Assalamualaikum,
Sudah masuk sebulan Mak Long pulang dari tanah air, tetapi hati ini pula sudah mula berasa lain macam. Sakit terkenang dan merindui Emak dan keluarga di sana sudah mula menular mengusik jiwa. Walaupun setiap hari berhubung dengan mereka tetapi ahh... hati ini tidak bisa dipujuk. Biasanya Mak Long tidak kesah sangat.. Agaknya bila umur sudah memanjat tinggi memang mudah sangat tercuit kot? Tidak tenteram dibuatnya... Entahlah! Setiap hari selepas subuh dan sebelum matahari membakar panas, Mak Long lebih suka beriadah berjalan kaki atau pun kayuh basikal dan bersenam lentur-lenturkan urat tegang! Rasa lebih selesa begitu, tercicir rasa gundah di tepi jalan bila berjalan dan berkayuh ... bukan sakit murung! Sakit rindu...! Pak Long rupanya perasan perubahan Mak Long, sudah lama rupanya beliau perhatikan.

"Dear, why don't you go see "Icah" in Dallas? I will drive you over there if you like .... or take a flight...." Hmmm ... Bagus juga cadangan Pak Long itu, lagi pun sudah sebulan tidak jumpa Icah (Icah balik pada minggu Mak Long balik dulu) tetapi rasa malas pun ada... Bengong betul rasanya begini. Kena buat keputusa nih!.
Seronok bukan main lagi Icah (nama timangan anak bungsu kami) apabila Mak Long utarakan akan datang ke sana. Barulah datang rasa bersemangat hendak berjumpa Icah di Dallas. Memang sudah biasa pergi sendiri berulang alik ke tempat Icah. Dulu hampir tiga empat bulan sekali ke sana ketika ia masih belajar di UT (University of Texas), Arllington dan di Denton utara Texas.
Hari Jumaat 21hb Ogos, siap-siap Mak Long bertolaklah dari rumah ke Dallas sendirian. Perjalanan mengambil masa lebih kurang lima jam lebih sekiranya melalui lebuhraya I-35 Utara. Perjalanan ini melalui Bandaraya Austin iaitu ibu negeri Texas. Austin tidaklah sebesar Bandaraya Dallas atau Houston. Lebuhraya I-35 Utara/Selatan ini sentiasa sibuk tidak kira waktu pagi atau petang, jalanraya sentiasa sesak. Untuk mengelakan dari kesesakan kerajaan telah membina satu lebuhraya bertol baharu iaitu lebuhraya I-130 memintas Bandaraya Austin. Mak Long gunakan lebuhraya itu jadi cepatlah sampai ke Dallas hanya mengambil masa empat jam sahaja. Had laju ialah 80 mph (batu sejam). Tidak perlu berhenti atau pandu pelahan apabila melalui tol. Tol canggih akan mencatatkan setiap number plate kenderaan yang lalu dengan kuasa komputer. Pembayaran dibuat kemudian apabila bil sampai kerumah melalui surat rasmi dari pengurusan tol Texas atau boleh buat pembayaran terlebih dahulu dengan menguna tag pelekat tol ditampal pada cermin depan kereta. Hujan pula di setengah tempat. Ada kala hujan lebat dan ada kala renyai. Laju ajelah apabila jalanraya kosong. "Amboii lajunya...!", kata Pak Long apabila Mak Long talipon sesampainya di Dallas. Icah berkerja setengah hari sahaja pada setiap hari Jumaat. Ketika Mak Long sampai ia sudah pun menunggu di rumahnya.

Apartment yang Icah sewa tidak sebesar mana tetapi selesa untuk tinggal seorang. Tuan rumah telah menambah/menyambung seunit kecil di bahagian belakang rumah induknya dan di situlah letaknya apartment Icah. Ada tiga buah unit lain lagi yang disewakan. Setiap unit dilengkapi dengan semua keperluan asas seperti bahagian dapur dilengkapi dengan peti sejuk, dapur letrik, mesen basuh dan mesen pengering kain, penyaman udara panas dan dingin. Bilik mandi/airnya agak sempit sedikit bersambung dengan "walk-in-closet" atau bilik kecil untuk menyangkut/menyimpan pakaian. Bagusnya sewa apartment itu termasuklah air dan api sekali. Mahal juga harga sewanya! Yerlah rumah dalam bandar mana ada yang murah! Tambahan pula rumah itu berhampiran dengan pejabat Icah bertugas, maka tidak sampai sepuluh minit perjalanan sudah sampai tempat kerja. Menurut Icah rumah induk rumah itu sudah mencapai lebih seratus tahun lamanya letaknya di kawasan perumahan lama dulu-dulu iaitu dalam kawasan bandaraya Dallas (down town area). Berbagai bentuk dan jenis bangunan tersergam tinggi mengelilingi kawasan perumahan itu. Masih lagi banyak terdapat rumah-rumah besar orang kaya dan kenamaan lama yang masih cantik terjaga kepunyaan individu. Begitu juga rumah-rumah biasa yang dibaik pulih kemudian dijadikan apartment sebagai rumah sewa.
Tidak sia-sia Mak Long berkunjung kali ini. Rasa seronok pula! Malam itu Icah dan sahabat baiknya dari Taiwan membawa Mak Long ke sebuah restoran India. Berminyak mulut kami makan nasi kunyit dari beras basmati dengan kari pedas mamak. Di negeri koboi pun ada jual makanan mamak tau!
Hari Sabtu pula Icah mengajak Mak Long cuba senaman yoga di Dallas Yoga Centre yang tidak pula berjauhan dari rumah. Rupa-rupanya Icah sudah membuat tempahan untuk kami berdua menghadiri kelas yoga untuk beberapa hari di situ. Seronok dan puas hati dengan layanan dari pusat tersebut. Hari pertama kami diperkenalkan pada venyasa mix yoga. Ramai rupanya orang suka berlatih yoga, tidak kira bangsa, umur dan keadaan seseorang (orang sihat dan langsing). Orang lelaki juga ramai beryoga. Penuhlah dewan yang serdahana besarnya itu. Alat-alat keperluan seperti tikar yoga, gebar dan lain-lain semasa beryoga disediakan. Hendak guna alat sendiri pun boleh. Kami guna tikar yoga sendiri.
Mak Long suka mengamalkan senaman ini. Tidak lasak macam senaman aerobik. Umur sudah menghala penghujung ini sesuai sangat dengan yoga untuk melembut dan melentur urat belakang, tengkok dan urat tegang di seluruh badan.
![]() |
| Gambar dari Google |
Yoga ialah suatu dari latihan bersenam gerak badan untuk kesihatan... dalam badan dan minda. Ia mempunyai beberapa "pose" atau gaya tertentu membantu membaiki postur badan. Sekiranya ia dilakukan dengan betul (sebaik-baiknya berguru dahulu dari guru yang bertauliah sebelum melakukan senaman itu bersendirian), yoga dapat mengurangkan ketegangan urat badan yang sering mengalami bisa-bisa badan disebabkan antaranya seperti duduk terlalu lama di kerusi ketika bertugas di tempat kerja atau pun tegang urat. Senaman ini juga melatih cara pernafasan lebih berkesan; melembutkan urat tegang dan menguatkan otot serta penjajaran seluruh badan. Jika biasa dan kerap melakukan senaman yoga, ia dapat membantu menurunkan berat badan.
![]() |
| Gambar dari Google |
![]() |
| Makanan laut rebus bercili |
Hari Selasa Mak Long bertolak balik ke Canyon Lake. Pagi-pagi sudah bertolak bersaingan dengan Icah keluar pergi kerja. Mak Long singgah di oriental market dan pasar daging halal di Austin. Belanja barang dapur sedikit. Pasar daging halal itu diusahakan oleh orang Arab dan Pakistan. Sekiranya hendak cari bahan masakan Timur Tengah dan Asia tidaklah susah, semua ada. Begitu juga di kedai oriental, macam-macam jenis sayur tropika ada seperti pengaga, jantung pisang, sawi dan lain-lain. Tetapi itulah pulak pasar itu terlalu jauh dari rumah kami. Sayur hijau tidak tahan lama kalau dibeli lebih. Untuk membeli daging dan makanan beku kenalah bawa "cooler" (kotak) berisi ice supaya daging tidak rosak.
Tengahari itu panas bukan main rasa hendak pitam! Sampai rumah hampir jam 2.00 petang. Pak Long sedang sibuk tukar minyak dan servis trucknya di hadapan garage sambil tunggu Mak Long.