Pages

Sunday, January 4, 2015

Nota Leboh Dah

Assamualaikum,




Sunyi


Leboh, sunyi dah di rumah Mak Long.  SH dan sahabanya sudah balik semula ke Dallas.  Tinggallah kami berdua di rumah ini.  Kau tengok aku, aku tengok kau!  Makan pun rasa tak lalu jer!  Kalau ada SH hati Mak Long terhibur dengan telatahnya.  Kemanjaan anak bungsu ini walau sudah dua puluh lima tahun masuk bulan December lepas dia masih hendak manja-manja macam anak kecil.  Ada orang kata, anak bungsu selalu lebih.  Tidak faham maksud kata-kata itu.

Dua malam lepas, SH membuat kejutan kepada kami.  Selepas makan malam katanya, "Mak janji nak buat pop corn (bertih jagong) kan?  Sambil tu kita tengok movie ek!"  Mak Long menganggokkan sahaja, "Lepas kita habis Magrib sambung Isyak... bolehler."  

Waktu solat di musim sejuk cepat.  Pukul 6.55 petang sudah masuk waktu Isyak.  Mak Long buat pop corn dua besen besar.  Satu besen itu khas Pak Long punyalah, satu lagi untuk SH dan kawannya.  Memang Pak Long suka makan pop corn.  Tidak bagi makan apa-apa pun tidak mengapa asal dapat makan pop corn tarok butter sedikit dan tabur sedikit garam halus.  Mak Long suka juga makan pop corn, tetapi sebab pop corn buat Mak Long batuk-batuk, tidak dapat makan!

SH sudah bersedia dengan "remote control" untuk tengok wayang gambar di TV.  Tajuk wayang itu ialah "Robot And Frank".  Sebelum wayang bermula, tiba-tiba SH kata, "Mak, I have something for you..."  Lantas dia mengeluarkan satu kotak berbungkus dengan kertas warna cekelat dan menghulurkan kepada Mak Long.  Sambil menyambut kotak itu Mak Long berkata, "Napa susah-susah ni.... kertas ni, dulu-dulu kami guna untuk sampul buku dan buku teks sekolah.  Bungkus hadiah macam ni pun biasa juga...."  Mak Long perasan ketika itu mereka semua senyap.  Tiga pasang biji mata tertumpu pada Mak Long yang sedang terkial-kial membuka ikatan dan kertas pembalut.  Mereka macam tidak sabar menunggu Mak Long buka sampul kotak itu.

"Ipad Air!" tiba-tiba sahaja terpacul dari mulut Mak Long.  Aduhai!  Tidak sedar air mata bergenang di mata, tidak tahu perasaan hati.  Gembirakah? Sedihkah? atau Bersyukurkah!?  Semua bercampur dalam satu masa.  Mak Long tatap muka SH... "Thank you, Icah (Nama timangan SH), you don't have to do this...!"  

"Mak, you have done so much for me and everything.  I can never pay you back.  I want to give you something that you will enjoy..."  Kami berpelukan, terasa keiratan kasih antara seorang ibu dan anak....  Alhamdulillah..

"Dad, I have one for you too...." sambil menghulur satu lagi kotak berbalut seperti hadiah yang Mak Long terima hanya kotaknya kecil sedikit.

Ha! ha! ha! Pak Long pun tidak menyangka.  Lebarnya senyuman Pak Long sambil berkata, "Forrr meeee....  oh oh thank you, thank you......"

Pak Long pun dapat satu ipad juga macam Mak Long tapi lebih kecil ...."mini".  Pak Long suka dan seronok dapat hadiah.  Senyum panjang tidak berhenti-henti.  Tanpa disedari Mak Long perhatikan gerak gerinya... air mata Pak Long juga bergenang tapi cepat-cepat disapu kering dengan tangannya.

"Thank you Icah.  I like the gift and I appreciate it very much.  But I feel you should not waste the money on us, you need it more for yourself..."  Sekarang air mata Mak Long sudah pun meleleh laju.

SH cakap, "Mak, watching you ... your reaction and your expression when you opened the wrap was so priceless to me!... "  SH lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris dari Mak Long, tetapi SH tidak melupai bahasa ibundanya.

Kami menonton "Robot And Frank" sambil mereka semua menggunyah bertih jagung.  Malam itu juga Pak Long tidak sabar-sabar hendak mencuba ipad mininya.  Nampaknya Pak Long suka berbenar dengan hadiannya...  

Perlahan-lahan Pak Long cakap pada Mak Long bila kami masuk tidur, "Biarlah dia niat hendak bagi kita sesuatu.  Buat Icah gembira melihat kita macam budak-budak dapat gula-gula tadi....!"  






















6 comments:

  1. SubhanAllah....saya pulak yang bergenang airmata membaca catatan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik Nur, benar ... benda-benda yang tidak disangka dilakukan oleh anak-anak untuk kita sungguh mengusik jiwa dan bersyukur kerana pengorbanan dan doa setiap ibu macam kita semua tidak sia-sia.

      Delete
  2. alhamdulilah..sejuk perut seorang ibu bila dapat anak macam sh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iryanty ahmad, semuga kite semua sebagai ibu sentiasa berdoa yang baik-baik dan berkurban untuk zuriat kita sentiasa.

      Delete
  3. Ohh...mak long...that is so...sueettt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle.... tulah sueetnya bukan kerana dapat hadiah yang buat ibu bapa menitis air mata gembira .. tetapi ingatan mereka terhadap kita. Dulu-dulu Mak Long tidak berapa faham mengapa emak Mak Long bergenang air mata bila Mak Long bagi beliau sesuatu. Sekarang dah jadi emak tau sangat dah...

      Delete