Assalamualaikum, di bawah ini beberapa gambar quilt yang hanya tinggal koleksi gambar sahaja. Kesemuanya telah dihadiahkan untuk harijadi atau disedekahkan kepada keluarga "The Raymers". Keluarga ini adalah sahabat baik kami di Texas.
The Red Indian |
Quilt Red Indian dihadiahkan untuk harijadi Mike Raymer dan mengkarya quilt ini satu cabaran bagi Mak Long kerana setiap potongan kain memerlukan ukuran dan potongan yang tepat (precised cut). Quilt ini juga adalah sumba ilham Pak Long, kebetulan ketika kami sedang berbelanja kami terjumpa corak kain kapas ini ada dijual di pasaraya Wal-Mart.
The Butterflies |
The Butterflies (di atas) dan The Star Wall Hanging (dibawah) hadiah harijadi untuk Elaine isteri Mike. Rama-rama dijahit tampal (applique) dari berbagai jenis warna dan corak kain kapas. Mak Long guna pattern "The Star Wall Hanging" yang dibeli dari Wal-Mart. Dalam bulan September 2012 tahun ini Elaine telah disahkan mengidap barah usus di peringkat tiga/empat dan sedang menerima rawatan kemo untuk merawat bahagian limpa yang sudah dicemar oleh barah juga. Selepas tiga bulan rawatan ini ia akan menjalani pembedahan membuang barah ususnya.
The Star Wall Hanging |
Broken Rail Fence |
Broken Rail Fence dan Nine Patched ialah hadiah harijadi untuk Mema ibu kepada Mike. Mema banyak memberi galakan pada Mak Long dalam menghasilkan quilt. Malah beliau telah memberi semua buku dan majalah lama berkenaan quilt dan berbagai jenis kain pada Mak Long. Mema tidak berupaya menjahit lagi lantaran usia yang sudah lanjut ke penghujung (89 tahun umurnya) dan sudah hilang cahaya pengelihatan kedua-dua matanya. Saat ini pula Mema disahkan mengidap barah paru-paru dan doktor berkeberatan memberi rawatan kimo atau pembedahan kerana keadaan Mema yang sangat lemah tetapi wanita ini mempunyai semangat yang kukuh dan kuat seperti besi waja.
Nine Patched |
Kusyen Victorian Lady |
Mema suka kusyen. Kegemarannya juga pergi ke garage sale (ketika matanya masih boleh melihat dan kuat berjalan lagi) dan membeli banyak kusyen. Di kamar tidurnya penuh dengan koleksi berbagai kusyen. Mema meminta agar Mak Long buatkan dia sepasang kusyen bertemakan wanita abad Victoria (era Ratu Victoria zaman dahulu di England). Itulah hasilnya. Perca-perca lebihan kain dijahit tampal pada kain merah.
Kusyen warna hijau pula Mak Long buat untuk harijadinya yang ke lapan puluh tahun. Bintang dicantum mengikut kaedah "nine patch".
Kusyen Bintang |
Mema's Garden sempena mengingati Mema. Bunga merah itu ialah kerjatangan Mema sudah banyak tahun dahulu dan diserahkani kepada Mak Long. Dia mencantum keratan kain berbentuk hexagon dengan jahit tangan sahaja. Suatu hari Mema telah meminta Mak Long agar membuatkan sehelai quilt untuk anak perempuannya Kay. Telahan sudah ada bunga merah ini sebagai bahan dari Mema sendiri Mak Long buatkanlah satu. Bunga merah itu dijahit tampal (applique) pada kain warna lembut merah jambu. Inilah hasilnya.
Mema's Garden |
Four Patched Baby Quilt ini dihadiahkan kepada Brie cucu Kay dan cicit kepada Mema. Brie melahirkan bayi perempuan dinamakan Kayla ..oneng-oneng (?) "great great grand daughter" selepas pangkat cicit?!?? Mereka sudah jadi lima generasi!
No comments:
Post a Comment