Assalamualaikum.......
Ogos 1998 hingga Januari 1999 Pak Long mengikat kontrak dengan Syarikat Shaws bertugas untuk syarikat gergasi cari gali minyak dan gas Farmosa Petrochemical di Mai Liou, Taiwan. Mak Long tinggal di Malaysia menguruskan hal keluarga dan anak-anak. Apabila ada kelapangan sahaja baharulah Mak Long berpeluang mengikut Pak Long di Taiwan. Tambahan tempat Pak Long bertugas bukanlah dalam bandaraya. Mai Liou adalah kawasan baru yang diusaha-bangunkan oleh Farmosa Petrochemcial, sebagai pusat pengeluaran cari-gali minyak dan gas terbesar di Taiwan. Tempat ini jauh dari bandaraya Taipei, ibu negeri Taiwan. Dalam bulan September 1998 Pak Long datang mengambil Mak Long ke Taiwan beberbapa bulan di sana.
Tok Kong di Mai Liou |
Perjalanan dari bandaraya Taipei ke Mai Liou mengambil masa beberapa jam. Hari kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei sudah lewat malam, jadi kami bermalam sahaja di apartment milik Syarikat Shaws. Kami meneruskan perjalanan ke Mai Liou pagi esoknya dengan taxi. Mai Liou bandar kecil tetapi penduduknya sangat ramai. Disini tidak ramai yang boleh berbahasa Inggeris. Ramai pekerja-pekerja yang datang khas dari negara-negara asing seperti dari negeri England, Amerika dan lain-lain di situ untuk menyumbangkan khidmat kemahiran mereka.
Tempat tinggal kami ialah sebuah apartment yang sangat selesa lengkap dengan perabut sekali. Mak Long paling suka sekali ialah tandasnya yang istimewa. Ia mempunyai funsi pemanas tempat duduk, pemancut air suam untuk cebok dan alat pengering ponggong. Tidak perlu guna kertas tisue. Paling tidak gemar ialah bantal orang Taiwan; semua bantal mereka keras seperti batu bata. Mak Long buka dan jahit semula semua bantal-bantal kami dan keluarkan isinya mengikut kegemaran kami. Seminggu sekali pihak penjaga apartment akan datang membersihkan tempat tinggal kami. Makan dan minum disediakan tetapi kami tidak mengemarinya. Makanan yang disediakan tidak halal dan tidak banyak pilihan bagi kami berdua selain dari sayuran dan buah-buahan. Mak Long makan banyak magie mee dari Malaysia hingga naik muak! Hari minggu kami ke bandar melihat-lihat kehidupan orang Taiwan.
Tempat tinggal kami ialah sebuah apartment yang sangat selesa lengkap dengan perabut sekali. Mak Long paling suka sekali ialah tandasnya yang istimewa. Ia mempunyai funsi pemanas tempat duduk, pemancut air suam untuk cebok dan alat pengering ponggong. Tidak perlu guna kertas tisue. Paling tidak gemar ialah bantal orang Taiwan; semua bantal mereka keras seperti batu bata. Mak Long buka dan jahit semula semua bantal-bantal kami dan keluarkan isinya mengikut kegemaran kami. Seminggu sekali pihak penjaga apartment akan datang membersihkan tempat tinggal kami. Makan dan minum disediakan tetapi kami tidak mengemarinya. Makanan yang disediakan tidak halal dan tidak banyak pilihan bagi kami berdua selain dari sayuran dan buah-buahan. Mak Long makan banyak magie mee dari Malaysia hingga naik muak! Hari minggu kami ke bandar melihat-lihat kehidupan orang Taiwan.
Bandar Mai Liou |
Bandar Mai Liou ada persamaan seperti kebanyakan bandar-bandar (China town) yang terdapat di Malaysia. Lalu lintas sentiasa sibuk, kotor dan banyak habuk. Orang China di sini suka makan sirih, pinang dan tembakau pula dibuat songel. Terdapat kesan air ludah di mana-mana sahaja di kaki lima bangunan, jalan raya dan parit. Kotor!!!! Banyak pondok-pondok kecil di tepi-tepi jalan, di sisir bangunan dan simpang jalan yang menjual bahan-bahan ini. Mengingatkan Mak Long nenek-nenek tua saudara Mak Long biasa bersongel tembakau dan makan sirih, pinang dengan secalit kapur.
Pondok ini jual sirih, pinang dan tembakar |
Pendudunya terlalu ramai dan keluasan tanah untuk perumahan mereka sangat terhad dan kecil. Namun begitu mereka suka bercucuk tanam dan berniaga. Tidak ada tanah kosong terbiar semuanya diusahakan dengan berbagai cara perhumaan padi, sayuran dan ternakan kecil-kecilan. Orang China kuat dan rajin bekerja.
Pemandangan di pasar basah di Mai Liou |
Mak Long dapati orang Taiwan suka memandu kenderan laju seperti orang gila. Undang-undang lalu lintas tidak dihiraukan. Lampu isyarat bagaikan tidak siapa yang ambil indah. Sudah tentulah kadar jumlah angka kemalangan lalu lintas sangat tinggi. Setiap kenderaan terdapat kemik-kemik di sana sini kesan kemalangan. Mak Long sungguh kecut dan kuatir setiap kali berada di dalam kenderaan. Satu lagi yang tidak menyenangkan hati ialah pemandu-pemandu di sini mengamalkan bercakap kuat dalam talipon bimbit sambil memandu. Penduduk Taiwan juga ramai menunggang motosikal (scooter) sebagai kenderaan utama serta terdapat juga banyak perkhidmatan bas awam dan taxi haram!
Bandaraya Taipei |
Satu hari sahabat kami Ann Petit dan Mrs Cleo seorang wanita Perancik mengajak Mak Long pergi ke Taipei. Sahaja jalan-jalan sementara suami kami sibuk berkerja. Waktu pergi kami menaiki taxi tanpa sebarang masalah. Di Taipei kami berjalan di mana sahaja kaki kami bawa. Ann dan Mak Long sangat berhati-hati tidak makan makanan atau minum yang dijual dijalanan. Kami dinasihatkan agar tidak sesuka makan di kawasan awam kerana bekalaan air belum tentu bersih tambahan banyak habuk berterbangan di udara. Lain pula halnya dengan wanita Perancis itu. Dia tidak kisah, bantai sahaja apa yang dia suka. Antara tempat-tempat yang kami pergi ialah pasar jade. Di sini macam-macam ada jual dan murah tetapi kena berhati-hati dengan barang tiruan seperti jade dan emas.
Ann Petit dan Mrs Cleo wanita Perancis |
Perjalanan balik ke Mai Liou tidak sebaik yang kami jangkakan. Masaalah bahasa kami tidak dapat berkumunikasi dengan baik. Semua papan tanda dalam bahasa dan tulisan China. Tulisan cakar ayam! Mujurlah ada seorang China yang kami temui boleh bercakap Inggeris sedikit dan memberi sedikit pertolongan. Orang China di sini mereka tidak berapa suka menghulur bantuan kepada orang luar! Apa pun sebab mereka begitu wallahwaklam.... Kami dapat menaiki bas yang membawa kami balik ke Mai Liou....aduhi lajunya bas itu dipandu. Suami kami sudah bimbang dan hampir membuat repot polis kerana kami tidak sampai ke kediaman pada masa yang dijanjikan. Hampir jam lapan malam baru kami sampai. Ternyata kebimbangan di muka Pak Long.....
Pasar jade, Taipei |
Pasar lambak, Taipei |
Hanya selama tiga bulan sahaja Mak Long sanggup menemani Pak Long di Taiwan. Selepas itu Mak Long balik semula ke Malaysia beberapa bulan sebelum pulang ke Amerika.
NOTA:
Lain tempat lain adatnya.
No comments:
Post a Comment