Pages

Sunday, May 5, 2013

Nota Blue Bonnet

Assalamualaikum,


Bluebonnet

Bluebonnet ialah sejenis bunga liar yang banyak tumbuh melata khasnya di negeri Texas terutama di sebelah barat tengah kawasan yang sedikit gersang dan berbukit.  Bunga ini diberi nama begitu kerana warnanya serta bentuknya menyerupai seperti "sunbonnet" iaitu sejenis topi pakaian wanita di era tahun 1900han dahulu.  Bunga ini juga dipanggil berbagai nama seperti "buffalo clover", wolf flower" dan dalam bahasa Sepanyol ia dipanggil "el conejo" (arnab).  Sekurang-kurangnya empat specis bluebonnet yang dikenal pasti terdapat di Texas iaitu L. havardii, L. concinnus, L. perennis dan L. plattensis.  Orang asli Amerika menganggap bunga ini sebagai pemberian dari "Great Spirit".



Dalam tahun 1901 bunga bluebonnet telah diistiharkan sebagai bunga kebangsaan Negeri Texas.  Dalam tahun 1930han pula arahan dari Jabatan Lebuhraya untuk menabur benih dan menanam bluebonnet di sepanjang lebuhraya sebagai satu program memperindahkan lagi di merata lebuhraya di Texas.  Bluebonnet berbunga hanya setahun sekali mulai awal bulan Mac hinggalah bulan May.  Masa kini apabila musim bunga bluebonnet akan kelihatan di merata pinggiran lebuhraya, bukit, gunung, di kawasan rumah dan di mana-mana sahaja di Texas.  Lihatlah gambar-gambar yang Mak Long sertakan betapa indahnya cipatan Illahi untuk dinikmati oleh umatnya dan setiap makhluk yang diciptanya.



Minggu lepas iaitu 25hb April, 2013 kami ke University of North Texas di Denton, Texas meraikan pamiran pencapai kejayaan Puteri di bidang akademi yang diceburinya sungguh membanggakan.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang lima jam dari kediaman kami.   Pemandangan di kiri kanan perjalanan iaitu di lebuhraya I-130 yang baru siap dibina sungguh menajubkan keindahannya.  Bluebonnet memaparkan membiru seperti hamparan tebal luas terbentang di setiap bukit dan padang.  Masya Allah sesungguhnya Engkau maha besar dan hebat.....




















Nota:   Setiap insan perlu bersyukur serta menghargai dan menjaga segala keindahan ciptaan Allah untuk dinekmati bersama.














No comments:

Post a Comment