Pages

Tuesday, January 1, 2013

Nota Big Bend, Texas & Sekitar New Mexico (1998)

Assalamuallaikum...



Big Bend terletak di sebelah barat negeri Texas, Amerika Syarikat bersempadan antarabangsa dengan negara Mexico.  Kedua negara ini dipisahkan dengan sebatang Sungai Rio Grande iaitu di antara Chisos Mountains sebelah Texas dan Sierra Madre Oriental di sebelah Mexico.  Tidak ramai orang tinggal di kawasan gersang dan tandus ini.  Keluasannya melebihi satu juta ekar persegi termasuklah Big Bend National Park dan Big Bend Ranch State Park di persisiran Sungai Rio Grande.  Walaupun keadaan gersang dan tandus, kawasan ini terutama sekitar Sungai Rio Grande terdapat lebih dari 1,200 jenis tumbuh-tumbuhan termasuk 60 jenis cactus.  Biasanya binatang-binatang liar jarang kelihatan waktu siang terutama di kawasan desert. Kawasan desert ini menjadi aktif pada sebelah malam apabila binatang-binatang keluar mencari makan.  Binatang yang terdapat di sini ialah "cougar" (sejenis singa di pergunungan), "Black-tailed jackrabbit" (arnab liar), Burung "roadrunner", "Coyote" (serigala) dan "Black bear" (beruang hitam).  Bandar-bandar utama ialah Alpine, Presidio, Marfa, Sanderson dan Marathon.  Kesan-kesan sejarah manusia yang mula-mula berada di sini ialah puak Chisos dan Conchos Indian (Red Indian).  Juga ada terdapat kesan-kasan artifak binatang dahulu kala pernah berada di sini suatu ketika di bumi tua ini.

Iklim di sini didapati saling bertukar suhu dan cuaca yang amat berbeza.  Panas dan kering kontang di akhir musim bunga.  Dalam musim panas pula suhu lazimnya mencecah lebih tinggi hingga 100 F (38-40 C) ke atas.  Musim sejuk ada kalanya biasa sahaja tetapi boleh bertukar suhu hingga menjadi aras beku terutama waktu malam.

ALPINE, TEXAS

Sahabat baik Pak Long sudah banyak kali mengucapkan hendak membawa kami melawat ke Big Bend, Texas.  Cadangannya ialah pergi ke sana dengan membawa motorsikal di atas treler kemudian menyewa serta tinggalkan kereta dan treler di tempat letak RV/treler di Alpine.  Dari situ kami akan merempit ke Big Bend serta tinggal beberapa malam di sana.  Hmmmm ketika itu Mak Long belum biasa lagi hal-hal merempit.  Dalam hati berkata-kata "giler betol orang putih ni nak rempit-rempit pulak dah ada kereta...!"  


Tempat letak kereta di Alpine

ROY BEAN, PECOS

Dalam pertengahan bulan May kami mulakanlah perjalanan kami dari Freeport, Texas selama seminggu lebih menuju ke Big Bend.  Perjalanan ini sungguh jauh dan meletihkan.  Mike memandu sepanjang perjalanan berhenti hanya mengisi minyak kereta dan makan.  Perjalanan hari pertama kami singgah sebentar di Pecos yang terkenal dengan lagenda Roy Bean (Phantly Roy Bean, Jr.) Justice of the Peace di Barat Pecos.  Roy Bean telah dilantik sebagai hakim di mukim Barat Pecos.  Pusat tempat operasinya ialah di bangunan menjual minuman kerasnya "The Jersey Lilly Saloon".  Roy Bean mengelarkan dirinya sebagai "Law West of the Pecos".  Cuaca di sini panas kering kontang desert.



AMISTAD NATIONAL RECREATION AREA, TEXAS

Tempat persinggahan kedua kami ialah di "Amistad National Recreation Area" di mana kami bermalam di situ.  Elaine isteri Mike sudah membuat tempahan bilik lebih awal untuk menyenangkan perjalanan kami. Di sini ialah tempat berkreasi di kawasan Amistad Reservoir di mana tiga sungai utama iaitu Sungei Rio Grande, Sungei Devile dan Sungei Pecos mengalir bertemu ditasik.  Amisad ialah dari perkataan Spanish bermakna persahabatan.  Aktiviti seperti menaiki boat, memancing, berenang, scuba diving dan water-skiing tersohor di sini.  Beberapa gua dalam air terdapat di sini tetapi memerlukan kemahiran yang lebih tinggi untuk masuk ke gua begini.  Kami menyewa sebuah boat untuk menikmati tempat ini.


Berunding menyewa boat

BIG BEND, TEXAS

Kami sampai di Big Bend esok harinya setelah merempit motosikal sebegitu jauh.  Lengoh seluruh tulang amat terasa.  Dua bilik hotel di Lajitas (La-hi-tas) yang ditempah awal sudah sedia menunggu kami untuk melepaskan penat dan panas.


Hotel di Lajitas

Walaupun ketika itu dalam pertengahan bulan May, cuaca sungguh panas pada waktu siang dan terlalu sejuk waktu malam.  Kami meronda hampir seluruh kawasan, penat tetapi seronok.  Bagi Mak Long inilah kali pertama melihat kelainan di bumi Allah yang serba adanya.  


Big Bend, Texas


CARLSBAD CAVERNS NATIONAL PARK, NEW MEXICO

Selepas dua hari di Big Bend, kami ke Alpine semula mengambil kereta dan menaikkan motorsikal kami ke treler.  Sudah penat merempit!!  Kami teruskan perjalanan menujuk ke Carlsbad Caverns National Park yang terletak di Pergunungan Guadalupe, di timur-selatan New Mexico.  National Park ini terdapat 117 buah gua.  Tiga buah gua sahaja dibuka untuk orang awam dan pelawat.  Gua yang paling menarik ialah gua Carlsbad Cavern.  Kami masuk ke gua ini menggunakan  lif dari pusat pelawatnya setelah membeli tiket untuk masuk ke gua.  Carlsbad Cavern mempunyai beberapa gua dan gua terbesar sekali mempunyai ruang besar dinamakan "The Big Room" berasal dari batu kapur (limestone) asli.  Gua ini adalah ketiga terbesar di Benua Amerika Utara dan menjadikan ia gua ke tujuh terbesar di dunia.  Gua terbesar di dunia ialah Gua Sarawak di Malaysia Timur.  Malam itu kami bermalam sahaja di Bandar Calrlsbad.


The Big Room di Carlsbad Cavern
Gua ke tujuh terbesar di dunia

RUIDOSO, NEW MEXICO

Dari Carlsbad selepas sarapan pagi Pak Long dan Mike menurunkan motorsikal dan menunggang menujuk ke Ruidoso, New Mexico.  Elaine dan Mak Long dengan kereta mengekor mereka berdua dari belakang.  Semakin dekat kami dengan kawasan Ruidoso cuaca bertambah sejuk sehingga memerlukan pakaian panas.  Ruidoso ialah pusat pelancungan di pergunungan tinggi sementara kawasan di sekitarnya berhawa panas desert.  Ruidoso terletak di daerah Lincoln County.  Suasana di sini sangat indah dan damai dan menyediakan beberapa aktiviti seperti golf, perhotelan, casino dan pusat sukan "ski" dimiliki oleh puak Apache Indian.  Kami bermalam di sini menikmati cuaca nyaman sambil melihat-lihat bandar.  Mak Long membeli sebuah bakul kecil yang dianyam dari dedaun pine oleh orang Red Indian.






Ruidoso, NM

BILLY THE KID MUSEUM, LINCOLN, NEW MEXICO

Dalam perjalanan pulang semula ke Texas kami melalui dan singgah di Billy the Kid National Scenic Byway di mana sejarah telah mencatitkan kesah seorang lelaki bernama Henry McCarty lebih dikenali dengan nama Billy The Kid.  Ia seorang penjenayah (outlaw) yang licik dan bijak mengendalikan senjata api.  Beliau telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara serta dijaga ketat oleh dua orang penolong pegawai penjara.  Sebilah senjata api telah berjaya diseludup masuk penjara kepada Billy The Kid dan ia telah membunuh kedua-dua penjaga penjara tersebut.  Kemudian Billy keluar dari penjara ke bandar dengan megah mencanang kejayaannya membunuh pegawai penjara sebelum lesap meninggalkan Daerah Lincoln.  Museum ini telah dibaik-pulih tidak berubah seperti mana kejadian itu berlaku.


Penjara/Musium Billy The Kid









NOTA:

Memboncing motorsikal memberi pengelaman melihat suasana tempat, bandar dan negeri cara dekat.

Ada kala terasa serun waktu berselisih dengan kenderaan lain terutama di lereng bukit dan gunung yang jurang merbahaya.

Pastikan motorsikal itu baik fizikal dari enjin hingga ke tayarnya.

Pastikan memakai topi keledar walaupun setengah negeri tidak menguatkuasakan undang-undang bertopi keledar.



No comments:

Post a Comment