Pages

Monday, August 3, 2015

Nota Ketulangan Dan Si Pekak

Assalamualaikum,

Selama dua minggu lebih Mak Long tinggal di Hospital Muar menemani dan menjaga Emak di situ.  Satu bilik besar menempatkan empat buah katil pesakit dan dua buah bilik air.  Selesa juga dilengkapi dengan hawa dingin yang sangat sejuk.  Selama dua minggu lebih di situ Emak jadi penghuni tetap manakala tiga katil lain dihuni oleh pergi dan datang pesakit yang tidak lama memerlukan khidmat hospital.  Macam-macam rupa dan kerenah pesakit yang datang menerima rawatan dan yang datang melawat pesakit.  Ada yang baik peramah; ada yang pendiam tidak mahu berbicara tetapi menjadi permerhati dan ada yang becok mulut serta ada juga yang berlagak hidung tinggi.  Macam-macam.... Mak Long jadi permerhati senyap jer.. membantu mereka apabila diperlukan seperti dekatkan meja makan bila meja itu jauh dari pesakit, walaupun Mak Long tidak perlu berbuat sesuatu untuk mereka selain dari bersedekah dengan senyuman mesera.

Hari pertama Emak ditempatkan di bilik itu hanya ada seorang pesakit sahaja.  Pesakit wanita itu baharu sahaja menjalani pembedahan kecik di kaki.  Sudunya jatuh ke lantai dan beliau bermasaalah hendak bangun mengambil sudunya semula.  Mak Long bantu.  Dari situ kami berkenalan di mana rupanya beliau seorang ahli perniaga pembekal rempah ratus dan berbagai jenis barangan lain.  Menurutnya perniagaannya sudah berkembang ke Malaysia Timur.  Mendapat didikan dan galakan dari MARDI.  Menurutnya tidak ramai anak Melayu mengikuti didikan busines melalui MARDI yang mana ia terbuka luas untuk kemudahan anak bangsa.  Beliau keluar ke esokan harinya sambil berpesan, "kalau nak belajar menguruskan perbagai pengeluaran jumpalah orang MARDI...."

Hari-hari seterusnya pesakit masuk dan pergi bersileh ganti.  Sampai tidak ingat berapa orang pesakit keluar masuk Wad 18 aihh...  

Suatu hari masuk dua orang pesakit sekali gos.  Kedua-dua wanita ini Mak Long tidak boleh lupa.  Umur mereka hampir sebaya dengan Mak Long sendiri agaknya.  Salah seorang ini ceria dan ramah orangnya dari Kampung Parit Yusof katanya.  Daerah Muar ni, kebanyakan kampung dinamakan bermulakan dengan Parit dan Sungai...  Macam-macam nama parit, Parit Setongkat, Parit Jawa, Parit Bunga dan macam-macam parit lagi.  Begitu juga dengan kampung yang bermula dengan nama sungai seperti kampung Sungai Bilah, Sungai Rambai, Sungai Raya dan lain-lain.  

Nama makcik tersebut ialah Sariah gitulah.  "Adik ni Jowo ko Melayu?" tanyanya kepada Mak Long dengan loghat jawa pekat.  Geli pula rasa hati (memang tidak senonoh Mak Long ni!) dengan soalan yang diajukannya ....  Jarang kena tanya dari bangsa atau keturunan apa Mak Long dilahirkan...   "Melayu kak....  Kak sakit apa? " jawab Mak Long kerana ingin tahu juga kenapa kakak segar bugar ni masuk wad.  

"Alaaaaa kok kena ketulang... akuq hirupnye kuah asem pedas ikan mayong, sedeppp sangat tak perasan ada tulangnyee terus tertelan!.... Puas cuba nak buang sendiri dengan jarik tapi tak bolehh boleh ye... sakit tekaknye sudah masuk tiga harinye.... Semalam anak-anak bawak sepital, terus aje masuk wad 6 kemudian pindah ke sini...  "  Kesihan dia.  "Anak saya rameii ... dua belas orang semua.  Semua sudak kawin tinggal yang bongsu tidak mauk kawin..susah katanya.. Tak pandei cakap jowo tapi dia faham apa kite cakep...." jelasnya tanpa ditanya.  Apabila waktu melawat dibenarkan, hampir seluruh keluargnya datang hingga penuh bilik empat katil itu.  Mak Long terpaksa pasang tabir supaya tidak menganggu Emak yang sedang berihat.  Begitu juga waktu berbuka puasa, keluarga itu membawa makanan untuk berbuka..sudah macam tempat berkelah pula dalam bilik...  Heran juga mengapa pihak hospital membenarkan keadaan seperti ini berlaku???  

Hari ketiga Kak Sariah di hospital, doktor datang bersama jururawat melihatnya.  Perasan juga doktor itu belek-belek bawah telinga Kak Sariah sambil mengambil beberapa gambar.  Tidak lama kemudian diikuti pula dengan kedatangan lebih ramai lagi doktor-doktor pelatih masuk... sebuk dan bising keadaan ketika itu.  Haikk doktor pun perangai macam kita juga, seronok bila mempelajari sesuatu yang baru.  Mereka semua sibuk ambil gambar Kak Sariah yang dah tiba-tiba jadi selebreti.  Beberapa jam kemudian Kak Sariah dibawa ke bilik pemedahan...  "Alaaa sibuknye doktor-doktor tu ambik gambarnye kite....."  komplain Kak Sariah.

Rupa-rupanya tulang itu bergerak mengikut aliran darahnya ke bawah rahang di bawah telinga kanan Kak Sariah bahagian yang lembut.  Menurut Kak Sariah, ia berasa tulang itu bergerak-gerak dan berasa sengal sahaja waktu tidur.  Tulang itu menunjul keluar sedikit menembusi kulit rahang, menampakkan seperti jerawat tumbuh.  Sebab itulah ia dibawa ke bilik pembedahan untuk mengeluarkan tulang tersebut.  Kak Sariah cakap di bilik pembedahan lagi ramai doktor dan jururawat ambil gambar dia dan tulang yang sudah dikeluarkan itu.    Kak Sariah menunjukkan botol kecil yang berisi tulang seperti jarum jahit yang besar.  Panjang juga tulang itu hampir-hampir satu inci lebih panjangnya.  "Nak simpan tulang ini untuk kenangan!..."   Hmm...

Pesakit yang seorang lagi pula lain keadaannya.  Pendiam, duduk di tengah-tengah katil dan tidak banyak cakap selain dari jadi pemerhati di sekeliling.  Dia pandang Mak Long ketika berjalan menuju ke bilik air, Mak Long senyum sambil bertanya "Makan apa tu Kak?"  Jawapannya ....."Itu emak ker? Sakit apa?"  Mak Long jawab soalannya mungkin beliau tidak dengar pertanyaan Mak Long tadi.  "Ooooo Makcik tu tak nak makan yer?....."  Alamak...!  Baru Mak Long sedar pesakit tersebut tidak boleh dengar.  Jururawat masuk ketika itu dan bercakap dengannya dengan suara yang tinggi sambil menggunakan gerak tangan.   Fahamlah Mak Long...  Tidak siapa datang melawatnya sepanjang beliau di hospital.  Itulah sekali sahaja seorang wanita muda yang datang ketika masuk ke wad itu.  Kata kakak itu (tidak tanya namanya dan lupalah pulak nak baca tag nama di dinding katilnya).  Katanya telinganya sakit bernanah dan akan dibedah.  Doa Mak Long untuk mereka di wad 18 dan yang  lain-lain supaya cepat sembuh dan sihat seperti biasa.  Amin....  Takutlah kalau dengar dan tengok sendiri keadaan penyakit yang dialami oleh pesakit-pesakit.  Maka pentinglah kita menjaga kesihatan kita agar sentiasa sihat.




Bendera Negeri Johor












16 comments:

  1. asalamualaikum mak long...yeah johorean.....
    bulan ni bulan kemerdekaan..tak pasang ke bendera malaysia kat texas :-))

    bahaya tulang ikan kalau tertelan..biasanya yan kalai tertelan tulang..yan bil gumpalan nasi atau roti..insyallah ok...mungkin makcik ni dah teruk agaknya sampai ke rahang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan. Mak Long pasang bendera Johor... hihihi

      Emak dan Tok Tina pun ada cakap kalau tertelan tulang, kepalkan nasi panas..selawat dan telan kepalan nasi tu. Memang panjang tulang yang pesakit itu tertelan.

      Delete
  2. Assalamualaikum Mak Long...

    bila tinggal di wad memang macam2 perangai dapat kita lihat - baik pesakit mahu pun pelawat.

    Bagaimana dengan kesihatan mak Mak Long sekarang? Semoga semakin sihat hendaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kakcik.

      Tulah memang macam-macam rupa dan perangai kan. Kesihatan Emak tidak banyak berubah. Emak mengidap sakit tulang yang keronik. Ketika sakit Emak tidak dapat menahan bisa. Tidak ada ubatnya lagi cuma yang mampu doktor lakukan adalah memberi ubat tahan sakit dan keselesaannya.

      Delete
  3. Semoga mak cepat sembuh.


    Adik saya tinggal di Parit Keroma

    ReplyDelete
  4. One gets to know and gets involved in their ailments at hosp beds. Very true Mak Long! They reveal about themselves so that the burden is shared. You did well to hear them out. It would mean a lot to them! Regards!

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hank,

      Hanya mendengar dan rasa simpati kepada yang memerlukan sahaja yang kadang-kadang mampu kita beri. Hendak membantu cara yang lain tidak Mak Long sendiri tidak tahu untuk meleraikan kesakitan dan penderitaan mereka.

      Delete
  5. Semoga ibu Mak Long kembali sihat dan ceria seperti dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Uncle. Keadaan Emak kini bolehlah walau tidak sesihat seperti dua bulan lalu.

      Delete
  6. No Ma'am, that was google translate. The only Japanese I know is 'Sayonara'

    Hank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hank, they seem sound so perfect.. I love the sound of the language when spoken. Gentle and pleasing to the ears.

      Delete
  7. Very great post. I simply stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed browsing your weblog posts. After all I’ll be subscribing on your feed and I am hoping you write again very soon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah blog Mak Long. Tulisan Mak Long tidak seberapa hanya masanya sahaja kadang kala terasa tidak terkejar.

      Delete
  8. Assalam Mak Long.. baru sempat kembali melawat blog ni... 8 thn dulu saya juga berumahtangga di hospital jaga arwah suami. . 42 hari...

    ReplyDelete