September 2, 2013
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Setiap Yang bermula akan berakhir. Setiap yang hidup akan tamat kehidupan. Walau hati berat hendak meninggalkan setiap ahli keluarga dan sahabat handai, namun kami terpaksa berpisah jua. Hari ini adalah harinya kami berpisah, mungkin berpisah buat sementara waktu, mungkin buat selamanya. DIA jualah yang maha mengetahui.
"Parting is a sweet sorrow", kata-kata madah pujangga orang putih. Mak Long sudah lali dengan keadaan dan suasana begini. Kadang-kadang rasa perasaan yang tidak dapat dibendung sedihnya. Ada kala biasa-biasa sahaja mengikut keadaan agak gayanya. Hari ini alhamdulillah tidaklah menyedihkan sangat kerana Puteri AM ikut sama. Kedua-dua putera HQ dan MM serta Busu Mai juga menghantar kami di lapangan terbang hinggalah ke saat kami bertolak walaupun beberapa kali Mak Long minta mereka pulanglah dahulu memandangkan hari sudah lewat malam. Mak Long bimbangkan keselamatan mereka pandu kereta malam-malam begitu. Sebenarnya Mak Long tidak gemar menaiki pesawat, samaada perjalanan jauh mahu pun perjalanan dekat .... sungguh menyiksakan.
Yang paling seronok dan tidak disangka sekali ialah kunjungan dari seorang sahabat lama dari Sekolah Tun Fatimah. Beliau dan suami telah berusaha datang ke KLIA semata-mata hendak berjumpa Mak Long. Kami tidak dapat bertemu sebelum ini oleh tidak bersuaian dan kesuntukan masa. Sesungguhnya Mak Long berasa sungguh terharu dan tersentuh dengan usahanya. Bayangkanlah bertapa manis nikmat yang kami rasakan! Kami tidak dapat menahan linangan air mata gembira dan terlalu bersyukur dapat bertemu kembali. Mak Long rasakan begitu gembira hati ini seperti berumur belasan tahun kembali. Kami cuba mengisi cerita masa-masa yang telah hilang sebanyak mungkin dalam masa yang terlalu singkat. Semenjak perpisahan dari sekolah 45 tahun lalu kami tidak pernah bersua, mahu pun berhubung dengan persuratan. Ah! Manisnya dapat bertemu setelah sekian lama. Dulu ketika berpisah kami masih belasan tahun. Kini kami sama-sama telah mendokong pangkat menjadi nenek. Terima kasih Selamah Mansur kerana usaha dan keikhlasan mu ... Ia sentiasa menjadi kenangan manis yang sangat berharga di hati ini. Terima kasih juga kerana sudi menghadiahkan sebungkus buah tangan (cookies dari cereal dan kacang) usaha air tangan mu sendiri. Sedap! Rupa dan senyuman mu tidak banyak berubah!
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapure lewat dua puluh minit, maka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi juga lambat. Alhamdulillah, walau pun kelambatan tidak pula mengganggu jadual penerbangan seterusnya. Penerbangan seterus singgah ke Moscow selama satu jam. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Moscow, semua penumpang termasklah penumpang-penumpang yang hendak ke Houston, Texas dimestikan turun dari pesawat. Seperti biasa semua penumpang melalui pemeriksaan keselamatan. Mak Long dapati kali ini pihak keselamatan tidak begitu ketat dan rumit seperti yang telah sudah-sudah sejak peristiwa 9/11. Penumpang yang hendak meneruskan penerbangan ke Texas melalui pemeriksaan keselamatan kali kedua sebelum masuk ke dalam pesawat. Cuaca di Moscow waktu itu sejuk kira-kira 10 celcius atau 50 Degree F. Amat mendukacitakan setiap kali berhenti di Moscow ialah keadaan bilik air kemudahan awam di lapangan terbang tidak bersih dan terlalu kecil. Pengguna terpaksa beratur bergilir untuk mengguna bilik air. Orang Russia tidak suka senyum membuat mereka seolah-olah muram dan terlalu garang. Sayang mereka sebenarnya cantik dan kacak.
Penerbangan selama 24 jam sungguh menyiksaan dan meletihkan. Peramugari dan peramugara berkerja keras melayan penumpang sebaiknya. Senyuman mereka tidak lekang dari bibir membuat penumpang senang hati. Makanan yang dihidangkan juga baik. Mak Long telah berpesan untuk hidangan halal sebelum memulakan penerbangan melalui internet. Yaaa lengoh segala sendi!!! Kami selamat sampat di Lapangan Terbangan Antarabangsa Continental Bush, Houston jam 3.30 petang. Melalui pintu imigresen juga tiada masaalah walau pun mengambil masa yang agak lama. Pegawai imigresen yang bertugas di barisan kami teralu ramah dan mahu berbual dengan semua penumpang.....
Kami hanya dapat keluar dari imigresen dan kastam jam 5.00 petang. Di luar Pak Long dan Puteri S sudah menunggu dengan senyum lebar mereka menyambut kepulangan kami berdua beranak. Alhamdulillah kami selamat sampai!

Sahabat Lama Selamah Mansur |

I wonder how I could take shuttling between two continents. It must be a matter of getting used to it. I am still living in the past, over fifty years ago when there was no phone line let alone skype etc, and travelling was cheapest by sea which would take rhree weeks or so between Europe and Malaya. I suppose your usually travel to Malysia for Hari Raya.
ReplyDeletePakCik, kalau kita terpaksa membuat perjalanan jauh menyeberang antara benua, insyaAllah kita boleh lakukan. Kalau hendak diikutkan saya pun tidak larat duduk lama-lama dalam pesawat. Tentunya lebih selesa kalau belayar di lautan jika tiada alahan lautan dan tidak terdesak masa. Musim cepat berganti, lebih mudah serta pantas dengan berbagai kemudahan kini yang dapat kita nikmati.
DeleteSetiap tahun pulang ke Malaysia, kekadang balik untuk bulan puasa dan raya, kekadang mana-mana masa yang sesuai mengikut keperluan juga..
salam mak long, tertarik dengan cerita penerbangan mak long dari sebelah dunia kesebelah dunia....Pengalaman mak long sama seperti saya mengalami nya.
ReplyDelete2012 Aug, pulang ke kampung untuk beraya...Penerbangan saya dari Chicago ke Huston dan menailki SIA. Turun di Moscow untuk mengambil penumpang di Moscow, waktu transit nya sungguh terhad tak ada time langsung untunk jalan2 shopping dalam airport nya...jalan tersesak2 kerana terlalu ramai orang. Penerbangan ini terus ke Singapore. Memang betul kata mak long, orang Russian kelihatan garang not friendly...rest room nya kecil. Dengan pengalaman pahit ini buat saya tak akan transit di Moscow lagi !!!!....:) Anyway, Salam kenalan dari saya di WI USA..:)
Waalaikumsalam Rossie dan terima kasih sudi menjengok blok ini. Salam perkenalan juga dari Mak Long. Bila hidup merantau di negara orang biasanya Mak Long cuba menyesuaikan keadaan sebaik mungkin walau di mana sekali pun, begitu juga bila berada dalam perjalanan.
Delete