Assalamualaikum,
Musim panas eloklah bangun lebih awal, masa yang amat sesuai dan baik untuk memulakan aktiviti harian. Semalam cuaca mencecah 103 degrees (39.4 celcius). Hari ini belum tahu mungkin sama atau lebih tinggi lagi panasnya.
Sarapan pagi amat penting untuk memulakan hari seterunya. Tidak perlu banyak, berpada-pada sudah mencukupi. Secawan bancuhan suam perahan dari sebiji jus lemon campur madu lebah adalah satu kemestian sebelum menjamah apa-apa. Kopi 434 panas kaw-kaw dari kampung tidak pernah tinggal. Inilah kemestian untuk Mak Long setiap hari.
Pagi ini (7.00 am) kali pertama kayoh basikal setelah hampir setahun basikal itu tidak berusik dalam garage. Berhabok sedikit...mana tidaknya! Tidaklah jauh kayohnya, hanya keliling-keliling dekat kawasan rumah. Mak Long suka bersukan pergerakan yoga untuk longar-longarkan otot yang sudah tua lagi keras.
Pak Long pula sudah mula dengan kerjanya selepas menabur jagong untuk rusa liar yang datang menagih jagong setiap pagi. Mereka tidak akan pergi selagi tidak dapat jagong. Mereka itu sudah jadi musuh ketat number satu sejak mereka musnahkan tanaman Mak Long. Namun begitu, mereka itu tetap juga jadi penghibur kami setiap pagi.
Rusa jantan akan menghalau semua rusa betina dari mengutip dan memakan jagong. Sungguh tidak "gentleman"! Ada ke gitu!
Pak Long sibuk "power wash" meja dan kerusi luar serta buaian kayu tempat kami sering duduk bersembang bila ada masa terluang dan senang-senang.
Yang ini tugas Mak Long mengisi tabong-tabong apabila bijian burung sudah kosong. Seronok dan rasa terhibur melihat mereka dari pelbagai jenis rupa dan sais datang berebut makan bijian. Tidak ketinggalan juga jus manisan untuk burung kelicap (humming bird). Sejenis burung berbadan yang sangat kecil..mungkin tidak besar dari sais jari. Burung yang punya tenaga yang sangat menkangumkan hanya dengan menghisab jus manisan dari bunga dan jus manisan yang disediakan manusia. Mereka mampu terbang merentas benua meninggalkan tempat pada musim sejuk mencari tempat yang panas dan banyak bunga kemudian kembali semula pada musim bunga. Subhanallah kuasa Allah!
Apabila cuaca mulai panas, mana lagi? Dalam rumahlah tempatnya!

Lima ekor rusa jantan |
Menunggu jagong |
Gadoh berebut jagong |
Rusa jantan akan menghalau semua rusa betina dari mengutip dan memakan jagong. Sungguh tidak "gentleman"! Ada ke gitu!
Tidak cukup-cukup jagong |
Pak Long sibuk "power wash" meja dan kerusi luar serta buaian kayu tempat kami sering duduk bersembang bila ada masa terluang dan senang-senang.
Sibuk! |
Bersepah! |
Yang ini tugas Mak Long mengisi tabong-tabong apabila bijian burung sudah kosong. Seronok dan rasa terhibur melihat mereka dari pelbagai jenis rupa dan sais datang berebut makan bijian. Tidak ketinggalan juga jus manisan untuk burung kelicap (humming bird). Sejenis burung berbadan yang sangat kecil..mungkin tidak besar dari sais jari. Burung yang punya tenaga yang sangat menkangumkan hanya dengan menghisab jus manisan dari bunga dan jus manisan yang disediakan manusia. Mereka mampu terbang merentas benua meninggalkan tempat pada musim sejuk mencari tempat yang panas dan banyak bunga kemudian kembali semula pada musim bunga. Subhanallah kuasa Allah!
Untuk ungas bersayap |
Apabila cuaca mulai panas, mana lagi? Dalam rumahlah tempatnya!
Wild deer but seemed not wild at all. So much fun with nature all at the door step. Wonderful life Mak Long. Please convey regards to Pak Long!
ReplyDeleteHank
Alhamdulillah...everything is of Allah's will and to Him alone we submit our gratefulness and faith. Those deer seemed tamed enough but don't be fooled by them. Jinak-jinak merpati... Pak Long has been feeding them ever since they were babies..
DeleteWalaupun dikatakan rusa liar tapi nampak macam sangat jinak. Mereka tahu di mana untuk mendapatkan rezeki... :)
ReplyDeleteMereka tu jinak-jinak merpati..merbahaya didekati apabila si ibu mempunyai anak baru lahir. Itulah kerja Pak Long tiap hari.
Deleteasalamualaikum mak long :-))
ReplyDeletedah macam duduk dalam safari....bila tengok rusabanyak teringat citer santa claus...huhu
Waalaikumsalam Yan
DeleteTerima kasih masih lagi jengok blog Mak Long. Memang memacam binatang datang cari rezeki keliling rumah dan kawasan kami ni.
macam mana mak long boleh bermastautin di sini??
ReplyDeleteciter lah
Itulah kuasa Allah SWT menentukan kehidupan setiap hambanya di dunia mahu pun di akhirat. Serumpun tumbuhan akan berbeza apabila besar.
DeleteDaging rusa itu mst sedap di makan
ReplyDeleteTerima kasih Nor Azman jengok blog Mak Long. Mak Long tidak pernah menjamah daging rusa di sini. Rasa kesihan hendak dikurbankan kerana daging mereka. Tambahan undang-undang dikenakan mendapatkan lesen bagi mereka yang mahu memburu binatang atau mengail ikan di laut.
DeleteAssalamualaikum...menyinggah sebentar.....
ReplyDeleteTak payah dah ke zoo....binatang ada di depan mata sahaja
Waalaikumsalam,
DeleteTerima kasih Fida Z Ein singgah ke blog Mak Long. Alhamdulillah begitulah.. Mak Long tidak pergi ke zoo kerana kesihan melihat binatang-binatang itu dikurung tidak bebas.
Salam Mak Long ( saya patut panggil Along jer)
ReplyDeleteApa kabar? Bagaimana dengan keadaan ibu? Semuga Allah mempermudahkan segala galanya .
Waalaikumsalam Ghazali ....Mak Long rasa selesa dengan panggilan Mak Long hihi... Alhamdulillah kami sihat. Emak masih begitu juga. Terima kasih kerana bertanya tentang Emak. Salam sejahtera untuk Ghazali dan keluarga.
DeleteAs Salam Mak Long! Perhaps you may wish to see Hank's interview at Poets United. Please convey regards to Pak Long!
ReplyDeletehttp://poetryblogroll.blogspot.com/2015/08/blog-of-week-update-with-kaykuala.html
Hank
That was a great and interesting interview, Hank. I am so impressed with your achievement...you have two books published ... Wow! Also Thank you much for the guide on self publishing. I am still thinking about doing mine.
DeleteYou are an artist too...
Masih ada ruang untuk bersedekah pada burung2 dan rusa.. di KL ni dah jadi hutan batu... sekali -sekala rumah kayangan kami dijenguk sang tupai yg ganas.. habis berlubang2 tupperware dikerjakan.. nak sayang tupai tapi hmmm.. balik kg je baru dpt puas dengar siulan burung..
ReplyDeleteAlhamdulillah, masih banyak ungas dan binatang liar di kawasan kami. Memang dibiarkan mereka sama-sama berkungsi hidup di bumi Allah ini.
Delete