Assalamualaikum,
Sudah masuk dua minggu kami pulang dari Kuala Lumpur. Alahan "jet-lag" cakap orang putih atau alahan mual penerbangan jauh dan pertukaran angin antara benua juga sudah hilang... ya, waktu siang mata mengantuk mengikut waktu di Malaysia. Sedang waktu malam mata terang dan segar tidak boleh tidur.
Pak Long merancang pergi ke pergunungan menikmati suasana cuaca di banjaran pergunungan "Blue Ridge Mountains" dua hari kemudian meneruskan perjalanan ke Belmont, North Carolina menjengok keluarga di sana. Blue Ridge Mountains ialah sebahagian besar kawasan pergunungan dari banjaran Appalachian Mountains. Banjaran Blue Ridge Mountains ini terletak di bahagian timur United States bermula dari Georgia, dan berakhir banjarannya hingga ke utara Pennsylvania. Sungai Roanoke mengalir berhampiran di antara kedua banjaran itu. Di sebelah barat Blue Ridge Mountains pula ialah The Great Appalachian Valley.
|
Tempat Perhentian Di Alabama |
Perjalanan kami ke sana mengambil masa dua hari iaitu perjalanan dengan kenderaan biasa. Perjalanan dari rumah kami untuk keluar dari Texas mengambil masa yang terlalu panjang dan membosankan. Ini kerana Texas adalah negeri kedua terbesar di Amerika Syarikat. Tempat persingahan pertama untuk meluruskan kaki sedikit adalah Alabama. Kami tidak terus ke Blue Ridge Mountains, sebaliknya berlengahan di sekitar perhutanan sebelah timur Alabama. Malam itu kami bermalam di Hampton Inn, di sebuah bandar kecil Athen, Alabama. Di awal pagi esoknya kami bertolak ke pergunungan menikmati alam semesta yang indah dan syahdu. Cuaca pagi itu dingin juga tetapi tidak memerlukan memakai baju panas.
Blue Ridge Mountains terkenal dengan kecantikan yang unik warna kebiruan dari dedaun pokok-pokok hutan di situ apabila dilihat dari jauh. Dari sebab itulah ia dinamakan Blue Ridge Mountains. Pergunungan ini mempunyai dua taman rimba iaitu Shenandoah National Park di sebelah utara dan Great Smoky Mountains National Park di sebelah selatan banjaran pergunungan. Blue Ridge Mountains juga mengandungi lebuh raya terkenal dinamakan Blue Ridge Parkway. Lebuhraya ini dibina untuk menyambung perhubungan jalan antara Shenandoah National Park ke Great Smoky Mountains National Park. Panjang lebuhraya ini ialah 469 batu atau 755 km dengan pemandangan yang indah dan damai.
|
Blue Ridge Mountains |
|
Cantikkan! |
Sebenarnya ini kali ketiga Pak Long dan Mak Long berada di kawasan itu. Kali pertama kami ke situ dalam awal musim luruh tahun 1999 dengan motorsikal berenjin besar Pak Long. Cuaca ketika itu mulai sejuk dan hujan lebat menyebabkan kami basah kuyup seperti tikus masuk longkang! Kami terpaksa berhenti dan mengeringkan kasut dan pakaian di sebuah hotel berdekatan.
Dalam akhir bulan September dedaun hutan masih kehijauan, hanya baru mencelah-celah bertukar warna, hujan dan sesetengah kawasan mengalami kabus tebal menghindar dari pengelihatan jelas. Keadaan lebuhraya Blue Ridge Parkway sangat berbengkang bengkok memerlukan kemahiran untuk memandu kenderaan yang sangat baik dan cermat. Di sepanjang lebuhraya disediakan banyak tempat-tempat berhenti yang selamat bagi pengguna lebuhraya berhenti dan menikmati keindahan alam sekitar ciptaan Illahi.
|
Peta Menunjukan Aliran Sungai |
Sungai yang panjang mengalir deras juga berbengkok-bengkok tajam amat sesuai untuk membina dam. Banyak dam yang dibina di sepanjang sungai.
|
Ocoee No. 1 Dam |
|
Blue Ridge Parkway |
|
Pemandangan Di Blue Ridge Parkway |
|
Pemandangan Sungai Roanoke Bengkang-bengkok Di Blue Ridge Parkway |
|
Sempadan Sebelahan Tennenssee |
Dari Tennessee kami keluar dan masuk ke sempadan sebelah North Carolina.
|
Bunga Di Hutan |
Melalui kawasan Blue Ridge Parkway mengambil masa hampir sehari suntuk disebabkan jalan yang bahaya di kaki gunung dan gaung-gaung juram yang dalam ke bawah. Tidak menjadi masaalah kepada kami yang gemarkan suasana hijau dan tenang. Kawasan segar tidak tercemar amat baik bagi kesihatan dan fikiran.
|
Kawasan Indah di Brookfield, Blue Ridge Parkway |
|
Haa tau takut!! |
Pak Long suka bergurau dengan kedua Puteri AM dan SH ... mengoyang-goyang jetty terapong di sungai dalam. Air sungainya terlalu cernih menampakkan bayangan di dasarnya. Kalaulah Mak Long berada di zaman budak-budak lagi sudah lama terjun berkubang di dalam sungai itu.
|
Jembatan di Brookfield |
Sukan air dibenarkan hanya setelah mendapat kebenaran dari pihak keselamatan. Ramai juga pelawat dari penduduk tempatan mahupun pelawat dari luar negara lain yang datang untuk bersukan atau sahaja singgah menikmati kecantikan alam hutan rimba.
|
Perlu Mematuhi Amaran |
No comments:
Post a Comment