Pages

Sunday, April 12, 2015

Nota Perjalanan Ke Utara Amerika (Hari ke empat)

Assalamualaikum,

Dari catatan:

Rasa letih itu memanglah terasa keletihan hingga nak melangkah pun rasa tidak larat.  Old age is catching up faster than you ever think!  Tetapi Mak Long berpendapat peluang yang diberi untuk mengembara melihat serta menekmati ciptaan yang maha Agong tidak mahu dilepaskan sementara boleh lagi melihat dan bergerak.  Mungkin dengan semangat ini juga maka datangnya tenaga untuk berjalan kaki jauh-jauh semata-mata kerana hendak melihat kebesaran dan keagongan ciptaan Allah SWT.  






Pagi ini kami bersarapan bekalan yang dibawa dari rumah.  Mak Long minum air kosong dengan perahan jus lemon dan jus sayur serta biskot kering.  Diet sikit! Check out dan bertolak dari hotel pukul 7:20 pagi.  Isi minyak penuh dan bersihkan cermin kereta kami sudah bersedia untuk perjalanan jauh menghala ke Salt Lake.  Suhu pagi ini antara 20-40 degree feranheit.   Lama-kelamaan sudah jadi biasa dengan cuaca sejuk begitu.  Pemandangan dalam perjalanan di Lebuhraya-70 (I-70) dikelilingi oleh banjaran panjang gunung-ganang batu besar dan tinggi.  tidak nampak pokok tumbuh selain dari rumput pendek.  Kadang kala kelihatan bukit-bukit berwarna kehijauan yang berlatar belakang banjaran gunung batu berwarna merah dan kebiruan.  Kehijauan bukan kerana rumput tumbuh tetapi memang warna semulajadi begitu.  Walaupun tidak ada keistimewaan yang nyata namun pemandangan tetap indah dan menarik.  Besar sungguh ciptaan Allah untuk dinekmati.....










Sebelah timur Negeri Utah rata-rata mengandungi banjaran pergunungan berbatu pejal padat.  Di sebelah utara negeri mempunyai lanskap yang berlainan di mana buminya lebih subur untuk pertanian dan pemandangan yang lebih menarik.




Kami sampai di Salt Lake City waktu makan tengahari.  Lalu lintas kawasan bandaraya itu sangat sibuk.  Mata sibuk mencari tempat yang sesuai.  Tekan butang si minah GPS melayari senarai restauran setempat yang berhampiran.  Hmmmm macam-macam nama tempat makan.  Cari punya cari dapatlah Restauran Red Lobster.  Maka ke situlah arah kami.  Restauran Red Lobster ini menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan laut.  Mak Long pesan ikan sebelah (ikan lidah) bakar, kentang bakar dibelah tengah kemudian letak mentega, sour cream, keju di atas kentang itu, sepinggan ceasar salad dan biscuit (roti berupa bun...omputih di sini panggil biscuit).  Kebanyakan restauran di sini menyediakan dua pilihan iaitu "lunch potion" atau "dinner potion".  "Lunch potion"  lebih kecil.  Tapi sungguh kecil pun, pinggan besar sarat juga yang datang ke meja.

Seperti selalulah Pak Long tiba-tiba melencong masuk lorong keluar dari lebuhraya.  Jalannya sempit dan sedikit berlubang-lubang.  Hari pula hujan renyai membuat hati ini risau.  Terjumpalah pulak satu jembatan cantik di bawahnya ada jalan keretapi macam di dalam gambar di bawah ini.












Sepanjang perjalanan pemandangan memang sangat cantik, nampak banjaran gunung tinggi yang masih bersalji, padang ragut yang luas dengan binatang ternakan lembu juga lembah pertanian menanam rumput yang dijadikan "hay" sebagai makanan ternakan di musim sejuk.  

Destinasi yang kami tujui masih jauh terpaksa melalui negeri-negeri Utah, Idaho dan Oregon.  Negeri Idaho terkenal dengan pengeluaran kentang terbesar di Amerika dan dunia.  Kentang itu dikenali dengan nama "Idaho potatoes".  Antara negara yang mengimpot kentang ini adalah Malaysia sendiri yang pernah Mak Long temui di pasaraya di Kuala Lumpur.  

Hari ke empat dipenuhi dengan memandu kereta selama lebih kurang 11 jam di lebuhraya.  Berhenti hanya untuk makan, isi minyak dan melepaskan keperluan di tempat rehat termasuklah side track yang Pak Long lakukan.  Kami terpaksa berhenti dan bermalam di American Best Value Hotel di utara Negeri Oregon.  Hotel biasa-biasa sahaja cukup untuk melepas lelah memandu.   Kami sambung perjalanan ke destinasi awal pagi.













15 comments:

  1. Adoi Mak Long, kalau saya yang memandu, mahu tertidur sekerat jalan sebab cantik sangat pemandangan...teringin pulak nak pergi ni!

    ReplyDelete
  2. Nampak lengang dan sunyi jalan itu tapi cantik...SubhanAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lengang jalan tu. Mak Long takut bilalah beruang hitam keluar dari bawah jembatan tu

      Delete
  3. Salam Mak long... Pengembaraan yg menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, saja jalan-jalan selagi masih sihat Esok-esok bila dah tak larat duduk rumah pulak. Mak Long suka dapat berkongsi gambar-gambar tempat yang dilawati kepada kawan-kawan.

      Delete
  4. subhanallah..perjalanan yg sungguh menarik pada pengamatan saya...
    salam kenal mak long..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kamsiah. Terima kasih sudi singgah ke blog ini.

      Delete
  5. Replies
    1. Ciptaan Illahi tidak ada siapa yang boleh mengatasi Nya kan Pak Mail..

      Delete
  6. ikan lidah pun dekat texas ada....nasib baik yan baca catatan mklong..sekurang kurangnya walaupun tak jejak kaki kat sana ..yan tahu lah serba sikit...:-))

    ati2 pak long memandu...jaga diri mak long

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jenis ikan di Malaysia ada terdapat di perairan sini. Ketika kami tinggal di Freeport, Texas dulu ikan lidah boleh dikail dari pelantar rumah kami yang terletak di pinggir terusan. Begitu juga ketam biru boleh dipasang jerat senang masuk perangkap

      Delete
    2. Terima kasih Yan, Alhamdulillah Pak Long pemandu yang cermat.

      Delete
  7. asalamualaikum..apa khabar maklong....masih mengembara ke...arap2 mak long dan pak long sentiasa dilindungi Allah walau dimana jua berada :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan. Terima kasih doa Yan dan Mak Long harap Yan dan keluarga pun begitu juga. Alhamdulillah kami baik-baik saja. Sudah seminggu balik rumah. Belum ada kesempatan hendak masukkan entri. Ada tetamu beberapa hari ini. Anak Mak Long SH pun balik di hujung minggu, tu yang senyap jer..

      Delete