Pages

Thursday, April 2, 2015

Nota Mencari Bluebonnet

Assalamualaikum,

Musim bunga tahun 2015 di benua Amerika bermula pada 20hb March dan berakhir kira-kira awal bulan Jun nanti menurut pusingan musim.  Musim bunga atau dalam bahasa Inggerisnya "spring" ialah di mana peralihan musim antara musim sejuk dan musim panas.  Ketika itu waktu siang beransur menjadi lebih panjang dan cuaca serta suhu juga beransur berasa panas.  Segala jenis tumbuhan dan pokok mula menghijau mengeluarkan pucuk segar serta bunga mekar indah.  Rumput di tepi jalan pun tidak ketinggalan berbunga menyerikan lanskap.  Musim bunga adalah musim yang paling Mak Long gemari selain dari musim luruh.  Melihat serta menikmati keindahan ciptan Illahi memberi ketenangan dalam jiwa.

Minggu lepas Mak Long ajak Pak Long tengok bluebonnet yang telah mula berbunga di sebelah selatan.  Mak Long pula sudah siap sedia dengan camera untuk mengambil gambar.  Bluebonnet adalah bunga kebangsaan Negeri Texas.  Mak Long pernah menulis sedikit tentang blue bonnet Klik Di sini .  Tahun-tahun lepas kami pergi ke kawasan pendalaman bahagian barat "hill country" di mana setiap musim bunga  kawasan itu pasti lebat blue bonnet berbunga.  Setiap padang, lurah dan bukit di selimuti tebal oleh bunga blue bonnet yang membiru warnanya.  



Blue Bonnet


Tetapi kali ini kami berasa hampa kerana blue bonnet belum sedia mengeluarkan bunga lagi di kawasan itu.  Gambar di atas diambil pada musim bunga tahun lepas.  Nampaknya dua tiga minggu bolehlah datang semula.  Di hadapan rumah kami pula baharu hendak keluar putik-putik putih sahaja.  Agak-agak masa mereka galak berbunga dalam dua tiga minggu lagi macam tempat yang kami pergi.



Kawasan Ranch


Kami teruskan juga perjalanan di kawasan "ranch" atau ladang koboi yang luas melaut semuanya.  Jalan raya turun naik bukit yang bengkang bengkok.  Pak Long suka benarlah bawak kereta di tempat-tempat begini kerana tidak banyak kenderaan lain.  Penduduk di sini ramai menjadi "ranchers" memiliki ranch luas di mana ternakan lembu dan kambing dijalankan.  Sama juga di tempat itu, blue bonnet belum keluarkan bunga lagi.  Aleh-aleh sebelum kami sampai di perkampungan kecil di Kandellia, kami terserempak dengan satu kumpulan lembu "longhorn".  Tanduk longhorn yang paling panjang pernah Mak Long saksikan.  Rupa-rupanya kumpulan longhorn itu sedang mengawan, menguak bising memanggil beberapa lembu betina yang berada di seberang jalan tetapi tidak dapat keluar dari pagar.  Dulu pun pernah Mak Long menulis tentang lembu jenis longhorn Klik di sini .  Bluebonnet yang dicari lain pula yang ditemui.



Longhorn


Longhorn


Longhorn


Longhorn sedang mengorat
















8 comments:

  1. Wah... tetiba kakcik terbayang kalaulah tanduk lembu itu menikam ke perut! Mahu terbarai dan tergantung di hujung tanduk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi Kakcik, kami diberitahu lembu jenis ni tak bahaya nampak jer mengerikan. Katanya tidak garang boleh ditunggang macam tunggang kuda cuma tak lari laju. Dah sah telor tak boleh duduk di hujung tanduk tu kan...

      Delete
  2. cantiknya blue bonnet tu, tak pernah tengok, yang akak tau scotch bonnet je antara cili yg terpedas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga bluebonnet memang cantik dan sesuai tumbuh melata di Texas. Ia berbunga setahun sekali sahaja. Pokoknya suka cuaca sejuk dan tempoh membesar pun panjang dari akhir Oktober hinggalah awal March. Bulan June pokoknya mati tinggal benih jer.

      Delete
  3. wah cantiknya gambar. kenapa x letk watermark huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe terima kasih Mat Remos. Tak pandai nak letak watermark tu. Boleh tolong ajar Mak Long?

      Delete
  4. Amboihh cantik sunggoh aihh gambaq bunga tu semua....lembu pon jadi cantik tengok gambaq mak long! Nice shots...well done Mak Long!

    ReplyDelete
  5. asalamualaikum mak long...masak apa hari nie :-))
    jangan kacau longhorn tu mak long..nanti terbantut....huhuhu..

    ReplyDelete