Pages

Friday, January 9, 2015

Nota Sejuk Beku

Assalamualaikum,



Musim Sejuk


Sejak kemarin ramalan kaji cuaca di TV memberitahu bahawa suhu cuaca akan turun hingga ke bawah aras beku.  Dinasihatkan agar melindungi tanaman dan binatang peliharaan.  Pak Long pula sibuk memanaskan suhu dalam garage di mana saluran paip membekalkan air kami ke dalam rumah.  Garage tidak mempunyai penebatan (insulation) dinding.  Jadi bila cuaca sejuk ke aras beku, bekalan air ke rumah terjejas.  Air beku dalam batang paip boleh menyebabkan batang paip retak atau pecah.  Pak Long telah menutup semua kepala paip di luar rumah dengan penutup khas dibeli dari kedai "Home Depot" beberapa tahun dulu.  Benda-benda macam ini kena sentiasa bersedia agar tidak jadi dah tersepak baru nak bersedia.  

Peristiwa air dalam saluran paip beku berlaku tahun pertama kami berpindah di kediaman sekarang.  Lima tahun lepas.  Satu minggu kami tidak ada bekalan air... bayangkanlah!  Hendak masak tidak boleh, hendak mandi apa lagi...  Sumba air itu penting, jadi tidak boleh membasir air!  Hendak wuduk kena beli air dalam botol.    

Selepas kerjanya sudah siap Pak Long bantu Mak Long mengalih pasu-pasu bunga ke dalam garage dan ke beranda rumah kemudian tutup dengan kain.  Pokok-pokok seperti pokok limau nipis kami tutup dengan kain cadar buruk dan plastik.  Mak Long tidak buang kain-kain seperti cadar lama.  Banyak gunanya waktu-waktu begini.  Beku keras rasa jari-jari Mak Long walaupun pakai sampul tangan.  Gambar di bawah itu kalaulah Pak Long tahu gambarnya diambil candid .. kena jeling berapilah Mak Long!  Hi hi hi...




Tangkap Gambar Candid


Kami penuhkan bekalan bijian makanan burung dalam semua sangkar.  Banyak pulak burung datang berebut makan dengan tiga ekor tupai ketika ini.  Tidak hairanlah kerana semua pokok dan tumbuhan kering dan ada yang mati terus, gondol tiada berdaun dan  memang sudah pasti serangga seperti semut, ulat bagai makanan biasa mereka pun tiada.  Kesihan mereka.....


Sparrow?

Burung jenis dalam gambar di atas itu kadang kala sungguh banyak datang berebut makan.  Tidak pasti nama burung-burung itu.  Nanti bila senang Mak Long google.  Begitu juga burung punai mengutip bijian yang bertabur di bumi, tupai punya kerjalah tu.  Tidak dapat makan bijian mereka goncang sangkar hingga habis bertabur bijian di bumi.


Tupai

Walaupun cuaca sejuk, pokok-pokok masih perlu disiram.  Mak Long tanam pokok limau purut dalam pasu besar. Menjadi juga... Lebat daunnya sudah masuk dua tahun. Senang bila hendak guna dalam masakan.  Orang kampung mana boleh lupa benda-bender macam itu.  Maka tidaklah payah lagi bawak balik dari kampung setiap kali balik ke tanah air.  Setiap kali Mak Long "songlap" barang dari kampung, Pak Long geleng kepala.  Katanya "Hati-hati nanti kena tangkap bawak barang pertanian dari luar negara.". So far so good!  Mintak-mintak janganlah kena tangkap ek....

Satu ketika dulu Mak Long bawak benih buah durian dan rambutan.  Bawak benih buah-buah .. khas naik kapal terbang dengan penuh harapan.  Hendak tanam di belakang rumah konon.  Hendak tau?  Hidup suburlah, sampailah satu hari kami keluar ke bandar, sang rusa kepingin nak makan pokok subur.  Alahai akar pun tidak tinggal!  Sanggup meredah hingga ke pintu rumah (pasu pokok-pokok itu diletakan berhampiran pintu masuk kerumah).  Pokok-pokok itu pulak sudah disembur dengan racun untuk elakkan dari dimakan binatang seperti rusa dan arnab liar.  Tidak jalan rupanya semburan yang Mak Long lakukan selama ini.  Sedih bukan main.  Tapi yelah rusa hanya binatang tidak boleh disalahkan.  Mungkin rusa itu mengalami sakit perut makan pokok-pokok Mak Long... entah!  Rusa sekarang sudah jadi musuh ketat Mak Long.  Tapi anihnya masih berasa terhibur bila tengok mereka datang makan jagung.  Terutama bila ada anak-anak rusa yang masih kecil melenting melompat-lompat macam gila merata kawasan rumah.  Macam dunia ini merekalah yang punya.



Rusa Jantan


Rusa Betina

Pak Long pula setiap pagi, sejuk-sejuk sanggup dia menabur jagung di belakang rumah untuk rusa berekor putih makan.  Kadang-kadang 6-20 ekor rusa sekali datang kutip jagong.  Mak Long sudah malas hendak bagi mereka makan.  Mereka ini perosak tanaman Mak Long.  Diberi makan sama, tidak diberi makan pun sama.  Habis tanaman Mak Long dimakan.  Kalau tidak dimakan pun mereka saja-saja patahkan dahan dan daun.  Mereka tidak makan pokok atau daun yang berbau seperti limau, kunyit dan serai.  Tapi itulah mereka saja-saja rosakkan!  Di sini

Sepanjang hari ini suhu hanya mencecah 28-30 degree Farenheit (-2-1 celsius) sahaja.  Esok pun diramalkan lagi sejuk dari hari ini, mungkin salji turun.  





















4 comments:

  1. Saya suka baca entri ini. Dapat tahu sedikit sebanyak permasalahan kecil yang kadang2 memberi masalah besar seperti air yang membeku di dalam batang paip yang boleh buatnya pecah. Banyak persediaan sebelum perubahan cuaca ya Mak Long.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PakMail sudi jengok blog ni. Ya, macam tulah tiap-tiap taun mesti bersedia menghadapi setiap musim sejuk dan panas. Musim panas kering pulak kena pastikan masaalah kebakaran tidak berlaku. Cuaca panas menyerupai seperti di Saudi Arabia. Salji tak turun pulak minggu ini tetapi ice di jalan ada dan icicle bergantong di hujung daun dan atap rumah.

      Delete
  2. Replies
    1. Tupai sejenis binatang yang bijak.. Tinggi mana atau susah mana sekali pun sangkar makanan tu disangkut, depa tetap berusaha sampai dapat... gigi depa kuat

      Delete