Assalamualaikum,
Hari ini adalah hari pertama tahun 2015. Malam tadi Mak Long tunggu kepulangan SH. Katanya beliau bertolak selepas habis waktu pejabatnya. Kemudian perlu menghantar Orin (kucing kesayangan SH) di rumah sahabatnya di Plano, Texas. SH pesan tidak perlu tunggu dan suruh Mak Long tidur dan SH ada kunci rumah. Tetapi Mak Long tetap tunggu ketibaannya walau pun lewat malam.
SH sampai tepat jam 1.30 pagi bersama-sama dengan sahabat baiknya. Alhamdulillah... anak Mak Long selamat sampai ke rumah. Hanya Allah tahu betapa bimbangnya hati Mak Long bila SH pandu kereta malam-malam buta begitu. Katanya jalanraya dari Dallas licin berair batu serta hujan sepanjang jalan, terpaksa pandu pelahan. Musim sejuk!
Hari pertama tahun 2015 SH balik jengok kami. Mak Long bersyukur anak-anak kami hormat dan sentiasa ingat pada kami.... Buat hati ibunya senang hati.... Alhamdulillah..
Mak Long,
ReplyDeleteHati ibu dan ayah sering tidak senang kalau anak tiada di depan mata. Begitu juga anak2 saya baik lelaki mahupun yang perempuan seorang itu. Sentiasa bimbang. Terutama bila pulang lewat malam.
Faham benar perasaan Mak Long. Lebih2 lagi seorang ibu.
Benar tu PakMail. Kalau dapat rezeki makanan yang digemari anak-anak, Mak Long teringat pada mereka buat bergenang air mata ingatkan pada mereka.
DeleteBenar Mak Long. Bila mengadap rezeki makanan yang digemari anak boleh buat titis air mata. Arwah anak ke-3 saya cukup suka makan lauk ayam masak kurma. Setiap kali bila makan lauk ini pasti akan teringat akannya. Beliau meninggal ketika usianya 18 tahun pada tahun 2011...
DeleteAl-Fatihah untuk arwah anaknda PakMail... Kehilangannya pasti terasa. Faham sangat apabila menghadapi keadaan demikian. Tetapi kita kena redha atas kehilangan itu...
DeleteGebunya kucin.....mak long bagi makan apa? Kucin anak pompuan saya kat rumah kuruih kerin...diet ka?
ReplyDeleteKucin tu bulunye jer panjang tebai.. bila kena mandi keciq ja.. Kucin jenis ni malehh nak bersik diri sendiri nak kena sikatkan ... Mak Long malehh nak layan...
Delete