(Catatan harian)
Hari raya kedua kami sepakat menziarahi sebuah keluarga sebelah Emak iaitu keluarga Mak Adah di Kampung Telok Bakong. Dulu-dulu jalan ke kampong ini dari kampong Mak Long perlu menyeberang Sungai Muar dengan perahu berpengkalan di Kampung Sungai Raya. Upah seseorang memang kerjanya mengambil penumpang berulang-alik ke kampong tersebut. Bayaran murah, hanyalah antara RM0.30 - 0.50 sahaja. Itu pun nasib baik ada penumpang yang bermurah hati sudi membayarnya. Sekarang tidak perlu lagi kerana jalan raya telah disediakan oleh kerajaan. Sudah boleh bawa kereta hingga depan rumah.
Sebenarnya banyak tahun Mak Long tidak ke kampong ini. Dulu, masa zaman budak-budak Mak Long biasa ke Kampung Telok Bakong mengikut Busu Peah, emak saudara Mak Long melawat atok saudara dan keluarganya. Dari rumah ke Kampung Telok Bakong kami kayoh basikal ke pengkalan di mana kami menaiki perahu pula menyeberang sungai. Busu Peah tidak pandai kayoh basikal, jadi Mak Longlah atau Mak Biah sepupu Mak Long kayoh, Busu Peah boncing di para (carrier) belakang basikal. Bila sampai di pengkalan perahu, basikal kami tompangkan di rumah Pak Senin penduduk kampong. Seronok naik perahu. Bukan tahu takut pun, ada buaya di sungai. Kadang-kadang kalau kami ke sana dalam musim hujan, jalan raya berbatu merah ke pengkalan terok. Jalan berlobang sana, berlobang sini. Nasib tidak baik tayar basikal masok lubang menyebabkan suasana jadi tidak selamat, terhoyong hayanglah kami lalu jatoh dengan basikal sekali. Lumpur jalan batu merah habis melekat pada tayar menjadikan basikal tidak boleh dikayoh. Kadang-kadang nasib tidak baik dapat "cendawan kukur" di tulang kering kena sagat batu jalan. Sakit! Susah-susah macam itu pun tidak pula mematahkan hasrat kami menyeberang ke Kampung Telok Bakong! Tidak tahu serik!
Ketika kami sampai ke rumah Mak Adah, beliau dan keluarga anak-anaknya ada sama. Ramai ........ keluarga besar. Mak Adah nampak lebih tua dari umurnya oleh keperitan hidup, namum kecantikan yang suatu masa mudanya amat terserlah masih lagi kelihatan. Senyumannya sentiasa terukir di bibir dengan beberapa batang gigi yang masih tinggal. Lainnya sudah tiada dan rompong. Kedut di muka jelas kelihatan. Kami sebenarnya hampir sebaya cuma Mak Adah tidak diberi peluang untuk meneruskan ke sekolah tinggi. Bukan kerana kesempitan hidup keluarganya ketika itu, tetapi kerana cetek pengetahuan ibu bapa. "Anak perempuan walau bagaimana pandai sekali pun, dapur juga tempatnya". Begitulah pendapat orang-orang tua suatu masa dahulu!
Mah Adah dikawinkan dengan anak atok saudara yang tidak mempunyai kerja tetap dan mereka mempunyai anak ramai pula. Untuk membantu pendapatan keluarga Mak Adah mengambil upah membersih dan mengutip buah di kebun China. Mereka tinggal di rumah lama peninggalan atok saudara. Rumah itu sudah terlalu usang, lantainya jarang boleh nampak tanah di bawah sedangkan atap zinc pula penuh dengan lubang-lubang kecil nampak langit. Tangga untuk turun dari rumah hadapan ke ruang dapur pula tinggi dan jarang anak tangganya. Malangnya anak-anak Mak Adah tidak seorang pun menjadi untuk membela keadaan hidup mereka. Mereka semua berkerja di kampung mengambil upah. Sedih hati melihat keadaan hidup keluarga melarat.
Kedatangan kami disambut mesera. Mak Adah gembira tidak terhingga menerima kedatangan kami hingga menampakkan titisan air mata jernih ke pipinya. Bertahun kami tidak pernah bertemu. Kami dihidangkan dengan beberapa jenis kuih muih hari raya dan minuman air sirap warna merah. Orang Johor bila menyambut hari raya mesti ada air sirap merah atau "air jenjal" perisa oren, pisang, sarsi dan skrim soda (minuman soda - bergas). Mak Adah mahu kami makan tengahari bersamanya.
"Tak ada lauk, marilah makan apa yang ada...... mari, jemput makan, budak-budak dah hidangkan....."
Mak Long tidak sampai hati hendak makan makanan mereka. Mereka lebih memerlukan makanan itu. Mak Adah mendesak juga agar kami menjamah makanan tengaharinya, "tidak banyak sikit .... makanlah, rasa lauk ni ......" . Untuk menjaga hatinya kami makan juga sedikit ...... (Itulah lain kali jangan bertandang ke rumah orang waktu tengah hari! Mak Long berkata sendirian!)
Selepas makan kami bawa pinggan kotor ke dapur untuk dicuci. Di dapur alangkan terkejutnya, Mak Long lihat tiga dari anak-anak Mak Adah sedang makan juga. Lauknya alahai, hanyalah sayur pucuk ubi dan sedikit ikan kering goring. Kami di luar dihidangkan dengan lauk ayam dan sayur ......! Mak Adah mulianya hati mu ... tetamu dihidangkan yang terbaik sedangkan keluarga mu sanggup makan yang kurang dan lebihan. Insaf melihat kemuliaan hati mereka dan hiba hati melihat kedaifan hidup yang mencengkam mereka.
Apabila saat kami pulang, Mak Adah dan anaknya mengeluarkan beberapa bungkus lempok dan dua botol tempoyak durian untuk kami bawa balik bersama kami.
"Ko, Mak Long duduk jauh-jauh di negeri orang mana dapat makan ini semua.... Ada sikit ni amiklah rasa......" Murahnya hati mereka! Mak Long hanya sanggup mengambilnya apabila dia menerima sesuatu dari Mak Long sebagai tukar-ganti.
Ya Allah, ya tuhan ku... Kau limpah kurniakanlah keluarga Mak Adah dengan rezeki yang lebih lagi halal. Bukakanlah setiap pintu rezeki baginya. Senangkan dan sejahterakanlah hidup Mak Adan dan keluarganya dari kedaifan. Kuatkan iman di hati mereka.....
Di benakan terlintas pertanyaan ... adakah kalau dahulu Mak Adah terus diberi peluang bersekolah menimba ilmu mungkin hidupnya tidak melarat seperti sekarang? Siapa hendak disalahkan, orang tuanya atau dirinya sendiri?

Rumah Keluarga Mak Adah |
Beberapa Jenis Buah-buah Di sekeliling Rumah |
No comments:
Post a Comment