Nota Lampu Xmas 2014 Dan Tahun Baru 2015
Assalamualaikum,
Cerita ini sudah lama, tetapi baru ini mampu ditulis selepas tengok beberapa gambar di album gambar. Petang sebelum hari Natal, Pak Long cadang hendak ke Bandar Blanco dan Bandar Johnson City melihat lampu yang dipasang secara besar-besaran oleh Syarikat Letrik Pendernales setiap malam sempena menyambut perayaan Christmas dan Tahun Baru 2015. Setiap tahun pihak letrik Pendernales menganjorkan memasang lampu. Mulai musim menyambut Hari Natal hinggalah ke tahun baru lampu-lampu terang benderang dipasang. Malah ramai penduduk yang berugama Kristian juga memasang lampu di rumah dan sekeliling kawasan kediaman mereka. Macam kita jugalah bila hendak sambut perayaan Hari Raya Idilfitri.
Selepas Maghrib kami pun bertolak ke sana mulai dengan Bandar Blanco. Di sini lampu dipasang di sekitar Blanco Square sahaja meliputi bangunan The Court House dan kedai-kedai kecil di sekelilingnya. Kami tidak pun keluar dari kereta.... sejuk! Ambil gambar pun dari dalam kereta hi hi hi....
|
Bandar Blanco Square |
|
Bandar Blanco |
Kami tidak lama di Bandar Blanco. Kami teruskan ke Bandar Johnson City yang tidak lah begitu jauh dari Bandar Blanco. Bandar Johnson City ialah tempat kelahiran bekas President Amerika ke 36 iaitu President Lyndon D. Johnson. Bandar itu dinamakan sempena nama beliau.
|
Johnson City |
|
Johnson City |
|
Biru itu Sejuk |
Cuaca pada malam tersebut sangat sejuk kira-kira 29 degree fahrenheit (-1.7 celsius). Menggigil kesejukkan walau sudah pakai pakaian tebal. Ramai juga orang ramai datang untuk melihat sinaran lampu yang dihias di setiap ranting dan dahan kayu-kayu besar dan tinggi. Terang benderang, mestilah mennggunakan kuasa letrik banyak.
|
Bandar Johnson City |
|
Bandar Johnson City |
cantiknya pokok yang warna biru...agak musim sejuk tu rasa seperti kita pegang air batu ker mak long...
ReplyDeleteMemang sangat cantik Iryanty ahmad. Sejuknya kalau hendak dibandingkan hanya dengan memegang air batu boleh tahan lagi sikit. Nampak sejuk dalam gambar memang cantik tapi kalau dirasa tidak tahan. Bayangkan kalau kite duduk dalam peti sejuk bahagian "freezer" 24 jam gitulah lebih kurang rasanaya...hahaha kena cuba tu iryanty.
DeleteCantik sunggoh aihh mak long...bila la saya dapat pi sana....anak menakan pompuan ada sorang dudok sana...kat NY, dia dok ajak pi...tapi saya rasa jauh sangat kalau nak pi...
ReplyDeleteCantik di mata jer Uncle. Tapi sakit badan kerana beku sejuk tak tahan, bungkus tebal pun sejuk gak hihi.. Bila kite pikiaq bila la dapat pi... memang tak pi.. kena buat satu resolusi tu.. Come and visit us in Texas, Uncle
DeleteMemang sangat cantik pemandangannya...
ReplyDeleteSejuk sat tak apa, pastu balik rumah duk kat pendiang. :)
Hahaha Kakcik, dah sampai rumah pun masih berbungkus tebal..
Delete