Pages

Monday, July 27, 2015

Nota Siapa Agaknya?

Assalamualaikum,

Suatu petang di bulan Ramadan baru-baru ini selepas waktu Asar, Mak Long lepak-lepak berhampiran pembaringan Emak sambil melayari sesawang facebook.  Malas hendak nonton TV yang asik-asik menayangkan drama sahaja.  Banyak betul tayangan drama!  Bosan juga menonton kalau hampir semua jalan cerita yang ditayangkan walau tajuknya berlain dekat-dekat hendak sama sahaja.  Lagi-lagi banyak wabak-wabak gadoh dan jerit-jerit serta penindasan sesama sendiri.  Mungkin jalan cerita ada kebenaran hidup orang Melayu kini, tetapi jarang yang mampu memberi contoh ke arah membangun.

Sedang Mak Long ralit dengan ipad kecil, tiba-tiba Mak Long dengar suara lelaki lembut memberi salam di luar pintu tengah.  Mak Long tidak terus menjawab sambil berdiam diri kerana mahu memastikan betulkah pendengaran tadi.  Mak Long pasang telinga, kalau ada bunyi tapak kaki bergerak di luar.  Senyap!  Beberapa saat kemudian sah Mak Long dengar orang memberi salam lagi.  Suaranya sama macam mula-mula tadi.  Lantas Mak Long bangun dan menjawab salamnya kemudian berjalan menuju ke pintu sambil membukanya dan menjengok keluar.  Pelik!  Tidak ada siapa di luar...  Mak Long tanya Along adik ipar yang sedang berjalan hala ke dapur.  "Along, dengar tak suara orang memberi salam kejap tadi?"

Along menjawab, "Tak dengar..." sambil melangkah ke anjong dan menjengok ke tingkap hala ke jalanraya.  "Tak ada sapa pun di luar.....!" 

Mata kami berpandangan...... siapa agaknya ya?  Hai.. hairan kami.  "Berdiri bulu roma, Kak", kata Along.  

"Tak ada apa-apalah Along... pendengaran Mak Long jerr", Mak Long cuba meyakinkan Along.  Mak Long patutnya tunggu salam ke tiga barulah jawab kot!  Tetapi suara itu benar-benar Mak Long dengar dengan jelas.  Suara siapakah itu agaknya....... ?




Siapa Itu?








12 comments:

  1. Seram. Nasib baik siang Ramadhan. Kalau malam... x lena tdo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Mak Long tidak pun berasa takut cuma heran. Mungkin perasan jer.. Kalau ada benda tentu rasa seram kot..

      Delete
  2. Siapakah agaknya? Mungkin 'perasaan' sahaja kot...

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam maklong...merinding baca entri mak long...mungkin ada hamba Allah yang lain menyinggah sebentar kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha agaknya Yan. Asal jangan tunjuk muka serabai bagai udah ler.. Bacakan ayat qursi ....

      Delete
  4. Amboih...Mak Long pandai aihh buat cerita "Twilight Zone!" Walaupun pendek tetapi ber"isi" dan menaikkan bulu kaki! Ala-ala Tamar Jalis! Hahahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi Uncle, Twilight Zone.... ding,,ding...ding.. ding... idak aihh

      Delete
  5. salam aidilfitri maklong, moga2 selamat semuanya., dan maaf zahir batin ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri tiga lalat dan terima kasih. Beraya di mana tahun ini? Mesti ceria dan seronok di samping keluarga.

      Delete
  6. That is an extremely smart written article. I will be sure to bookmark it and return to learn extra of your useful information. Thank you for the post. I will certainly return.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Mobile App Developers. Maybe it was just my imagination.... and I hope so!

      Delete