Otak kuda kayu
Di manakah budi bahasa mu?
Emak tidak pernah ajar kita biadap!
Di mana tutur kata lembut mu?
Tajam lafaz menikam jiwa..
Ke mana tanggungjawab mu?
Maka sanggup kamu pinggirkan..
Di mana belas kasih mu?
Langsung tidak ada peduli..
Cemarkah pangkat kalau merendah diri?
Maka menuding jari tanpa periksa
Rugikah kalau berterus terang?
Agar semua mengerti..
Apa dikejar pada taraf dan pangkat
Kalau hanya menjadi sombong dan riak..
Lihatlah ke bumi bila kamu di atas
Agar langkah mu tidak jerobos ke lubang
Wahai...
Otak kuda kayu
Akan rugi hidup nanti.....
Mudah2an langkahnya terhenti secara terhormat bukan kerana tersadung atau terhumban ke gaung...
ReplyDeleteDalam Aidil Fitri, Maklong... :)
Salam Aidil Fitri Kakcik. Yalah Kakcik, manusia ni memang kena selalu diingatkan. Kalau tidak, terusan akan tidak sedarkan diri.
Deletetegas betul entri mak long kali nie..moga si otak kuda kayu dapat berfikir bahawa hidup mie bagai roda..kadang diatas ..kadang dibwah..
ReplyDeleteYan, kekadang tu kena juga kita keras sikit. Cuma ingat-ingatan aje..
Deletesalam aidilfitri maaf zahir batin mak yg jauh dimata tuu ;p
ReplyDeleteSalam mesera Aidil Fitri Tiga Lalat. Tinggal jauh-jauhan maka rindu-rinduan hihihi
Deletenilai hidup yang kian pudar...
ReplyDeleteJemput singgah ke blog saya, VitaminSuci. Saya dah add link blog mak long di bloglist saya. Terima kasih.
VitaminSuci, terima kasih sempat juga jengok blok Mak Long ni. InsyaAllah akan jengok blog anda.
DeleteBenar nilai hidup manusia semakin pudar apabila keadaan global pula semakin menjalar ke lorong tandus dan punah segala..
Awesome work.Just wanted to drop a comment and say I am new to your blog and really like what I am reading.Thanks for the share
ReplyDeleteThank you again for the time spent to read my humble blog, Mobile App Developers
Delete