Pages

Wednesday, April 29, 2015

Nota Perjalanan Ke Utara Amerika (Hari Ke Lima dan Keenam)

Assalamualaikum,

Dari catatan:  11hb April, 2015  (Oregon/Washington State)


Semalam Mak Long tidak sedikit pun memandu.  Kesihan Pak Long memandu seorang selama 11 jam, berhenti hanya untuk sekali isi minyak dan makan tengahari.  Waktu petang kami baru sampai di Bandar Ontario, Oregon.  Kami pusing-pusing kelililing bandar tersebut.  Kecil sahaja bandarnya dan berhampiran dengan sempadan Utah.  Sebelum senja Pak Long sudah siap isi minyak untuk sambung perjalanan esok.  Keistimewaan tempat pam minyak di Oregon ialah pelangan dilarang mengisi minyak kereta sendiri.  Tugas itu dilakukan oleh pembantu tempat pam minyak, macam di Malaysia suatu waktu dulu.


Malam tadi kami bermalam di Best American Value Hotel, Ontario, Oregon.  Biasa-biasa sahaja hotel ini tiada keistimewaan, namun Mak Long tetap bersyukur dapat merehatkan badan yang sedang dilanda mengidap sakit letih.  Aduihai sudah tua tubuh ini, urat semua sudah kendur gelebir, lutut pulak selalu sengal tetapi hati ini pula berasa muda.  Mungkin itulah satu-satunya sumba semangat dan cabaran untuk terus maju ke hadapan tidak mahu menyerah kalah pada perkara yang remeh temeh.  Entahlah!  Yang penting ialah kesihatan dijaga dan menjaga keimanan di hati serta melakukan segala yang diperintah oleh Nya.

Jalan licin dan berair batu

Pagi ini cuaca di Oregon lembab dan muram.  Matahari tidak mahu keluar menyinarkan cahayanya ke bumi.  Suhu pagi ini hanya 50-55 degree feranheit (12-13 celsius).  Not bad at all!  Semalam ketika kami sampai suhu panas hingga 70-75 degree, seronoknya tidak payah pakai baju tebal-tebal.  Sesungguhnya negara kita Malaysia sangat bertuah mempunyi cuaca yang rata-rata sentiasa sama suhunya sepanjang tahun..hujan atau panas.  Tidak perlu sarong pakaian tebal setiap kali apabila hendak keluar rumah di musim sejuk.  Tidak perlu buka dan sangkut di dinding pakaian tebal apabila masuh ke rumah atau di tempat kerja.  Tidak perlu selamatkan tanaman dari suhu beku di luar.  Tidak perlu tolak salji yang menutup jalan. Tiada sebab kita anak Malaysia tidak berasa bertuah dan bersyukur atas nikmat yang diberi Allah.

Cuaca buruk dan salji turun

Pukul 7:40 pagi selepas sarapan baharulah kami bertolak menghala Washington State.  Perjalanan ini dijangka akan mengambil masa selama lebih kurang tujuh jam lebih sejauh 550 batu jauhnya (lebih kurang 885 km).  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Pak Long sangat menitik-beratkan mengikut jadual waktu yang sudah ditetapkan agar satu-satunya untuk menjaga keselesaan diri dan sampai ke tempat yang dimaksud tepat pada masa yang dijangka.  Tidak berapa jauh setelah dalam perjalanan kami nampak papan tanda digital berklik-klik memberitahu "Pacific Time Change".  Maknanya waktu dikebelakangkan satu jam.   Dua jam kebelakang dari waktu di Texas.  Mak Long kira tidak perlulah perbetulkan waktu pada jam tangan Mak Long.  Cukuplah jam di kereta sudah tukar dengan sendiri mengikut waktu tempatan.
Sepanjang Lebuhraya I-48 cantik memperlihatkan deretan banjaran pergunungan tinggi menghijau sementara dicelah-celah kehijauan itu terselit kumpulan bunga liar warna kuning cerah yang mula tumbuh menyambut sinar musim bunga.  Kawasan pertanian luas terbentang saujana mata memandang hingga ke kaki pergunungan.



Trafik Jam

Sampai di suatu tempat pergerakan kenderaan di lebuhraya sebelah kami agak perlahan.  Rupanya ada satu kemalangan teruk melibatkan dua buah truck 18 tayar (18 wheeler) di sebelah jalan hala mendatang.  Pemandu-pemandu sebelah kami sibuk hendak melihat kemalang tersebut.  Di jalan sebelah pula sudahlah jam, beratus-ratus buah kenderaan tersangkut tidak bergerak.  Tidak tahulah sudah berapa lama kemalangan tersebut berlaku.

Oregon ialah sebuah negeri letaknya di utara Utah dan di selatan Washington State.  Oregon mempunyai banyak sejarah silam yang menarik.  Di antaranya ialah kesah penghijrahan orang kulit putih secara beramai-ramai dari sebelah timur ke sebelah barat Amerika iaitu Oregon untuk memulakan penghidupan baharu yang lebih baik.  Penghijrahan itu dinamakan "The Oregon Trail".  Sejarah "The Oregon Trail" telah difilemkan banyak tahun dahulu.  Begitu juga beberapa penulisan bersangkutan dengan kesah tersebut diperbukukan.  Bagus ceritanya yang mengambarkan pengurbanan, penderitaan, perwiraan dan kecekalan mereka menempuh pelbagai rintangan dan cabaran.

Snow plough (mesin tolak salji)

Rantai tayar diambil dari google

Banyak papan tanda memberi amaran penting - "No stopping except while chainning".  Di sisi jalan selari dengannya di mana disediakan lorong luas untuk kenderaan berhenti khusus untuk memasang rantai tayar apabila cuaca buruk dengan ice dan salji.  Waktu-waktu begini jalanraya licin dan merbahaya namun ada juga dajal yang memandu laju tidak kesah keselamatan orang lain.  Traktor khas (gambar di atas) untuk menyodok salji di atas jalan menjalankan tugas berat ketika keadaan bersalji.  Cuaca semakin suram dan suhu menunjukkan 35 degree.  Rantai tayar perlu dipasang pada tayar kenderaan apabila cuaca buruk dan salji tebal di atas jalanraya.  Rantai yang dipasang membantu memberi cengkaman berkesan pada jalan yang bersalji daripada mengelungsur ketika kenderaan sedang bergerak.



Pertanian di Washington State

Washington State sangat cantik dan kami selamat sampai ke sana jam 10.15 pagi.  Banjaran bukit dan gunung terserlah keindahanya di mana tumbuhan mulai samar-samar menghijau.  Di puncak gunung yang tinggi pula masih diselaputi salji memutih bersih.  Melihat dari mata kasar negeri ini mempunyai tanah yang sangat subur.  Pelbagai jenis tanaman seperti anggur, apple, apricot, kentang adalah antara tanaman penting di situ.  Kebanyakan bukit dan lurah digunakkan untuk pertanian.  Ternakan lembu untuk daging dan susu juga menjadi satu dari sumba ekonomi negeri itu.  "Red apple" sejenis apple merah lazim terdapat di pasaraya di seluruh dunia adalah dari negeri ini.   



Ladang apple

Ladang apple
Ibu Washington State ialah Olympia.  Bandar terbesar di Washington State ialah Bandaraya Seattle.  Minuman air kopi istimewa "Starbuck" telah diperkenalkan di bandaraya ini.  Kopi Starbuck mempunyai cawangan terbesar dan terkenal di seluruh dunia.  Setahu Mak Long harga minuman kopi Starbuck mahal jika dibandingkan dengan harga air kopi di tempat-tempat lain.  Entah tidaklah tahu sebab-sebab mengapa air kopi jenama itu digemari ramai.  Rasanya air kopi mereka sama sahaja rasanya dengan air kopi di mana-mana.  Di Kuala Lumpur pun ada cawangan minuman kopi Starbuck.  


Pondok kedai kopi

Setiap bandar dalam Washington State yang kami singgah, didapati banyak pondok-pondok kecil yang menyedia dan menjual minuman kopi atau susu cocolat panas.  Anggapan Mak Long tentulah mereka di sana suka minum kopi panas terutama dalam cuaca sejuk.  Pondok-pondok itu kemas dan bersih terletak di tepi-tepi jalanraya atau berhampiran dengan tempat menunggu bas.

Kami tidak pergi ke Seatle.. tidak berminat melalui bandaraya sibuk pun ia dan beberapa sebab lain.  Kalau boleh tidak mahu langsong masuk dalam kawasan bandar, selalu memeningkan kepala!  


Dari catatan:  12hb April, 2015



Tulip


Kami menginab di Hampton Inn, Burlington selama dua malam.  Besar juga bandar ini.  Ia berhampiran dengan Skagit Valley iaitu perkampungan penanaman tulip, daffodil dan iries secara besar-besaran setiap tahun.  Setiap tahun di awal musim bunga festa tulip iaitu "Skagit Tulip Festival" dianjurkan antara 1 hb April hingga 30hb April.  Mak Long adalah pengemar tulip.  Itulah makanya kami sampai di situ.  Lihatlah gambar-gambar tulip itu, macam mana tidak jatuh cinta padanya!  Tidak terkata indahnya ciptaan Allah...




Tulip

Tulip

Tulip

Tulip

















8 comments:

  1. asalamualaikum mak long..alhamdulilah mak long sudah selamat kembali ke rumah...
    subhanallah..cantiknya bunga tulip tu....warna merah cantik...rasa nak potong semua :-))...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan. Terima kasih. Tulip kegemaran Mak Long. Di negara empat musim bunganya besar sebesar mug kopi gitu. Di Malaysia kalau tanam susah hendak hidup dan bunganya kecil.

      Delete
  2. Salam Mak Long.
    Saya ingat sangat dengan Washington apples yang warna merah terang-benderang tu! Saya paling tak suka sewaktu salji sebab banyak kena bersalin baju...termasuklah kasutnya sekali dan apabila snow cair, mulalah jalanraya kotor berwarna hitam! And true Mak Long, walau apa orang kata, saya tetap kata negara kita yang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Uncle. Haa dulu cik gu kesihataan Mak Long cakap "an apple a day keeps a doctor away".. boleh tanya pulak kat cikgu kalau makan jambu batu bolehtak? Hahaha pening cikgu! Salji cantik dipandang dan seronok main salji tapi bila bab salji cair serupa macam lumpur liat lepas hujan.

      Delete
  3. salam ramadhan mak long, chantek gmbr tulip itu kanns.,
    2 bulan lepas sy pegi gak festival tulip kat singapore jee , tu je yg mampuu ., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri tiga lalat. Maafkan Mak Long lambat sangat menjawab. Mak Long ni sibok manjang tak tau apa yang disibukkan. Singapore pun ada buat festival tulip yer... Baguslah tak payah susah pergi jauh nak tengok tulip.

      Delete