long....
    terima kasih kerana sudi berkongsi resepi kek tu...insya Allah ina akan mecubanya.
    ina nak tanya kelapa manis tu kering ker lembab?
    kelapa kering yang biasa orang buat kek kelapa ker tu.

    ReplyDelete
  2. Waalaikusalam,

    Kita tidak boleh lokek dengan ilmu dan haruslah diperpanjangkan. Kalau tidak mahu berkongsi ilmu yang kita perolehi, nanti rugi ilmu yang baik itu tertanam bersama kita bila sampai masa kita pergi.

    Kelapa yang diguna dalam resepi ini lembab seperti kelapa yang baru diparut. Mungkin bagus guna kelapa parut sebab tidak ditambah manisan. Jadi bila menyukat gula tidak perlu dikurangkan pula.

    ReplyDelete
  3. 1st time dengar nama kek ni, macam sedap je, nak cuba la :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi kek ini adalah resepi lama keluarga ibu angkat Mak Long yang sudah hampir berpuluh tahun dari Keluarganya. Cubalah! Kerana ia memang gebu, lembab dan lazat.

      Delete