Assalamualaikum,
Salam sejahtera dari perantau....
Masya-Allah lama sungguh Mak Long tidak menjengok blog sendiri sejak 2020 hingga jadi tumpul akal. Entahlah kenapa rasa hilang minat menulis dalam jangka masa itu. Minggu ini tergerak pula hati hendak jengok blog sahabat. Mak Long dapat ada yang masih setia menulis dan ada yang sudah angkat tangan. Antara blog yang MakLong suka singgah baca ialah halaman sahabat Hank - The Rainbow. Penulisan beliau berupa puisi dalam bahasa Inggeris. Mak Long gemar menulis dalam bahasa ibunda supaya tidak lupa perkataan dan bahasa Melayu yang amat jarang Mak Long guna dan bercakap tinggal di rantauan.
Mak Long masih lagi tinggal di Texas bersama Pak Long, tidak ke mana pun. Hampir dua tahun lebih tidak pulang ke tanah air tercinta tergendala oleh pendemik Covit. Rindukan keluarga dan tanah air tidak pernah luput walau seketika. Memanglah kini keadaan pendemik sudah hampir pulih, tetapi kita masih lagi harus berwaspada muga keadaan tidak berulang ... dunia locked down. InsyaAllah di akhir tahun ini atau awal tahun depan, panjang umor dan ada rezeki sudah dalam rancangan kami.
Di Texas ketika ini adalah musim panas. Sangat panas .. suhu saban hari mencecah lebih 100 degrees F (38 degrees C). Hari ini sahaja sudah naik 103 degrees F. Cair otak! Kami terima amaran tentang cuaca "Excessive Heat Warning" di kawasan kami, menurutnya hingga hari esok. Kalau letak sebiji telor dalam mangkok, telor pun boleh masak!
No comments:
Post a Comment