Pages

Sunday, December 30, 2012

Nota Selamat Datang 2013

Bismillah hirahman nirrahim....






Kini sudah sampai ke penghujung tahun 2012.  Masa, hari, minggu, bulan dan tahun berlalu begitu cepat hinggakan tidak terasa sedikit pun mereka berlalu.  Mereka tidak akan kembali lagi.  Yang tinggal hanyalah hasil yang dikumpul semasa berusaha, kenangan yang dipaut ke dalam lipatan ingatan serta amalan yang baik dan buruk setahun dikumpul bekalan ke akhirat.



Selamat datang 2013
Permulaan membuka tirai kehidupan baharu.
Kemungkinan luas yang tiada bertepi

Semuga tahun baharu membawa kita
Kesejahteraan dan kekuatan iman 
Kedamaian disertai kasih dan sayang

Semuga tahun baharu memberi kita
Kecermerlangan, rezeki yang berlimah ruah
Mengajar melatih kita sentiasa bersyukur
Atas kurnia dan pemberian ALLAH

Semuga tahun baharu mengajar kita
Ketabahan melalui ufuk-ufuk yang mencabar
Kita berjanji untuk berazam dan bermaruah 
Tentang dalam segala uji cabar dan debar
Semuga hidup kita diredhai



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013











1 comment:

  1. SALAM MAK LONG SAYA TERBACA NOTA MAK LONG D RUMAH WAK SAMAD KG.SG BILAH.SAYA BERASAL DARI KG SG BILAH.SAYA BIASA LEPAK D RUMAH ROSLI@RESAD DEPAN RUMAH WAK SAMAD MAIN GITAR BERSAMA YAKOB,PAK KAHAR PADA TAHUN 70 AN.SAYA KENAL BENAR DENGAN ANAN ANAK WAK SAMAD DAN SAYA SEBAYA DENGAN ROSNAH.TERINGAT ZAMAN REMAJA SELALU MENAJOR BAUNG DI SUNGAI DAN MANDI SUNGAI BERSAMA AKOB.SAYA SEKARANG MENETAP JB
    Salam dari saya SHAROL KALAM@SALAM

    ReplyDelete