Assalamualaikum,
Ketika Mak Long berada di Malaysia baru-baru ini menyambut perayaan Ramadhan dan Aidil Fitri, Mak Long telah berpeluang menghadiri perjumpaan kecil bekas pelajar-pelajar Sekolah Tun Fatimah. Perjumpaan ini telah diadakan oleh pelajar-pelajar senior Mak Long di sebuah perkampungan yang cantik iaitu Kampung Bagan Tengkorak, Tanjung Karang, Selangor. Bagi Mak Long inilah kali pertama dapat bersua mereka semenjak berpisah dalam tahun 1968 dahulu... ya 45 tahun berlalu!! Beberapa orang memang tidak dapat dikenali kerana perubahan yang sangat ketara. Mak Long bersyukur dan berasa gembira tidak terhingga diberi peluang mengiratkan semula hubungan sillaturrahim yang telah kian lama terputus. Yang lucunya, kami semua sudah menjadi nenek moden yang masih lagi cergas dan ada yang masih bertugas seperti Prof Dr Kak Fatanah Muhamad dan Kak Sujiah Salleh sebagai penulis skrip di beberapa TV.
Di akhir perjumpaan itu kami dihadiahkan sebuah majalah Sekolah Tun Fatimah yang tidak asing lagi ialah "Majalah Purnama" edisi ke 51. Di muka (2) ditulis sejarah sekolah tersebut dan Mak Long dapati ada kesilapan faktor iaitu:
Sekolah Tun Fatimah telah berpindah ke premis sekarang di Johor Bahru, Johor pada Ogos 1962. Faktor ini tidak benar kerana Mak Long masuk sebagai pelajar Sekolah Tun Fatimah pada tahun 1963 yang bertempat di Durian Daun, Melaka. Sekolah Tun Fatimah dengan penghuninya hanya berpindah ke Jalan Larkin, Johor Bahru pada bulan Ogos, 1964 dalam penggal kedua persekolahan.
Buktinya lihatlah gambar-gambar yang Mak Long lekarkan di bawah atas budi baik sahabat se darjah Hamsiah (Kak Ham) yang sudi berkungsi beberapa gambar kami.

Pejabat Sekolah Tun Fatimah, Durian Daun, Melaka (1963) |
Asrama Pelajar Di Tepi Sawah, Durian Daun, Melaka (1963) |
No comments:
Post a Comment