Pages

Tuesday, April 7, 2015

Nota Perjalanan Ke Utara Amerika (Hari Pertama)

Assalamualaikum,

Semenjak Mak Long balik dari Malaysia baru-baru ini Pak Long sudah merancang untuk perjalanan ke Washington State melihat festa bunga tulip di mana festa ini diadakan setiap tahun di awal musim bunga.  Mulanya Pak Long merancang ke sana dengan menaiki kapal terbang kemudian menyewa kereta untuk melawat sekitar tempat di sana.  Tetapi akhirnya ambil keputusan pergi dengan kereta lebih seronok dapat melihat keindahan tempat-tempat yang di lalui.  Tarikh yang ditetapkan kami bertolak ialah hari ini bersamaan 7hb April, 2015.  Perjalanan yang sangat jauh, meletihkan tetapi menyeronokan kerana berpeluang melihat keindahan ciptaan Allah.  

Jam loceng berbunyi jam lima pagi.  Pak Long bangun matikan jam kemudian baring balik. Mak Long sambung baring sebentar sementara tunggu azan subuh. Tidur ayam jer.  Kami bertolak jam 7 pagi memulakan perjalanan musafir ke Washington States.  Kalau tiada apa-apa halangan, tidak penat dan kami sihat, mungkin meruskan perjalanan ke Canada melawat sahabat kami Jack dan Ann Pettit di sana.   Cuaca pagi sejuk!  Sampai daerah Kerville, kami berhenti untuk sarapan pagi, laparlah..  Pekena pancake and kopi panas.  Di Texas ni kalau pesan makanan walaupun kita pesan yang paling sikit, makanan yang sampai kemeja mengalahkan untuk makan tiga empat orang.  Tiga keping pancake sebesar pinggan 8"x8" besarnya setiap satu dengan blackberry jam dan whip cream di atasnya memang senak nafas hendak menghabiskan.  Itu pesanan paling kecil.  Yang mampu makan tidak sampai satu keping.  Membasir!  Mana taknya mereka di sini ramai yang debab-debab!

Kami memandu bergilir-gilir tidaklah penat sangat.  Texas ni terlalu besar, ambil berjam-jam hendak keluar dari negeri ini untuk sampai sempadan New Mexico.  Highway 10 yang lazim orang sini panggil ialah I-10. Lebuhraya ini penyambung jalan dari hujung timur ke hujung barat USA.  Lebuhraya menggunakan nama angka genab melintang dari timur ke barat manakala lebuhraya dengan nama angka ganjil pula arah jalan dari utara ke selatan.  

Semakin jauh perjalanan ke barat maka keadaan setempat semakin kering dan suhu semakin panas hingga mencecah setinggi 89 darjah feranheit.  Pokok dan rumput semakin berkurang dan reneh, tumbuhan bantut kerana kekurangan air.  Gunung ganang boleh dikatakan botak hanya yang tumbuh pokok bantut...desert.  Ada anak sungai panjang di sana sini tetapi setitik air pun tiada.  Tidak tahu apa hendak panggil dalam bahasa Malaysia dalam perkataan dessert.  Desert kalau diterjermahkan bermakna padang pasir tetapi ini bukan padang pasir.  Entah Mak Long bukan ahli bahasa he he he...  

Kami guna pandu arah GPS.  Minah GPS ini pulak gagap, geli hati!  "Tur turn rerrr right ahead". Hahahaha bodohnya..  Macam mana tidaklah tahu boleh terbeli GPS suara gagap...

Sepanjang perjalanan di kiri kanan jalanraya terdapat semua jenis rumput mengeluqrkqn bunga berbagai warna, biru, ungu, merah dan kuning menghiasi alam seperti permaidani menutup bumi.  Cantik!  Begitu juga terdapat banyak beratus "wind generator" terpacak tinggi berfungsi untuk bekalan kuasa letrik.

Kami selamat sampai di sempada New Mexico jam 1:40 petang dan nampak papan tanda di tepi jalan memberitahu "mountain time change" maknanya waktu di New Mexico berubah dilewatkan satu jam kebelakang.  Makannya masa berubahlah jadi pukul 12:40 tengahari.

Pak Long bercadang untuk bermalam di Bandaraya Albuquerque, New Mexico semalam dan hari esok pagi-pagi teruskan perjalanan ke Negeri Utah singgah di "The Four Corners" di mana empat penjuru negeri bertemu (Arizona, Utah, Colorado dan New Mexico) kemudian melawat Arches National Park dalam daerah Muab, Utah yang tersohor dengan bentuk-bentuk ukiran batu batan berbagai bentu semula jadi yang unik.  Mungkin kami akan berada di sana lebih dari semalam.  Kami sampai di Bandaraya Albuquerque hampir jam 6:30 petang waktu "mauntain time".  Cuaca di sini masih sejuk dan memerlukan pakaian tebal.   Pak Long siang-siang sudah tidur... Mengamtuk dan penatlah tu!














7 comments:

  1. asalamualaikum mak long...semoga perjalanan mak long dan pak long dipermudahkan...amin...selamat pergi dan balik..amin...

    psst...mak long sesekali tepek lah gambar makanan org putih ...mak long kat sana ada tak warung macam kat malaysia :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan. Terima kasih doa Yan untuk kami, amin..

      Jangan ketawakan Mak Long yerr, Mak Long sebenarnya kurang minat makanan omputih.. Tekak makcik Melayu ni sambal belacan tu juga yang dicari. Hihihi... Mak Long belum pernah jumpa warong macam kat Malaysia. Undang-undang menjual makanan sangat ketat dlm pengendalian bahan makan. Silap haribulan kena saman kalau ada orang dapat sakit kerana makanan masakan kita.

      Delete
    2. texas utama kan kbersihan..betul juga..kat malaysia kbanyakan warung nya tidak mnjaga kbersihan...

      Delete
  2. Seronoknya 'mengembara' berdua-duaan menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi disamping mengeratkan kasih sayang suami-isteri... :)

    Suatu hari nanti, kalau di izinkan Allah, ingin rasanya menjejak ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sementara badan masih larat nilah peluang nengok2 tempat orang. Di samping itu kungsi dengan kawan-kawan yang belum dapat peluang pergi ke tempat-tempat macam ni. Mak Long doakan agar Kakcik dan kawan-kawan semua berpeluang melihat kebesaran Allah...Amin.

      Delete
  3. Kalau bukan padang pasir. 'Padang jarak, padang terkukur' lah Mak Long. Peribahasa itu bererti musnah.

    Agaknya lah........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi Pak Mail... Lama tak dengar peribahasa Itu. Boleh tak kalau kita tukar seperti tanah tandus? Marah ahli bahasa nanti kat Mak Long...

      Delete