Assalamualaikum.....
Menunggang motosikal berinjin kuasa tinggi adalah kegemaran Pak Long sejak zaman mudanya lagi. Harley Davidson.. hanya itulah jenis motosikal kegemaran number satu selain dari menikmati makanan enak. Dia akan merempit motosikalnya setiap ada peluang terluang tidak kira di mana dan masa. Pak Long sanggup berhabisan duit yang banyak menokok tambah barangan pada injin dan badan motosikalnya agar lebih laju dan canggih! Anih sungguh tabiat manusia mempunyai berbagai ragam, cara dan gaya.
Mak Long sebenarnya tidak begitu berminat dengan motorsikal walau apa juga jenisnya. Seumur hidup sebelum ini hanya satu kali sahaja pernah memboncing motorsikal cabok Pak Teh Man, bapa saudara Mak Long. Entah tahun berapa itu ... mungkin tahun 70an?!!! Setiap kali bila pulang ke Texas, Harley Davidson itulah yang dibelek dahulu. Setiap kali kami berada di luar negara Pak Long meninggalkan HDnya di rumah sahabat baik kami Mike dan Elaine Raymer. Semenjak mengenal jenama hangat Harley Davidson, maka di situlah bermulanya era aktiviti memboncing motorsikal HD dalam hidup Mak Long hingga ke dewasa ini.
Dalam bulan Februari 1998, Pak Long mengambil keputusan menjual 1997 HDnya dan mengantikannya pula 1998 Harley Davidson Softail Custom warna biru gelap (sinister blue). Yang mengelikan hati pula, orang yang membeli motorsikal itu kesahnya tidak tahu macam mana hendak menunggang motor dan sang isteri tidak tahu menahu suaminya sudah membeli motorsikal. Jadi kenalah Pak Long tolong hantar motorsikal itu ke rumah mereka di Houston.... jauh dari rumah kami. Tidak tahu apa terjadi selepas itu....
Pak Long bukan main pujuk lagi dan memberi dorongan agar Mak Long pergi belajar menunggang di sekolah memadu. Entahlah tidak berminat benar hati Mak Long merempit! Tetapi untuk menjaga hati Pak Long, setuju jugalah pergi kelas di kolej tempatan yang memberi khidmat memandu kenderaan dan menunggang motorsikal. Di kelas Mak Long paling kecil dan terpendek! Berbagai motorsikal yang ada semuanya besar, tinggi tidak sesuai hendak naik atasnya pun kaki pendek tidak jejak ke tanah....macam manalah hendak merempit. Akhirnya belajar lisan sahaja. Pak Long belikan sebuah Honda Ravel ...cantik warna merah. Dialah tidak jemu-jemu ajar Mak Long merempit ha ha ha...bolehlah! Hari-hari berlatih sampai boleh! Di harijadi Mak Long dalam bulan Julai, 1998 Pak Long hadiahkan sebuah 1998 Harley Davidson Sportster baru sama warna dengan mortor dia. Sportster ini terlalu berat bagi Mak Long walaupun model ini adalah terkecil dalam semua model-model HD. Tempat duduknya juga direndahkan agar kaki si pendek ini boleh jejak ke tanah. Dua kali Mak Long jatuhkan....aduh! Nasib tidak kena timpa... OKkkkkkk..... Setakat itu Mak Long mesti ambil keputusan tidak mahu merempit...... jadinya memboncing di belakang sahaja sampailah ke hari ini tidak perlu risau apa-apa. Kami jual sahaja Sportster, habis kesah!
NOTA:
Kekadang kita ingin mengembirakan hati orang yang dikasihi; tetapi sedihnya ada kala ia diluar keupayaan diri sendiri. Malah ia menjadi seolah-olah kita memperbodohkan diri sendiri apabila ternyata itu hanya kerja sia-sia.
1997 Harley Davidson Dyna Glide |
Mat Rempit dengan HDnya |
1998 Harley Davidson Softail Custom |
Dalam bulan Februari 1998, Pak Long mengambil keputusan menjual 1997 HDnya dan mengantikannya pula 1998 Harley Davidson Softail Custom warna biru gelap (sinister blue). Yang mengelikan hati pula, orang yang membeli motorsikal itu kesahnya tidak tahu macam mana hendak menunggang motor dan sang isteri tidak tahu menahu suaminya sudah membeli motorsikal. Jadi kenalah Pak Long tolong hantar motorsikal itu ke rumah mereka di Houston.... jauh dari rumah kami. Tidak tahu apa terjadi selepas itu....
1998 Harley Davidson Sportster |
NOTA:
Kekadang kita ingin mengembirakan hati orang yang dikasihi; tetapi sedihnya ada kala ia diluar keupayaan diri sendiri. Malah ia menjadi seolah-olah kita memperbodohkan diri sendiri apabila ternyata itu hanya kerja sia-sia.
Ina dulu pandai bawak motor tp sejak jatuh motor beberapa kali terus jd takut nak bawak motor. bawak kereta pun jd takut. Hubby ina har² dok pujuk bawak kereta dan motor balik
ReplyDelete